BAB 13

756 17 0
                                    

Dalam beberapa minggu terakhir sebelum peperiksaan besar, Eryna dan Asyariq benar-benar memberi tumpuan kepada pelajaran mereka. Mereka sibuk mengulangkaji setiap hari, memastikan diri mereka bersedia untuk menghadapi ujian yang akan menentukan masa depan mereka. Kadang-kadang, Asyariq dan kawan-kawannya datang ke rumah Eryna untuk belajar bersama. Kewujudan kawan-kawan seperti Emelia dan Izzah memberikan suasana yang lebih santai dan menyeronokkan ketika mengulangkaji bersama-sama di rumah Eryna.

Pada hujung minggu, walaupun waktu belajar amat penting, Eryna dan Asyariq menyedari perlunya masa rehat untuk mengurangkan tekanan. Jadi, mereka kadang-kadang akan meluangkan masa di luar untuk bersantai dan melepaskan tekanan. Biasanya, aktiviti hujung minggu mereka melibatkan teman rapat yang lain seperti Emelia, Izzah, Harraz, dan Danny. Mereka beramai-ramai melakukan aktiviti bersama-sama seperti melepak di kafe atau hanya berjalan-jalan di taman untuk menyegarkan minda.

Pada suatu hari tengah hari, selepas kelas tambahan, Asyariq mengajak Eryna untuk pergi berjogging di taman berdekatan rumahnya. Dia turut menjemput Harraz dan Danny untuk menyertainya. Bukan itu sahaja, Asyariq meminta Eryna untuk mengajak "dua minah senget" itu — gelaran mesra buat Izzah dan Emelia, kerana Danny dan Harraz ingin berjogging bersama mereka. Pada awalnya, Izzah dan Emelia kelihatan keberatan untuk menyertai, mungkin kerana mereka tidak begitu berminat untuk berjogging. Namun, selepas dipujuk oleh Eryna, akhirnya mereka setuju untuk ikut serta.

Dengan semangat persahabatan dan sokongan antara satu sama lain, mereka bukan sahaja dapat mengulangkaji bersama, tetapi juga menikmati masa rehat dengan penuh keriangan.

Tepat pukul 5.30 petang, Asyariq tiba di depan pintu pagar rumah Eryna bersama Harraz, Danny, Emelia, dan Izzah. Situasi ini agak jarang berlaku kerana Izzah dan Emelia biasanya adalah yang paling lambat tiba bila ada aktiviti. Namun, pada hari ini, mereka nampaknya bersemangat dan datang tepat pada masanya, mungkin kerana ketidakpuasan hati dengan Harraz dan Danny yang turut serta untuk jogging.

Eryna melangkah keluar dari rumah, teruja untuk menyertai mereka.

"Ok, saya dah siap. Jomlah," ajak Eryna dengan senyuman.

"Jom! Kita nak start jogging dari sini ke taman," ucap Asyariq, bersemangat mengajak semua.

"Ikutlah, aku tak kisah start dari mana-mana pun. Aku on je," sahut Harraz sambil tersenyum nipis, menunjukkan kesediaannya untuk memulakan aktiviti.

"Yang lain macam mana?" Asyariq bertanya kepada Eryna, Izzah, Emelia, dan Danny.

"Saya, Izzah dan Emelia pun tak kisah nak start dari mana pun," jawab Eryna dengan wajah ceria.

"Eh, Danny... Kau dari tadi senyap apahal? Hilang suara bila Izzah ada kat sebelah," sindir Harraz dengan senyuman nakal, menyedari suasana gelisah Danny.

"Mana ada! Dah korang dah jawab, jadi aku senyap je lah. Aku tak kisah pun nak jogging kat mana-mana," jawab Danny dengan nada sedikit gelabah.

"Eh, lek lek lek... Danny, kenapa kau gelabah sangat ni? Harraz saja je sakat kau. Biasanya kau yang paling banyak cakap. Sekarang Izzah ada, kau senyap tak terkata," Asyariq turut menyakat Danny, menambah keseronokan suasana.

Eryna hanya memerhati gelagat Izzah dan Danny yang kelihatan tak keruan. Izzah kelihatan garu kepala, manakala Danny bermain-main dengan handsetnya. Setiap kali mereka disakat, gelisah mereka semakin ketara.

Akhirnya, Eryna bersama Emelia memulakan agendanya untuk menyakat Izzah pula.

"Izzah... kenapa kau punya muka tiba-tiba blushing ni?" tanya Eryna dengan senyum sinis, sambil memberikan high five kepada Emelia.

"Haah, kenapa wey. Muka kau blushing gila," Emelia menambah, mencetuskan lebih banyak ketidakselesaan pada Izzah.

"Korng kenapa? Mana ada blushing kat muka aku. Korang tipu eh!" Izzah membalas dengan marah tetapi dalam nada yang comel, membuatkan semua ketawa.

Kau Sempurnakan Cintaku ( C )Where stories live. Discover now