Keesokan harinya, Eryna duduk menunggu Vin di pejabatnya dengan penuh debaran. Dia tahu bahawa perbincangan ini penting untuk melindungi perkahwinannya dan menghalang Yasmin daripada mengganggu mereka lagi.
Tok tok tok
"Come in," panggil Eryna, suaranya bergetar sedikit dengan harapan.
Vin masuk ke dalam pejabat, mengenakan senyuman santai ketika dia melangkah ke kerusi di hadapan meja kerja Eryna.
" Ada apa puan panggil saya datang pejabat Puan Muda?" tanyanya, raut wajahnya penuh minat.
"Macam ni," Eryna memulakan. "Tujuan saya panggil awak datang ke pejabat saya adalah kerana ada kerja yang saya nak bagi dekat awak. Jangan risau, saya akan bayar awak."
"Kerja apa tu Puan Muda?" soal Vin, matanya memancarkan rasa ingin tahu.
"Kerja dia mudah je. Saya nak awak menyamar jadi sekufu Yasmin. Saya nak awak intip dan ikut pergerakan Yasmin. Awak ikut sahaja apa yang dia suruh buat. Saya tahu Yasmin mesti ada rancangan untuk perangkap Tengku Asyariq. Pastikan semua berjalan lancar dan jangan bagi dia kesan awak langsung, Vin. Hal ini antara kita je tahu. Awak jangan beritahu Tengku Asyariq," jelas Eryna, suaranya penuh keyakinan dan ketegasan.
Vin mengangguk, terkesima dengan tugasan yang diberikan. "Baik Puan Muda. Menurut perintah. Kalau tak ada apa, saya minta diri dulu puan. Tengku tunggu saya di pejabat," katanya dengan hormat sebelum beransur keluar dari pejabat.
Eryna menatap pintu yang ditutup, perasaannya bercampur baur. Dia berharap dengan langkah ini, mereka dapat menghalang Yasmin daripada merosakkan kebahagiaan yang baru mereka bina. Dalam hati, dia berdoa agar Vin dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan tidak terbabas dari tujuan asal.
Yasmin duduk di sebuah kafe yang tenang, namun hatinya penuh dengan rancangan yang gelap. Dia melihat sekeliling, memastikan tidak ada yang mengintip sebelum lelaki misteri itu muncul di sebelahnya.
" Aku tahu yang kau tengah cari orang untuk bantu kau jayakan rancangan dapat Asyariq," kata lelaki berpakaian serba hitam itu dengan nada tenang, wajahnya tersembunyi di sebalik masker.
Yasmin menoleh, terkejut dan curiga. "Kau siapa? Macam mana kau tahu aku tengah cari orang untuk jayakan rancangan aku?"
" Kau tak perlu tahu siapa aku. Aku pun ada tujuan sama macam kau. Aku nakkan Eryna dan kau mesti nakkan Asyariq, kan?" jawab lelaki itu, dengan senyuman sinis.
" Iyaa... aku nakkan Asyariq. Kau boleh bantu aku. Hancurkan rumah tangga dia sampai bercerai," ujar Yasmin, harapannya tiba-tiba membara.
" Boleh. Easy to me," kata lelaki itu, dengan keyakinan yang menakutkan.
" Jadi bila kita boleh mulakan rancangan kita ni?" tanya Yasmin, tak sabar untuk mengetahui langkah seterusnya.
" Bila-bila pun boleh. Aku tak kisah. Lagi cepat, lagi bagus untuk aku dapatkan Eryna," balas lelaki itu dengan tenang.
Dia mengeluarkan sekeping kertas dan menghulurkannya kepada Yasmin. "Ni nombor telefon aku. Apa-apa rancangan, call atau WhatsApp je aku."
Yasmin mengambil kertas itu dan menyimpannya dalam telefon. Dia tahu lelaki ini adalah kunci kepada rancangannya untuk mengganggu kehidupan Asyariq dan Eryna. Setelah lelaki itu pergi, Yasmin merasakan semangatnya kembali membara.
Sejurus selepas itu, seorang lelaki muncul di hadapan Yasmin. "Hai babe. I want you today. Yes or not?" tanyanya, memberikan senyuman menawan.
"Hai baby. Sure can. Let's go," jawab Yasmin, tersenyum sambil melangkah keluar dari kafe bersama kekasih hatinya, seolah-olah tidak ada apa yang mengganggu.
YOU ARE READING
Kau Sempurnakan Cintaku ( C )
RomanceTengku Asyariq Xavier dan Nur Eryna Adrea bercinta selama 7 tahun kerana Yasmin menunjukkan dia lagi cantik dari Eryna. Asyariq lebih memilih Yasmin dengan memutuskan hubung bersama Eryna. 4 Tahun Eryna membawa diri ke itali. Kini, Dia kembali ke Ma...