Pada hujung minggu, Emelia memandang jam di telefonnya dengan penuh kerisauan. Pukul 10 pagi dan Eryna masih tidak muncul di bilik hotelnya. Hatinya berdebar-debar, dan dia segera mendail nombor Eryna untuk menanyakan keberadaannya. Namun, panggilan itu tidak dijawab.
"Bukan main lagi dia ni. Majlis akad nikah aku akan bermula sebentar lagi!" Emelia menggelengkan kepala, gelisah di dalam bilik hotelnya.
"Izzah... cuba kau call Eryna. Aku call dia tak angkat ni. Risau pula aku ni dia tak sampai-sampai lagi ni. Majlis nak start kejap lagi," bebel Emelia, tidak dapat menahan perasaannya.
"Sekejap, aku cuba call dia," jawab Izzah sambil mengambil telefonnya dan mendail nombor Eryna.
Izzah bergerak kehulur-hulur di dalam bilik hotel menanti Eryna menjawab panggilan darinya.
"Hello, Eryna! Jawab pun call. Kau dekat mana? Dah pukul berapa ni tak sampai-sampai lagi? Majlis nak start dah kau tahu tak. Cepat sikit Eryna!" Tegas Izzah, nada suaranya penuh kepanikan.
"Hello, sorry wey! Aku terbabas tidur hari ni. Aku nak sampai dah hotel. Tinggal nak parking kereta je ni. Tunggu kejap," jawab Eryna dengan nada gelabah.
Hari itu adalah hari paling gelabah buat Eryna kerana terlajak tidur. Dia pun cepat-cepat turun dari kereta, membuka pintu belakang, mengambil kasut tumit tingginya dan baju bridesmaid. Dengan sepenuh tenaga, Eryna bergegas ke ruang lobby hotel dan menaiki lift menuju ke bilik Emelia.
"Ting tong, ting tong!"
"Ha, sampai pun kau, Eryna! Kau tak siap lagi. Dah-dah, cepat masuk. Kau siap sekarang, aku ada lagi yang minta tolong make up kan kau," ujar Emelia dengan lega setelah melihat Eryna selamat tiba di biliknya.
Eryna bergegas masuk ke bilik mandi untuk menukar pakaian sebelum menyerahkan wajahnya kepada MUA Emelia.
"Meh sini cepat, Eryna! Sekejap lagi majlis nak mula. Kau kena cantik-cantik!" ujar Izzah, tidak sabar melihat sahabatnya bersiap.
"Okay, okay. Maaf aku lambat. Semalam aku balik dari office lewat. Setelkan drawing aku. Tu yang aku terlajak tidur hari ini," cerita Eryna kepada Izzah dan Emelia.
"Bukan kau kata kau ambil cuti ke? Asal tiba-tiba kau masuk office semalam?" soal Izzah pelik.
"Dah 3 hari aku masuk office. Sebab ada client minta drawing dengan design bangunan as soon as possible. Tu yang aku bertungkus lumus siapkan tu. Semalam baru aku balik rumah. 3 hari aku tidur kat office," terang Eryna lagi.
"Tak apa lah. Setel majlis aku ni, kau rehat. Kesian pula kau. Aku tengok macam orang tak cukup tidur dengan mata sembab macam orang baru lepas menangis. Berapa jam kau tidur hari ni?" tanya Emelia, kasihan melihat keadaan Eryna.
"Aku tidur sejam je. Aku balik pukul 8 pagi tadi," balas Eryna, walaupun mukanya sedang di solek oleh MUA.
Setelah selesai bersiap, mereka beransur dari bilik hotel menuju ke dewan utama hotel untuk majlis akad nikah Harraz dan Emelia. Eryna, Izzah, dan yang lain menjadi bridesmaid yang membawa hantaran Emelia, berjalan masuk terlebih dahulu ke dalam dewan setelah bridesman membawa dulang hantaran Harraz masuk ke dalam dewan sebentar tadi.
Eryna dan Izzah hanya memerhati sahabat baiknya dari kerusi bawah sambil merakam momen terindah itu. Mereka berdua menahan sebak kerana sahabatnya telah menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan dari zaman sekolah, dan kini Emelia sah menjadi milik Harraz hingga akhir hayat. Tiada lagi hangout, karaoke, dan travel bersama-sama lagi.
Pada malam receptionist, Eryna berada di sisi Emelia di atas pelamin sebagai pengapit. Terdapat mata-mata yang memerhatikan dari pintu utama dewan hotel hingga ke atas pelamin.
"Bro, cantiklah pengapit bini kau tu. Ejas nombor dengan bini kau. Awek sebelah dia tu. Suka aku tengok pengapit bini kau. Sejuk je mata memandang," bisik Asyariq di telinga Harraz.
"Amboi bro, kemain eh kau. Tahulah lama single and available. Jangan nampak sangat macam terdesak nak awek bro," bidas Harraz dengan nada pedas.
"Alah, kau ni dengan member baik sendiri pun nak kedekut. Aku nak berkenalan je. Buat ghaso-ghaso. Mana tahu dia pun minat dekat aku juga. Tengok aku yang lagi kacak dan bergaya ni," puji Asyariq kepada dirinya sendiri.
"Banyaklah kau buat ghaso-ghaso. Kau kalau bab puji diri sendiri, kemain lagi eh. Gatal juga kau ni bro. Aku ingat reti jadi beku dan marah orang je kerja," bidas Harraz, masih berbisik dengan Asyariq.
"Dekat luar kena lah beku. Kalau aku senyum, nanti ramai awek berjujuk nak dekat aku. Aku beku ni pun, ramai je yang minat. Ni kalau aku senyum, confirm mesti dia orang cair habis lah," balas Asyariq dengan bangganya.
"Yela bro, nanti aku tanya bini aku boleh tak kau nak nombor kawan dia," ujar Harraz.
Ketika Harraz syok berbisik dengan Asyariq, tiba-tiba dia terasa sakit di pehanya. Rupa-rupanya, Emelia mencubit pehanya kerana terlalu asyik berborak dengan Asyariq.
"Aduu, chinta! Sakitlah!" Harraz menggosok pehanya, kesakitan.
"Tahu pun sakit. Orang tengok tadi bie berbisik dengan Asyariq. Nak berborak pun kejap lagi lah bie. Sekarang ni bukan waktunya. Habis majlis, nak berborak sampai esok pagi pun tak apa. Ni kita baru je naik atas pelamin, baru duduk. Sibuk berborak bisik-bisik dengan Asyariq," tegur Emelia dengan serius.
"Oceyyy, sorry chinta. Bie tak buat lagi. Okay, kita fokus pandang depan," pujuk Harraz, ingin menenangkan Emelia.
Setelah majlis berakhir, Eryna, Izzah, Emelia, dan tiga jejaka itu berborak sambil menikmati hidangan.
"Adrea, lepas ni kau nak stay dekat hotel ke atau kau gerak balik terus?" tanya Izzah.
"Aku balik terus kot. Sebab esok aku kena masuk office dah. Banyak kerja aku nak kena settelkan," jawab Eryna.
"Ouuhhh, faham business woman. Of course sentiasa busy," usik Emelia.
"Ishhh, kau ni mana ada. Tu syarikat bapak aku. Aku tolong handle je syarikat dia," balas Eryna.
"Izzah, Emelia, aku gerak balik dulu. Ada kerja nak kena settel malam ni. Apa-apa pun, aku nak ucapkan selamat pengantin baru untuk korang berdua. Cepat-cepat bagi aku anak buah tau!" ucap Eryna dengan selamba. Muka Emelia berubah merah kerana malu dengan kata-kata Eryna.
"Apa kau ni Adrea. Otak tu bersihkan sikit. Ishhh..." marah Emelia, malu.
"Aku gurau jelah," pujuk Eryna sambil memeluk kawan baiknya itu.
Eryna pun bergerak keluar dari dewan utama hotel.
Harraz menepuk peha Asyariq, menyuruhnya pergi mengejar Eryna. Asyariq bangun dan berlari ke arah Eryna.
"Adrea!" jerit Asyariq dari jauh.
Saat itu, langkah Eryna terhenti mendengar panggilan dari Asyariq. Jantungnya berdegup kencang. Sehinggalah Asyariq tiba di belakangnya dan menepuk bahunya.
"Adrea, boleh tak saya nak minta nombor awak?" soal Asyariq.
"Maaf, saya tak berminat bagi nombor telefon peribadi saya pada orang yang saya tak kenali," jawab Eryna tanpa menoleh dan terus pergi dari tempat tersebut.
Asyariq hanya mampu mengeluh kerana Eryna langsung tidak menoleh ke belakang memandangnya. Malah, dia meninggalkan nombor telefonnya. Dengan hampa, Asyariq pergi ke tempat kawan-kawannya duduk.
"Asal bro, monyok je. Melepas ke?" sarkas Danny.
Izzah mencubit pinggang Danny yang suka menyakat kawan baiknya itu.
"Adu, sayang! Sakit! Abi gurau je!" keluh Danny dengan nada manja.
"Tahu pun sakit. Orang tengah frust, janganlah kacau. Biar dia tenang dulu," tegas Izzah.
TBC
Jangan lupa vote dan comment.
YOU ARE READING
Kau Sempurnakan Cintaku ( C )
RomanceTengku Asyariq Xavier dan Nur Eryna Adrea bercinta selama 7 tahun kerana Yasmin menunjukkan dia lagi cantik dari Eryna. Asyariq lebih memilih Yasmin dengan memutuskan hubung bersama Eryna. 4 Tahun Eryna membawa diri ke itali. Kini, Dia kembali ke Ma...