Tok tok tok
"Come in," sahut Eryna dengan suara lembut, tidak menyangka siapa yang akan muncul di pintu pejabatnya.
"Puan Muda," panggil Vin, masuk dengan langkah tenang.
"Yaa Vin, silakan masuk dan duduk," ajak Eryna, tersenyum ramah sambil menunjukkan kerusi di hadapannya.
"Terima kasih, Puan Muda," ucap Vin sambil duduk di atas kerusi depan meja kerja Eryna, berusaha mengekalkan formaliti.
"Ada bawa tak semua bukti yang saya minta?" soal Eryna, menekankan kepentingan informasi yang dinantikan.
"Ada, Puan Muda. Ni semua bukti yang saya kumpul, dan dalam tu ada tambahan bukti untuk tahu muslihat Yasmin nak sangat kahwin dengan Asyariq," jawab Vin, menghulurkan sampul surat berwarna coklat yang berisi bukti kukuh kes yang berlaku pada Asyariq.
Eryna membuka sampul surat itu dengan penuh perhatian. Dia melihat foto serta tangkapan layar perbualan Yasmin tentang kejadian malam itu. Senyuman kecil terukir di wajahnya melihat semua itu.
"Puan Muda... ni ada satu lagi bukti yang kukuh," Vin menyambung, menghulurkan telefon pintarnya untuk menunjukkan video kejadian di dalam bilik hotel.
"Terima kasih, Vin, atas kerja yang awak lakukan dan kumpul bukti untuk saya," ucap Eryna dengan nada berterima kasih, merasakan beban di bahunya berkurang.
"Payment awak selebihnya saya dah transfer masuk ke akaun bank awak," tambah Eryna, memastikan semua urusan kewangan selesai.
"Terima kasih, Puan Muda. Saya akan buat apa sahaja untuk lindungi Puan Muda dan Tengku punya rumah tangga. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu," pamit Vin, bangun dari kerusi.
"Sama-sama. Terima kasih sekali lagi atas bantuan awak," ucap Eryna, merasa bersyukur.
Vin mengangguk dan mengangkat simbol 'ok' sebelum beransur keluar dari pejabat.
"Sebentar, Vin," panggil Eryna tiba-tiba, membuatkan langkah Vin terhenti.
Terhenti, dia menoleh ke belakang. "Ya, Puan Muda. Ada apa-apa ke?" tanyanya, agak kehairanan.
"Awak ada simpan salinan bukti yang dalam sampul awak berikan pada saya ni?" tanya Eryna, menunjukkan sampul itu kepada Vin.
"Ada, Puan Muda," jawab Vin, menunjukkan keyakinan.
"Saya nak awak bagi salinan itu kepada suami saya. Tapi jangan bagitahu siapa yang memberikan maklumat bukti ni," arah Eryna, memastikan rahsia ini kekal antara mereka.
"Baik, Puan Muda. Ada apa-apa lagi ke, Puan?" Vin mengangguk dan bertanya pada Eryna jika ada perkara lain yang perlu diselesaikan.
"Tak ada apa-apa. Terima kasih sekali lagi atas bantuan awak," ucap Eryna, mengakhiri perbualan mereka.
"Sama-sama, Puan Muda. Saya keluar dulu," pamit Vin sekali lagi, meninggalkan Eryna di pejabatnya.
Eryna menyimpan sampul surat itu dalam laci meja kerjanya, rasa lega dan bersemangat untuk menyelesaikan perkara lain yang tertangguh. Namun, walaupun bulan kedua dia mengandung, cepat betul Eryna berasa penat dan tak larat. Dia meregangkan tubuhnya dan menghirup nafas dalam-dalam, berusaha mengumpulkan tenaga untuk menyambung kerjanya yang masih banyak.
Di pejabat Asyariq, suasana tegang terasa seakan menunggu sesuatu yang besar akan berlaku.
Tok tok tok
"Masuk," sahut Asyariq dengan suara yang tegas, menyuruh pengunjungnya masuk.
"Tengku..." Vin menjawab sambil melangkah masuk dengan wajah serius.
YOU ARE READING
Kau Sempurnakan Cintaku ( C )
RomanceTengku Asyariq Xavier dan Nur Eryna Adrea bercinta selama 7 tahun kerana Yasmin menunjukkan dia lagi cantik dari Eryna. Asyariq lebih memilih Yasmin dengan memutuskan hubung bersama Eryna. 4 Tahun Eryna membawa diri ke itali. Kini, Dia kembali ke Ma...