Kini genap dua bulan Eryna bekerja di syarikat Dato Amran. Banyak benda yang Eryna mampu handle tanpa bantuan abangnya. Sehinggakan Eryna di marah oleh kawan baiknya kerana terlupa tarikh untuk fitting bajunya.
Hari - hari Eryna tidak seperti gadis di luar sana kerana Eryna seorang yang workholic person. Dalam prinsip hidupnya tiada istilah penat atau malas kalau bekerja. Segala tugasnya akan dilangsaikan jika Eryna ingin bercuti atau ada hal - hal penting untuk dia keluar dari pejabat.
Knock knock...
"Come in."Eryna untuk memanggil masuk ke dalam biliknya.
" Miss Adrea, Dato Amran panggil Miss masuk ke pejabatnya. Kata Dato ada hal penting untuk dibincangkan dengan Miss." Beritahu pembantu peribadinya.
" Alright, kata dekat Dato bagi saya 5 minit. Nanti saya masuk ke pejabatnya sebab saya ada kerja untuk dilakukan." Kata Eryna dengan tidak memandang langsung ke arah pembantu peribadinya kerana fokus menyiapkan kerjanya.
" Kalau tak ada apa - apa miss, saya keluar dulu. Terima kasih miss." Ucap Najla dan terus keluar dari pejabat Eryna menuju ke meja kerjanya.
Selesai sahaja menyiapkan segala kerja yang berlambak di atas mejanya. Eryna pun mengemas meja kerjanya yang agak berselerak dengan kertas dan fail - fail dengan rapi dan meletakkan di tempat asal. Siap mengemas Eryna pun mencapai buku nota serta pen keluar dari pejabatnya dan naik lift peribadi ke tingkat 5 iaitu pejabat untuk orang atasan sahaja.
Knock knock...
Eryna mengutuk pintu pejabat Dato Amran sebelum masuk ke dalam pejabat daddynya.
" Masuk..." Panggil Dato Amran dari dalam biliknya.
Eryna pun membuka pintu dan masuk ke pejabar Dato Amran. Lalu, menarik kerusi duduk yang berada di hadapan meja Dato Amran duduk. Sementara menunggu Dato Amran siap berbual di dalam telefon.
Selesai sahaja berbual di telefon Dato Amran memusingkan kerusinya menghadap Eryna dan menghulurkan satu fail kepada Eryna dan Eryna mengambil terus membuka untuk melihat apa isi dalam fail tersebut.
" Eryna, daddy nak serahkan satu projek untuk Eryna uruskan bersama syarikat kawan daddy. Projek ni merupakan projek paling besar yang kita pernah dapat dari sebelum ni. Daddy harap Eryna dapat uruskan dengan baik projek ni. Minggu hadapan Eryna kena pergi syarikat mereka untuk tunjuk rekaan bangunan dan bentang tentang rekaan untuk projek ni kepada mereka. Daddy tahu Eryna dapat uruskan projek ni dengan baik sebab sebelum ni pun Eryna pernah berjaya banyak projek dekat Itali. Jadi, daddy harap kali ni Eryna dapat buat yang terbaik untuk syarikat kita dekat sini pula. Daddy tahu rekaan anak daddy mesti terbaik dan pihak syarikat sana mesti suka dengan rekaan anak daddy ni." Terang Dato Amran pada Eryna kerana dia tahu anaknya agak gemuruh untuk urusan projek sebesar ini buat pertama kalinya.
Dato Amran memberi 100% kepercayaan kepadanya untuk menguruskan segalanya.
" Kenapa daddy tak serahkan projek ni dekat department along daddy. Daddy boleh Eryna buat design saja. Lepas tu, dia orang bentang dekat pihak syarikat sana." Soal Eryna.
"Macam ni Eryna, daddy bukan bagi saja - saja projek ni dekat Eryna. Daddy bagi Eryna projek untuk uruskan dari A to Z sampai projek tu siap. Daddy tahu Eryna bukan saja bijak dalam design tapi Eryna bijak dalam semua hal. Sebab itu, daddy bagi Eryna cuba uruskan projek mega ni. Pihak syarikat sana beri kepercayaan kepada kita untuk uruskan projek ni. Penat along siapkan proposal untuk berebut tender dengan syarikat paling gah dalam Malaysia ni Eryna. Rezeki kita dapat tender tu. Patutnya along uruskan tapi along kan daddy transfer ke itali buat sementara waktu untuk uruskan masalah dekat sana. Jadi dekat sini Eryna yang settelkan. Eryna tolong daddy uruskan syarikat ni." Jelas Dato Amran pada Eryna dengan panjang berjeler.
YOU ARE READING
Kau Sempurnakan Cintaku ( C )
RomanceTengku Asyariq Xavier dan Nur Eryna Adrea bercinta selama 7 tahun kerana Yasmin menunjukkan dia lagi cantik dari Eryna. Asyariq lebih memilih Yasmin dengan memutuskan hubung bersama Eryna. 4 Tahun Eryna membawa diri ke itali. Kini, Dia kembali ke Ma...