Saat Eryna berjalan ke arah padang, langkahnya terhenti apabila terasa tangannya ditarik dengan erat. Ketika dia berpusing, wajah Asyariq muncul di hadapannya, penuh dengan pelbagai emosi—kekhawatiran, kerinduan, dan mungkin penyesalan.
"Eryna, tunggu!" jerit Asyariq, matanya memandang dalam dengan harapan agar Eryna mendengar kata-katanya.
Eryna, yang masih membara dengan kemarahan dan sakit hati, berusaha untuk meleraikan tangannya dari pegangan Asyariq. "Lepaskan saya, Asyariq! Apa lagi yang awak nak?" suaranya bergetar, antara marah dan sedih.
"Saya hanya nak bercakap dengan awak. Tolonglah, bagi saya peluang untuk jelaskan," pujuk Asyariq dengan nada lembut, tetapi Eryna tetap tidak tergoda.
Eryna menarik tangannya dengan kuat, tetapi pegangan Asyariq masih kukuh. "Berhenti lah, Asyariq! Saya tak mahu dengar apa-apa dari awak. Semua ini sudah cukup menyakitkan," kata Eryna, jiwanya berontak. Dia tidak mahu kembali kepada saat-saat yang penuh dengan kepura-puraan dan kekecewaan.
"Saya tahu saya salah. Saya minta maaf," Asyariq menjelaskan, wajahnya kelihatan penuh penyesalan. "Tapi, percayalah, saya bukan berniat untuk lukakan hati awak. Saya... saya memang suka awak."
Mendengar pengakuan itu, hati Eryna bergetar. Dia tidak mahu terpedaya lagi. "Suka? Atau hanya ingin menjadikan saya sebagai permainan? Itu bukan cinta, Asyariq!" marah Eryna, air mata sudah hampir mengalir lagi.
Asyariq menghela nafas, jelas dia merasa terdesak. "Saya sudah sedar kesilapan saya. Saya tak sepatutnya terlibat dalam permainan bodoh itu. Saya seharusnya ikhlas dari awal," katanya, suaranya sedikit pecah.
Eryna terdiam sejenak. Rasa sakit dan kemarahan yang terpendam menguasai dirinya. "Saya tidak boleh percaya awak lagi. Semua yang awak buat membuat saya hilang percaya terhadap diri sendiri. Saya hanya mahu pergi," Eryna berkata, hatinya berdebar-debar, merasakan segala kesedihan itu kembali.
Tiba-tiba, Eryna merasakan ada sesuatu dalam dirinya yang meruntun, satu dorongan untuk memahami. Namun, dia menepisnya. "Tolong lepaskan saya, Asyariq."
Asyariq akhirnya mengalah, melepaskan pegangan tangannya. Eryna mengambil kesempatan itu untuk menjauh. Dengan langkah yang berat, Eryna terus berjalan menuju ke padang, berusaha menenangkan hatinya yang bergejolak.
Dia tidak mahu kembali ke saat dia merasa disakiti dan dikhianati. Dengan tekad, Eryna memberitahu dirinya bahawa dia harus lebih kuat. Meskipun sukar, dia akan berusaha untuk tidak membiarkan masa lalu mendefinisikan siapa dirinya.
Sementara itu, Asyariq hanya mampu melihat Eryna pergi, hatinya penuh penyesalan. Dia tahu, semua ini adalah akibat dari keputusan yang dia buat, dan kini, dia harus bersedia menghadapi segala kemungkinan untuk menebus kesilapannya.
Eryna membuka pintu biliknya dan melihat Izzah dan Emelia berdiri di hadapan pintu, masing-masing tersenyum lebar dengan wajah penuh semangat.
"Selamat hari jadi, Eryna!" serentak mereka mengucapkan sambil menghulurkan hadiah kecil yang dibalut cantik. Eryna terkejut seketika, tetapi hatinya terasa hangat melihat keikhlasan teman-temannya.
"Terima kasih, korang! Tak sangka korang datang awal," Eryna berkata sambil menerima hadiah tersebut dan membukanya dengan penuh rasa ingin tahu. Dalam hatinya, rasa syukur menguasai kerana memiliki sahabat seperti mereka.
"Kami dah janji nak jadi peneman kau sepanjang hari ini! Nak bagi kau rasa seronok. Jadi, jom kita siap-siap dan turun untuk majlis!" Izzah berkata, mencuit bahu Eryna dengan riang.
"Betul tu! Kita orang tak nak majlis ni jadi boring. Hari jadi kau, mestilah kena meriah!" tambah Emelia dengan senyuman lebar.
Eryna merasa teruja dan sedikit lega. Dia tahu, walaupun hatinya masih terluka dengan semua yang terjadi antara dia dan Asyariq, kehadiran Izzah dan Emelia memberi dia semangat baru untuk menikmati hari istimewanya.
YOU ARE READING
Kau Sempurnakan Cintaku ( C )
Storie d'amoreTengku Asyariq Xavier dan Nur Eryna Adrea bercinta selama 7 tahun kerana Yasmin menunjukkan dia lagi cantik dari Eryna. Asyariq lebih memilih Yasmin dengan memutuskan hubung bersama Eryna. 4 Tahun Eryna membawa diri ke itali. Kini, Dia kembali ke Ma...