Saat Eryna melangkah dengan tenang menuruni tangga menuju kantin, dia menikmati suasana sekeliling yang agak sibuk dengan pelajar lain yang lalu-lalang. Sambil melangkah melalui susur gajah menuju kantin, tiba-tiba dia merasakan sebuah tangan menahannya.
Dia menoleh dan melihat Yasmin berdiri di hadapannya dengan ekspresi wajah yang serius. Eryna merasa sedikit bingung dan hanya mampu memandang Yasmin dengan pandangan pelik, bertanya-tanya dalam hati, *"Apa yang sudah aku lakukan hingga dia menahan aku begini?"*
Yasmin tetap berdiri diam tanpa berkata apa-apa, hanya memandang Eryna seolah-olah ada sesuatu yang penting yang ingin dia sampaikan.
Eryna bertanya dengan reaksi wajah pelik melihat Yasmin berdiri di hadapannya." Kau dah kenapa tahan aku kat sini?"
" Tak ada apa. Saja je aku tahan kau. Tapi aku nak cakap kat kau jangan mudah percayakan orang nanti menyesal kemudian hari." Berkias Yasmin padanya dan memandang Eryna atas bawah dengan reaksi tidak puas hati.
"Apa maksud kau ni, Yasmin?" bentak Eryna, wajahnya penuh dengan kebingungan dan ketidakpuasan.
Yasmin hanya tertawa kecil sebelum berkata dengan sinis, "Kau tak tahu ke? Hahahaha. Kesiannya kau, Eryna. Selama ni, kau tahu tak, Asyariq tu cuma nak game kau je. Dia bukannya nak berkawan betul dengan kau pun. Asyariq dicabar oleh kawan-kawan dia untuk 'dapatkan' kau. Kalau dia berjaya, dia akan digelar 'Best Men Win'."
Eryna menatap Yasmin dengan marah. "Aku tak percaya cerita kau, Yasmin. Tak betul pun semua ni. Sebenarnya, kau yang tak puas hati tengok aku rapat dengan Asyariq, kan?" bidas Eryna, suaranya bergetar menahan rasa geram.
Yasmin tersenyum sinis. "Ikut suka kau lah nak percaya atau tak, Eryna. Tapi nanti bila dah tahu kebenaran, jangan menyesal. Masa tu, tak guna pun kau nak menyesal."Yasmin menatap Eryna dengan wajah penuh kepuasan, melihat Eryna gelisah dengan kata-katanya.
"Dah lah, mengarut je kau ni!" balas Eryna lalu berpaling dan melangkah pergi dari Yasmin. Hatinya panas, namun dia berusaha untuk tidak terlalu memikirkan kata-kata Yasmin. Langkahnya dipercepat menuju kantin, di mana Izzah dan Emelia sudah menunggunya.
Sebaik tiba di kantin, Eryna terus duduk di sebelah Izzah dan menghembuskan nafas panjang, melepaskan kekesalannya. Izzah dan Emelia memandangnya dengan hairan, sedar ada sesuatu yang tak kena pada wajah Eryna.
"Haih, Eryna, jarang betul kau mengeluh macam ni. Kenapa?" tanya Izzah dengan nada prihatin.
"Tak ada apa lah. Masa aku turun tangga tadi, aku lalu kat bawah susur gajah nak ke kantin, tiba-tiba bertembung dengan Yasmin. Dia sekat aku kat situ, mula-mula cakap berkias-kias, lepas tu terus sindir aku macam-macam. Yang paling buat aku geram, dia cerita buruk pasal Asyariq. Sampai serabut kepala aku dibuatnya," luah Eryna dengan wajah tegang.
"Oh, patutlah," balas Emelia, geram mendengar cerita Eryna. "Kadang-kadang aku tak faham juga dengan Yasmin tu. Apa masalah dia dengan kau, Eryna? Dia ni memang suka buat cerita mengarut pasal orang."
Eryna mengangguk perlahan. "Entahlah. Biarlah Si Yasmin tu. Kalau fikirkan pasal dia, sampai bila-bila pun tak habis. Apa-apa pun, sorry aku lambat datang tadi. Semua sebabkan dia." Eryna mengeluh, masih terasa sakit hatinya pada Yasmin.
" Tak pe. Nak buat macam mana. Tak boleh jugak nak elakkan dari minah tu kan. Pergi mana - mana pasti terserempak dengan dia kan." Ujar Izzah dengan tenang kerana melihat kawannya serabut.
Setelah lama berborak di kantin, loceng pun berbunyi menandakan waktu untuk kembali ke kelas. Eryna, Izzah, dan Emelia beredar dari kantin dan berjalan menuju kelas mereka. Di tengah perjalanan, Eryna tiba-tiba teringat sesuatu dan memutuskan untuk mengajak mereka keluar petang nanti.
YOU ARE READING
Kau Sempurnakan Cintaku ( C )
RomanceTengku Asyariq Xavier dan Nur Eryna Adrea bercinta selama 7 tahun kerana Yasmin menunjukkan dia lagi cantik dari Eryna. Asyariq lebih memilih Yasmin dengan memutuskan hubung bersama Eryna. 4 Tahun Eryna membawa diri ke itali. Kini, Dia kembali ke Ma...