BAB 30

1.2K 24 5
                                    

Suasana di hospital Kuala Lumpur terasa suram dan tegang. Harraz, Tengku Adham, dan Tengku Amanda menanti di luar dewan pembedahan dengan harapan yang terpendam. Jam menunjukkan hampir tengah malam, tetapi detik-detik yang berlalu terasa seolah-olah berjam-jam lamanya.

Harraz merenung lantai, berusaha menenangkan dirinya. Setiap bunyi pintu terbuka atau langkah kaki di koridor membuatkan hatinya berdegup kencang. Dia bimbang akan berita buruk yang mungkin mereka terima.

"Harraz..." suara Tengku Adham memecahkan kesunyian, "adakah dia okay?"

"Uncle, saya... saya harap yang terbaik. Kita perlu berdoa," jawab Harraz, meskipun hatinya dipenuhi dengan keraguan.

Tengku Amanda, dengan mata yang berair, tidak dapat menahan rasa sedih melihat keadaan suaminya dan anak mereka. "Tengku Asyariq adalah satu-satunya harapan kami. Dia seorang yang baik dan penyayang."

"Dia berani," tambah Harraz, suaranya sedikit bergetar. "Dia korbankan nyawanya demi Eryna. Saya tak tahu apa yang akan berlaku jika dia tidak sampai ke sini tepat pada waktunya."

Saat mereka menunggu, Harraz menceritakan kepada Tengku Adham dan Tengku Amanda tentang apa yang berlaku malam itu, tentang bagaimana Asyariq berjuang untuk menyelamatkan Eryna dari tangan Akhmal yang kejam. Setiap kata yang diucapkannya penuh dengan rasa hormat kepada Asyariq yang berani.

"Saya lihat betapa cintanya dia kepada Eryna. Dia tidak akan membiarkan sesiapa pun mencederakannya," ucap Harraz dengan tegas, tetapi dalam hatinya berasa tertekan mengenangkan nasib sahabat baiknya.

Tiba-tiba, pintu dewan pembedahan dibuka, dan seorang doktor muncul, kelihatan letih tetapi serius. Harraz dan keluarga Asyariq bergegas ke arahnya, masing-masing berharap untuk mendapatkan berita baik.

"Siapa waris atau keluarga kepada Tengku Asyariq?" tanya doktor itu dengan tegas.

"Saya bapa kepada Tengku Asyariq. Macam mana keadaan anak saya, doktor?" soal Tengku Adham, suaranya bergetar.

"Sekarang Tengku Asyariq dalam keadaan kritikal kerana kehilangan banyak darah akibat tikaman yang dalam dan mengakibatkan Tengku Asyariq koma," jelas doktor dengan nada yang berat.

Setiap perkataan itu terasa seperti pisau menembus hati mereka. Harraz terdiam, dan air mata Tengku Amanda mengalir di pipinya, penuh kesedihan dan harapan yang terkubur.

"Agaknya berapa lama anak saya akan koma, doktor?" tanya Tengku Amanda, suaranya tidak lebih dari bisikan.

"Saya tidak pasti berapa lama. Kita bergantung pada kekuatan Tengku Asyariq sendiri untuk sedar. Saya nasihatkan agar Tengku berdoa agar anak Tengku cepat sedar dari koma. Kami hanya dapat bantu dari segi menyelamatkannya sahaja. Sekiranya terlambat di bawa ke hospital, dia mungkin tidak dapat diselamatkan. Sekarang, kami perlu memindahkan anak Tengku ke Wad ICU untuk pemantauan lebih lanjut," jawab doktor dengan jujur.

Tengku Adham menarik nafas panjang, "Tak apalah doktor. Terima kasih banyak-banyak kerana selamatkan anak saya. Apabila anak saya sudah sedar, pindahkan dia ke wad VVIP."

Doktor itu mengangguk dan mengucapkan terima kasih sebelum masuk kembali ke dalam dewan pembedahan, meninggalkan keluarga Asyariq dan Harraz dalam keadaan terpinga-pinga, berusaha mencerna berita yang baru mereka terima.

"Semua ini tidak sepatutnya berlaku," ucap Harraz, sambil menggelengkan kepalanya. "Dia tidak patut mengalami semua ini."

"Dia seorang pejuang. Jika ada sesiapa yang boleh bangkit semula, ia adalah Tengku Asyariq," balas Tengku Adham, walaupun suaranya sedikit bergetar.

Di dalam hatinya, Harraz berdoa. Dia berdoa untuk Asyariq, agar sahabatnya itu kembali dengan selamat dan tidak hilang dari hidupnya. Dia juga berdoa untuk Eryna, yang pasti sedang menanti berita tentang Asyariq.

Kau Sempurnakan Cintaku ( C )Where stories live. Discover now