BAB 38

950 25 0
                                    

Pada petang itu, Izzah dan Emelia mengajak Eryna dan Asyariq keluar makan serta membeli belah di mall.

" Love.... dah siap ke???" Jerit Asyariq dari bawah menunggu Eryna.

" Kejap laa hubby. Nak siap dah ni. Sikit je lagi." Ujar Eryna dengan kuat dari dalam bilik.

" Yela.. cepat sikit hubby tunggu love dalam kereta tau." Ujar Asyariq bangun duduknya dan ke garaj keretanya.

Eryna melilit tudungnya dan menambah sikit blusher pada pipinya agar naik seri. Eryna tergesa - gesa untuk bersiap kerana terbabas tidur kerana Asyariq mengerjakannya selepas subuh tadi. Sedar - sedar sudah tengah hari.

Eryna mengambil tas tangannya terus turun ke bawah dan mengunci pintu rumahnya. Terus masuk ke dalam kereta.

" Love... buat apa lama sangat dalam bilik???" Soal Asyariq dengan sengaja.

" Kamu nanya. Kamu bertanya - tanya." Ujar Eryna memberi jelingan maut pada Asyariq.

" Dah tahu tanya lagi. Tarik telinga tu karang." Tambah Eryna.

" Sorry love..." Pinta Asyariq.

" Dah laa... berapa lama nak panas enjin keretanya?" Soal Eryna kerana Asyariq masih tiada lagi ada tanda - tanda nak gerak pergi ke bandar.

" Okay okay okay... Jom kita gerak." Ujar Asyariq.

Asyariq dan Eryna pun keluar dari perkarangan rumah mereka memulakan perjalanan ke pusat beli belah Pavillion. Melepak bersama rakan - rakannya.

Eryna mencapai handbagnya kembali dan mengambil telefon membuka aplikasi whatsapp dan menghantar pesanan kepada gadis – gadis kesayangannya.

Eryna

Hai girls. Where are you now?

Aku dah gerak dengan Asyariq.

Izzah

Aku baru keluar dari rumah tunggu Danny ambil aku.

Emelia kau dah gerak ke beb?

Emelia

Aku baru siap.

Sekejap lagi aku gerak dengan laki aku.

Eryna

Nak jumpa dekat mana pavillion ke ioi mall?

Emelia

Jumpa kat Pavillion lah. Aku nak pergi cari barang sikit dekat sana dengan laki aku.

Lagi satu aku tengah lapar gila. Kita makan dulu baru gerak jalan sama - sama.

Izzah

Okay bereh. Aku dengan Danny tunggu dekat Nando's Restaurant.

Eryna

Oceyyy girls. Mi muovo prima, ciao.

Emelia

Kau carut apa Eryna oi.

Tak faham aku.

Eryna

Nanti aku bagitahu maksud dia okey. Ciao.

Eryna pun menutup telefonnya lalu masukkan ke dalam beg tanganya kembali.

Kau Sempurnakan Cintaku ( C )Where stories live. Discover now