BAB 35

967 19 0
                                    

Di saat ambang kebahagiaan.

Yasmin munculkan dirinya di pejabat Asyariq. Terkejut Asyariq dibuatnya apabila Yasmin tiba muncul di pejabatnya.

"Hai, bie. Lama kita tak jumpa. Rindunya I dekat you, bie." Yasmin berkata sambil melangkah dengan penuh keyakinan ke arah Asyariq yang sedang duduk di meja kerjanya. Tanpa memberi peluang, dia terus memeluk Asyariq.

Asyariq terkejut dan segera menolak Yasmin dengan lembut. "Apa main peluk-peluk ni! Kau tak tahu halal haram ke?" suaranya sedikit tinggi, mengekspresikan ketidakselesaan.

Yasmin menjauhkan diri, tetapi tidak dapat menyembunyikan senyuman di wajahnya. "Ala... you ni, bie. Tak sporting macam dulu. Dulu I boleh je peluk you sesuka hati. Kenapa sekarang you sombong?" Soal Yasmin, kelihatan kecewa dengan reaksi Asyariq.

"Itu dulu, Yasmin. Sekarang tak boleh. Aku dengan kau dah tak ada apa-apa hubungan. Hubungan kita dah lama berakhir. Kau tak ingat ke apa yang kau buat dekat aku dulu? Dan sekarang kau datang nak jilat balik apa yang kau ludah kan tu?" Asyariq berkata dengan tegas, nada suaranya penuh ketegasan.

"No, bie! You tetap kekasih I. I tak pernah pun harap hubungan kita berakhir. I tetap sayangkan you, Asyariq. I dah explain dekat you dulu. I tak pernah curang pun dengan you. I setia dengan you. Ye, dulu memang I kejarkan dunia modelling. Sekarang I dah balik Malaysia nak betulkan balik hubungan kita," Yasmin menjelaskan, berusaha mengubah fikirannya.

Asyariq hanya menggelengkan kepalanya, berusaha mengawal emosi. "Nak betulkan balik hubungan kita? Hahaha! Kau buat kelakar ke, Yasmin? Aku tak pernah terlintas pun nak kembali dekat kau. Hati aku ni tak ada langsung tertulis nama kau. Hanya nama Eryna je yang selalu bertakhta di hati buat selama-lamanya."

Yasmin terdiam, wajahnya berubah masam. "You masih lagi tunggu perempuan yang kolot tu, kan? I yang cantik depan mata you ni, you langsung tak nak pandang I. Kenapa, Asyariq?" Tanyanya, marah dan kecewa.

"Because she's better than you! Dia sempurna di mata aku. Dia sangat lembut dan punya sikap yang baik. Tiada siapa yang dapat menggantikan dia dalam hati aku." Jawab Asyariq dengan penuh keyakinan, hatinya berpegang teguh pada keputusan yang diambilnya.

"I sayang you, Asyariq. Apa yang susah sangat nak terima I dalam hidup you semula? Apa kurangnya I di mata you?" Tanya Yasmin, suaranya menunjukkan rasa putus asa.

"Banyak kekurangan kau yang buat aku benci nak tengok muka kau! Kerana kau, aku dengan Eryna berpisah. Kau juga yang buat Eryna hilang, dan susah aku nak cari dia!" Suara Asyariq meningkat, menyuarakan segala perasaannya yang terpendam.

Yasmin kelihatan terkejut, tetapi dengan cepat dia cuba memulihkan keadaan. "Please, Asyariq..." Rayunya, tetapi Asyariq tidak mahu mendengar lebih lanjut.

"Berambus dari bilik ini! Dah, aku tak nak dengar lagi apa yang kau nak cakap tu. Aku bosan dan muak dengan rayuan kau. Berambus sebelum aku panggil pengawal keselamatan!" Asyariq berkata dengan ketegasan yang tidak dapat dibantah.

Yasmin mengangkat tangannya, menggigit bibirnya untuk menahan kemarahan. "Okay, fine. I keluar dari bilik you!" Bentaknya sebelum beredar, meninggalkan Asyariq sendirian dalam suasana yang penuh ketegangan.

Asyariq menghembus nafas lega. Dia tahu bahawa keputusan untuk menjauhkan diri dari Yasmin adalah langkah yang tepat. Hatinya kini tertumpu sepenuhnya pada Eryna, dan dia bertekad untuk menjaga hubungan mereka dari segala gangguan yang mungkin timbul. 

Hari demi hari, Yasmin tidak pernah jemu mengganggu Asyariq di pejabat. Dia datang dengan pelbagai cara, tetapi Asyariq semakin muak dengan kehadirannya. Setiap kali Yasmin datang, Asyariq merasakan tekanan yang semakin meningkat. Dia tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan untuk menghentikan gangguan itu.

Kau Sempurnakan Cintaku ( C )Where stories live. Discover now