Hari-hari mereka berdua berlalu dengan pantas dan bahagia, terutama setelah Asyariq mendapat tahu bahawa Eryna sedang mengandung. Kegembiraan Asyariq tidak terhingga. Ini adalah saat yang dinantikan, kerana dia tidak sabar untuk menjadi seorang ayah dan bermain dengan anak sendiri. Selama ini, dia hanya bermain dengan anak abang yang sudah ada.
"Love... love!!" Asyariq laung dari luar bilik tidur, memanggil Eryna.
Eryna yang sedang leka berehat di bilik tidurnya terbangun mendengar suaranya. Dia merasa pelik kerana Asyariq sudah pulang awal.
"Masuk bilik hubby..." Eryna memanggil dari atas katil.
Klakk!
Pintu bilik dibuka dari luar oleh Asyariq, dan dia melangkah masuk dengan senyuman lebar.
"Love..." panggil Asyariq sambil berjalan ke arah katil mereka.
Eryna tersenyum melihat suaminya muncul.
"Come. Sini naik atas katil..." Eryna menggamit Asyariq.
Asyariq mengikut arahan, meletakkan kepalanya di riba Eryna.
"Kenapa hubby balik awal hari ni? Ni baru tengah hari, dah muncul dekat rumah mummy, kenapa?" soal Eryna, ingin tahu.
"Saja je. Nak tengok kesayangan hubby okay ke tak. Tapi kejap lagi hubby masuk balik office, ada meeting penting," jawab Asyariq sambil tersengih.
"Alololoo... Baiknya hubby love ni. Love sayang hubby. Ingat tu," kata Eryna sambil mencium pipi Asyariq dengan manja.
Asyariq hanya tersengih gembira.
"Kenapa hubby panggil love? Hubby nak apa-apa ke?" tanya Eryna, curiga.
Asyariq menggelengkan kepala. "Hubby saja nak tengok love. Love okay? Ada sakit dekat mana-mana tak?" soalnya dengan penuh perhatian.
Eryna tersenyum kecil, berasa terharu dengan keprihatinan suaminya. "Love okay je hubby. Tak ada sakit mana-mana pun."
"Love nak makan?" tanya Asyariq lagi, tidak mahu terlepas memeriksa keadaan isterinya.
"Love tak nak makan lagi. Perut love still kenyang... Kenapa suami love prihatin sangat ni?" tanya Eryna sambil mengusap lembut rambut Asyariq.
"Saja je. Tak boleh ke love? Hubby nak prihatin dengan love?" tanya Asyariq, menyuarakan perasaannya.
"Boleh je. Tapi hubby ni terlampau overprotective sejak tahu love mengandung," Eryna menjawab, gelak kecil di dalam hati.
"Of course, sebab dalam perut love ada anak hubby. Hubby kena jaga keduanya dengan baik-baik," Asyariq menjawab sambil tangannya mengusap lembut perut Eryna yang semakin membesar.
"Love sayang hubby!" ucap Eryna dengan penuh rasa kasih.
"Hubby pun sayang love!" balas Asyariq dengan senyuman lebar.
"Dah jom turun bawah. Mesti mummy dah siap masak lunch tu," ajak Eryna, merasa lapar dengan perut yang mulai berkeroncong.
"Jom!" Asyariq segera membantu Eryna turun dari katil. Mereka pun keluar dari bilik, bergandingan tangan, menuju ke bawah dengan senyuman di wajah.
Senyuman dan tawa mereka mengisi ruang rumah, menciptakan suasana hangat yang penuh kasih sayang. Saat-saat ini membuatkan mereka lebih menghargai satu sama lain dan merindui saat-saat baru yang akan datang.
Sejak Eryna sarat mengandung, Asyariq meminta Eryna untuk berehat seketika. Dia sangat risau tentang keselamatan isterinya dan bayi yang dikandungnya. Asyariq, yang kini semakin sibuk dengan urusan pejabat, merasa sedikit bersalah kerana tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada Eryna. Meskipun abangnya ada untuk membantu, Asyariq tetap terlibat dalam mengurus dua syarikat dan juga membantu bapa mertuanya, sementara Eryna bercuti untuk bersalin.
YOU ARE READING
Kau Sempurnakan Cintaku ( C )
RomanceTengku Asyariq Xavier dan Nur Eryna Adrea bercinta selama 7 tahun kerana Yasmin menunjukkan dia lagi cantik dari Eryna. Asyariq lebih memilih Yasmin dengan memutuskan hubung bersama Eryna. 4 Tahun Eryna membawa diri ke itali. Kini, Dia kembali ke Ma...