BAB 25

1.3K 29 0
                                    

Hari-hari yang sibuk dan penuh tekanan sememangnya menjadi lumrah bagi seorang bos seperti Eryna. Dengan jadual yang padat dan pelbagai mesyuarat, dia perlu menyesuaikan diri dengan beban kerja yang semakin meningkat. Namun, di sebalik segala kesibukan itu, ada satu perkara yang terus mengganggu fikirannya: nombor tidak dikenali yang terus menghubunginya

Eryna mengambil keputusan untuk mengalihkan fikirannya. Dia mengambil kertas dan pena, mencatatkan idea-idea untuk projek yang sedang diusahakannya. Semangatnya untuk memajukan syarikat dan membina reputasi yang lebih baik sentiasa membara. Namun, di dalam hati, rasa risau dan tidak tahu mengenai nombor misteri itu kian membesar. Ketika Eryna sedang meneliti semula lakaran projeknya, pembantu peribadinya masuk ke biliknya.

" Tok tok tok."

" Come in" Eryna memanggil masuk.

" Morning Miss Adrea, saya nak bagitahu jadual miss pada hari ini." Ujar pembantu peribadi Eryna.

" Proceed." Balas Eryna sepatah.

Najla mengambil nafas sebelum memulakan membaca jadual Eryna pada hari itu. " Pada pagi ni, miss Adrea ada meeting dengan syarikat Hrzd sdn.bhd di pejabat miss dan pada tengah hari, miss ada meeting bersama Dato Amran untuk bincangkan progress kerja. Pada petang sebelum miss balik. Miss ada meeting bersama ASH holding di bilik pejabat miss juga. Itu sahaja jadual miss pada hari ini. Saya minta diri dulu." Beritahu Najla dan terus beransur keluar dari bilik Eryna.

Eryna mengurut pelapis dahinya kerana terlalu banyak meeting dia pada hari ini serta banyak kerja yang perlu disiapkan juga pada hari ini. Penatnya tak akan habis kerana Eryna sudah siapkan kerjanya dan masuk kerja sahaja, mesti ada kerja baru buatnya.

Walaupun Eryna seorang bos di dalam syarikat itu, tetapi kerjanya sama seperti pekerja di luar sana. Malah, kerjanya lagi banyak dari pekerja luar sana. Tapi Eryna tabah dan kuat demi menaikkan ranking serta nama syarikat dia di luar sana.

" Tok tok tok"

" Come in" Eryna memanggil masuk

" Miss, wakil dari syarikat Hrzd sdn.bhd sudah sampai." Najal memberitahu ketibaan wakil syarikat itu sudah sampai yang merupakan sua,i kepada kawan baiknya.

" Baik. Suruh dia masuk ya Najla." Arah Eryna.

" Tok tok tok"

" Come in"

Harraz pun masuk ke bilik Eryna. Selangkah Harraz masuk kebilik Eryna terpegun dibuatnya kerana interior design dalam pejabat Eryna sangat menarik dan cantik. Tambah pula sejuk warna yang dipilih pada dinding pejabat Eryna.

" Haih, yang tercegat dekat situ kenapa Encik Harraz Naufal." Tegur Eryna dengan selamber.

" Maaf Eryna. I terpegun tengok rekaan bilik you ni. Sangat minimize dan cantik. Suka I tengok pejabat you. Kalau boleh rasa tak nak balik lepas habis meeting. Nak je duduk dalam bilik ini." Ujar Harraz dengan selamber dan tanpa sedar dia memanggil betul Eryna bukan lagi Adrea.

Eryna sudah terkejut apabila Harraz memanggil nama itu. " Wait a minute Harraz. Macam mana you tahu nama I Eryna?" Soal Eryna dengan cemas.

" Did you know, my wife tell of everything about you. Who you are? Why you run away from all your friends and where do you leave before this? I know everything." Ujar Harraz dengan bangganya kerana dia tahu semua tentang Eryna.

" Omg.. your wife ni langsung tak boleh simpan rahsia." Marah Eryna.

" Ala lek laa Eryna. I tak akan cerita dekat sesiapa pun pasal you sebab I dah janji dengan my wife tak akan cerita dengan sesiapa pun termasuk Asyariq ex boyfriend you aka kawan baik I tu." Kata Harraz.

Kau Sempurnakan Cintaku ( C )Where stories live. Discover now