BAB 7

999 21 0
                                    

"Eryna, hari ni ada keluar ke dengan kawan - kawan." Tanya Datin Inara pada Eryna.

" Tak ada nak kemana - mana mummy. Kenapa?" Jawab Eryna.

" Mummy nak ajak Eryna teman mummy pergi mall. Mummy nak pergi beli barang dapur sikit kat pasaraya dengan along." Balas Datin Inara.

" Ok mummy. Mummy dengan along nak pergi pukul berapa? Eryna nak siapkan homework sikit ni mummy." Soal Eryna lagi.

" Mummy nak pergi pukul 5 petang." Balas Datin Inara.

Eryna pun terus bertungkus lumus siapkan homework yang bertimbung cikgunya bagi tadi.

Selesai sahaja homework Eryna terus siap - siap dan melihat jam tepat pukul 5 petang. Eryna dengan pantas ambil hangbag dan terus turun ke bawah. Ketika nak turun Eryna terdengar suara menjerit namanya dari bawah.

"Eryna! Cepat sikit, kita dah nak gerak ni!" laung suara garau abangnya, Eidlan, dari ruang tamu.

Eryna tersenyum kecil mendengar suara alongnya yang tidak sabar menunggu. Dia segera mempercepatkan langkah turun tangga sambil membetulkan tudung dan memastikan handbagnya berisi semua keperluan. Sampai di bawah, dia melihat Datin Inara sudah siap dengan gaya elegannya, sementara Eidlan berdiri bersandar di tepi pintu dengan wajah sedikit bosan.

"Sorry, sorry! Eryna dah siap ni," kata Eryna sambil tersenyum ke arah mereka berdua.

Datin Inara mengangguk dan tersenyum lembut, “Bagus. Jom kita cepat sikit sebelum jalan sesak.”

Mereka bertiga pun keluar rumah dan masuk ke dalam kereta Eidlan. Dalam perjalanan, suasana santai dengan Datin Inara dan Eidlan sesekali berborak tentang pelbagai perkara, sementara Eryna hanya mendengar dan sesekali tersenyum.

Ketika dalam kereta Datin Inara pun bertanya banyak soalan pada Eryna sehingga penat Eryna untuk menjawab.

" Mummy nak tanya sikit ni. Eryna buat apa lama sangat kat atas tadi?" Soal Datin Inara pada Eryna

" Entah adik ni... melambatkan kerja orang tahu tak" Sampuk Ethan dengan sengaja.

" Eryna buat homework lah mummy, along. Tu leka membuat homework yang banyak tu, tengok jam dah pukul 5. Eryna apa lagi tutup buku terus mandi, pakai baju. Masa dah siap pakai baju tu mummy dengan along pula jerit panggil Eryna. Eryna apa lagi kelam kabut ambil haandbeg terus turun." Jawab Eryna dengan muka tak bersalah.

" Lain kali kunci jam loceng masa buat homework baru ingat." Bebel Datin Inara di tempat duduk belakang.

" Kenapa mummy tiba - tiba nak pergi mall beli barang dapur. Bukannya barang dapur banyak lagi ke ?" Soal Eryna kembali pada Datin Inara.

" Apalah slow sangat adik along ni... Kau lupa ke adik hari ni kan hari jadi daddy. Tulah mummy ajak adik teman gi beli barang dapur sikit dengan beli kek. Understand adik" Jawab Ethan dengan menggeleng kepalanya.

" Ouhhh... Faham. Sorry lah adik lupa hari ni hari jadi daddy. Banyak sangat homework sampai lupa hari ni hari jadi daddy." Ujar Eryna dengan tersenyum nakal pada abangnya itu.

" Ouh, mummy ajak kamu gi beli barang dapur sebab malam ni birthday daddy. Tu mummy nak masak special sikit." Jawab Datin Inara.

" Ouh, ok sorry mummy." Ujar Eryna dengan muka cutenya yang ditunjukkan pada Datin Inara.

Eryna hanya mengangguk terus memandang pada handset masing - masing.

Ketika leka bermain instagram muncul whatsapp dari Asyariq.

Setelah lama berfikir panjang, Eryna pun mula menekan butang di skrin telefon. Lambat - lambat Eryna menekan sambil otak ligat berfikir apa perkataan yang harus dirinya balas dan mulakan untuk menghantar pada Asyariq.

Kau Sempurnakan Cintaku ( C )Where stories live. Discover now