Asyariq melangkah perlahan ke arah meja tempat Eryna sedang mengulang kaji. Dari jauh, Eryna sudah perasan kehadirannya, tetapi pura-pura fokus pada buku yang terbuka di hadapan. Setelah sekian lama Asyariq tidak hadir ke sekolah, kemunculannya di perpustakaan hari ini sedikit mengejutkan Eryna. Di hatinya, ada sedikit debaran, namun dia cuba mengekalkan ketenangan.
"Asyariq," tegurnya dalam nada perlahan namun jelas.
Asyariq tersenyum kecil, lalu dengan sopan berkata, "Boleh saya duduk di sini? Saya nak ulang kaji sama-sama."
Eryna terkebil-kebil seketika, agak ragu tetapi akhirnya mengangguk perlahan, memberikan isyarat persetujuan. "Boleh saja," jawabnya dengan suara yang hampir berbisik, tak mahu menarik perhatian pelajar lain di perpustakaan.
Asyariq mengambil tempat di sebelahnya dan mula membuka buku-buku pelajarannya. Suasana sedikit janggal pada mulanya, namun Asyariq cuba memecahkan kebekuan dengan bertanya, "Lama tak nampak saya, kan?"
Eryna hanya tersenyum nipis, cuba menyembunyikan rasa hairan dan sedikit bimbang yang sebenarnya dia rasakan selama ini. "Ya, ingatkan awak takkan datang lagi."
Asyariq tersenyum, matanya seakan-akan menyimpan rahsia. "Banyak urusan yang perlu diselesaikan minggu lepas. Tapi sekarang saya dah kembali."
Mereka kemudian menyambung ulang kaji, sesekali bertukar pendapat dan bertanya soalan. Perasaan janggal tadi akhirnya perlahan-lahan hilang, digantikan dengan keakraban yang menyenangkan.
Sepanjang dalam perpustakaan Eryna hanya senyapkan diri. Asyariq pun dari tadi menjeling melihatnya.
Eryna pun hanya senyum nipis dan sambung mengulang kaji yang telah terhenti kerana diganggu oleh Asyariq. Ketika sedang mengulang kaji Eryna terlihat Yasmin merenung tajam tepat di mejanya kerana Asyariq ada bersamanya. Tapi Eryna hanya buat tak tahu dengan renungannya. Selepas Eryna memandang ke Yasmin. Eryna tumpu balik matanya ke arah buku tadi. Saat Eryna menulis nota dan ternampak dari tadi Asyariq menjeling ke arahnya. Tapi Eryna buat tak tahu macam mana dirinya buat dekat Yasmin.
Habis mengulang kaji untuk peperiksaan pertengahan tahun, Eryna pun mengemas buku diatas meja dan keluar dari perpustakaan untuk balik. Eryna pun memakai kasut, menggalas beg dan terus berjalan menuju ke perhentian bas menunggu Dato Imran ataupun abangnya Eidlan datang mengambilnya pulang dari sekolah. Biasanya, lepas sekolah Eryna akan mengulang kaji atau pun siapkan kerja sekolah bersama dengan Izzah dan Emelia tapi hari ni mereka tak dapat datang sebab Izzah demam panas, Emelia pula kena demam campak.
Ketika tengah syok Eryna berangan prince charmy. Tiba - tiba Eryna terdengar suara memanggilnya dari belakangnya. Bila Eryna memusingkan badanya rupanya Asyariq yang menegurnya.
"Apa lagi lah dia nak dengan aku tak cukup ke tadi kacau aku." Mengomel Eryna dalam hati walaupun saat itu hatinya mula berbunga kerana Asyariq menegurnya.
" Hai... Awak Eryna kan yang jatuh hari tu kan. Lagi satu kita jumpa tadi kat perpustakaan kan. Boleh tak saya nak berkenalan dengan awak." Tegur Asyariq.
"Hai... Ye kenapa? Tak perlu kot berkenalan lagi. Sebab awak kan dah tahu nama saya siapa." Balas Eryna dengan senyum tersipu - sipu malu.
"Alaa... Saya Cuma nak berkenalan dan berkawan dengan awak je. Saya ikhlas nak berkawan dengan awak." Pujuk Asyariq.
"Adui...lembutnya suara dia. Dah lah muka handsome, smart boleh cair aku macam ni." Ngomel Eryna dalam hati membuat dirinya tak keruan apabila Asyariq ingin berkenalan dengannya.
YOU ARE READING
Kau Sempurnakan Cintaku ( C )
Roman d'amourTengku Asyariq Xavier dan Nur Eryna Adrea bercinta selama 7 tahun kerana Yasmin menunjukkan dia lagi cantik dari Eryna. Asyariq lebih memilih Yasmin dengan memutuskan hubung bersama Eryna. 4 Tahun Eryna membawa diri ke itali. Kini, Dia kembali ke Ma...