BAB 49 ( END )

2K 25 3
                                    

Tujuh bulan kemudian, Eryna semakin pulih selepas melahirkan Aaryan. Asyariq menjaga Eryna dengan sangat baik, memastikan isterinya mendapatkan rehat yang secukupnya. Setiap kali Aaryan merengek atau menangis, Asyariq akan segera bangun dan memujuk anak mereka. Hanya apabila Aaryan perlu menyusu, barulah Asyariq akan mengejutkan Eryna. Selain itu, dia juga bertanggungjawab menukar pampers dan membersihkan najis Aaryan. Sikap perhatian Asyariq membuatkan Eryna berasa sangat dihargai.

Pada suatu pagi yang cerah, Asyariq mengejutkan Eryna dengan berita menggembirakan. "Love, bangun. Kita nak pergi bercuti!"

Eryna yang masih mengantuk mengerutkan dahi, "Ke mana?"

"Asyariq dah rancang semua. Kali ini kita pergi ke Capadocia, bercuti bersama Aaryan," jawab Asyariq dengan penuh semangat.

Eryna tersenyum mendengar berita itu. Mereka berdua telah memutuskan untuk mengambil masa bagi meluangkan lebih banyak masa bersama anak mereka.

Sepanjang perjalanan, Asyariq memastikan Eryna berehat. Aaryan yang berada di baby seat juga kelihatan nyenyak tidur. Asyariq memandu dengan fokus, menikmati pemandangan indah di sepanjang jalan.

Setelah beberapa waktu, mereka tiba di sebuah tempat yang cantik di Capadocia. Asyariq dengan lembut mengejutkan Eryna, "Love, bangun. Kita dah sampai."

Dia menggoyang bahu Eryna untuk membangunkannya. Eryna yang mengantuk mencelikkan matanya dan menggeleng-geleng sedikit, sebelum keluar dari kereta. Namun, keseimbangan tubuhnya yang masih belum sepenuhnya pulih hampir membuatkan dia terjatuh setelah terlanggar batu kecil di kawasan parkir. Asyariq cepat-cepat menyambut dan menahan tubuhnya.

"Haish, love ni. Bangun tidur terus berdiri kenapa? Kan dah pening," bebel Asyariq sambil tersenyum, sambil membawa Aaryan keluar dari kereta.

Eryna memandang sekeliling, terpesona dengan pemandangan. "Kita dekat mana ni, hubby?" tanyanya, masih terpisat-pisat sambil menguap.

"Tutup mulut love. Syaitan masuk nanti," jawab Asyariq sambil menutup mulut Eryna dengan tangan lembut. Eryna hanya tersengih kecil, merasa serba salah namun turut terhibur dengan jenaka suaminya.

Asyariq mendukung Aaryan yang sudah mulai celik matanya, dan mereka berdua mula berjalan menuju ke kawasan yang lebih cantik. Eryna mengagumi keindahan tempat tersebut, memikirkan betapa beruntungnya mereka dapat berkumpul sebagai sebuah keluarga kecil di destinasi yang menakjubkan ini.

Mereka bergerak menuju ke kawasan penggunungan yang cantik dan melabuhkan punggung di atas pasir yang lembut sambil menghadap gunung ganang yang menakjubkan.

"SubhanaAllah, cantiknya pemandangan dekat sini, hubby," ucap Eryna sambil mendepakan tangannya, merasai keindahan yang mengelilingi mereka. Dia menghirup udara segar, merasakan kebahagiaan di hati.

"Cantikkan? Hubby selalu datang sini sebab tenang sangat," jawab Asyariq sambil memangku Aaryan, yang ternganga kecil melihat balon udara panas berwarna-warni yang mengapung di langit.

Eryna tersenyum melihat betapa kagumnya Aaryan dengan balon udara tersebut. Asyariq telah menempah sebuah belon udara panas untuk mereka sekeluarga, dan tidak sabar untuk menerbangkannya.

"Maksud hubby? Masa love menghilangkan diri ke? Hubby bawa perasaan lah ni," usik Eryna sambil mencuit dagu suaminya dengan nakal.

"Yaaa...hubby datang sini seorang-seorang sebab nak luahkan perasaan sedih hubby. Hubby rindu sangat dekat love masa tu... Tiap-tiap hari tau hubby nangis teringatkan love," ujar Asyariq, mengenang kembali saat-saat ketika mereka terpisah. Wajahnya seakan tenang ketika mengenangkan kenangan tersebut.

"Sorry hubby. Love pergi lama pula. Hehe, lepas ni love tak lari dah. Duduk dekat hubby je, ni dalam hati hubby," Eryna berkata sambil meletakkan tangan Asyariq di dadanya, tanda kasih sayang yang mendalam.

Kau Sempurnakan Cintaku ( C )Where stories live. Discover now