1

105 5 0
                                    

NAURA bangun tidur dengan tergesa-gesa selepas melihat jam di telefonnya sudah menunjukkan 7.30 pagi. Selepas 10 minit dia keluar semula dari bilik air dengan berpakaian lengkap. Dia menyalin jadual pembelajaran lalu mencapai kunci motor yang tersangkut pada dinding biliknya. 

"Aik ma tak pergi kerja ke?",tanyanya selepas dia melihat sosok tubuh neneknya di dapur sebaik sahaja dia keluar dari biliknya yang betul-betul berada di dapur. Biliknya hanya dipisahkan dengan almari pakaian sahaja dimana sebelah dapur sebelah lagi biliknya. 

"Ma cuti hari ni. Pergi lah sekolah cepat. Lewat sangat dah ni",kata neneknya sambil menggesa dirinya untuk ke sekolah. Mendengar kata itu,Naura terus melompat tingkap dapur untuk ke motornya. Neneknya pula hanya menggeleng melihat kekalutan cucunya. Bukan dia tidak mengejutkan cucunya malah mulutnya sudah lenguh menjerit supaya Naura bangun tetapi tetap saja tidak membuahkan hasil. 

Dia sedar akan perubahan perilaku cucunya itu. Dia juga perasan yang tangan Naura terluka kerana darah masih menitik di lantai rumah walaupun sudah berbalut tebal dan kemas. Dia tahu yang Naura bukan lagi seperti dulu malah cucunya itu sering membuat masalah sehingga dia dipanggil pihak sekolah dek kerana perliku drastik cucunya. Naura berubah sepenuhnya selepas kejadian 13 tahun yang lalu. 

'Sabarlah sayang. Akan sampai masa nanti kamu dapat kebahagiaan yang kamu impikan',desis hatinya yang paling dalam. Dia turun ke ampaian untuk menjemur kain. Matanya terpandang baju hitam milik Naura. Dia mengambil dan menghidu. Dahinya berkerut beribu menahan loya dengan baju itu yang berbau darah. Dia meletakkan semula baju itu di tempat asal kerana dia tahu Naura akan mengamuk jika pakaiannya yang itu dibasuh kalau bukan diri yang basuh. Dia menggeleng kepala sambil mengeluh. 

"Naura ada tinggal duit tak?",tegur seseorang dari dalam rumah. Nenek Naura hanya mengeluh dengan sikap suaminya yang selalu meminta wang daripada Naura. Dia hanya mengendahkan soalan suaminya.

"Aku tanya Naura ada tinggal duit tak? Aku nak beli rokok ni",tanya lelaki separuh umur itu.

"Takde. Kalau ada pun dia nak gunakan untuk keperluan dia. Bulan ni budak tu dah habiskan 2 ribu untuk tanggung barang 3 buah rumah. Fikir lah keadaan Naura jugak bukan kepentingan diri awak je. Apa kata abang keluar kerja. Naura tu budak sekolah lagi. Bukan tanggungjawab dia nak tanggung semua benda. Kesian lah dekat Naura tu pagi keluar pergi sekolah balik sekolah tergesa-gesa pergi kerja nak sara keluarga",jawab nenek. 

"Berani kau mengajar aku ya perempuan! Aku biarkan dia tinggal dengan kita pun sudah cukup baik",jawab suaminya kasar. ditolak tubuh kecil itu lalu keluar daripada rumah. Nenek Naura hanya menangis tanpa suara. Dia gagahkan diri untuk bangun berdiri. Dia bertahan sehingga kini hanya untuk Naura. 

🎀🎀🎀

NAURA memarkin motornya di lorong gelap. Dia menonong berjalan masuk ke kawasan sekolah. Kejadian di rumah masih terbayang diruang matanya. Dia mengetap gigi kuat apabila teringat neneknya ditolak kasar oleh datuk tirinya semata-mata dia tidak tinggalkan duit. Dia menendang pintu kelas dengan kuat sehingga kelasnya senyap sepi. Dia hanya endahkan suasana itu. Dia melempar begnya di tempat duduknya lalu keluar dari kelas. Ke mana lagi kalau bukan blok belakang.

"Kau tak masuk kelas ke weh?",tanya rakan semejanya dengan Naura. Nuara meninggalkan kawasan kelas tanpa menjawab persoalan itu. Sampai di blok belakang,dia melompat duduk di atas meja dan mengeluh singkat. Dia termenung sendiri sambil memikirkan keadaan keluarganya. 

ARGHHHHHH!!!

Dia menjerit kuat sehingga menghasilkan gema yang kuat. Dia menangis tersedu-sedu seorang diri sambil memeluk tubuhnya sendiri. Dia tidak kuat bila teringatkan bagaimana kehidupan mereka sekarang. Dia hanya ada seorang nenek yang sangat tabah walaupun diperlukankan seperti hamba. 

Terasa tubuhnya dipeluk dari belakang membuatkan dia berhenti menangis. Dia mendongak dan terpandang raut wajah guru disiplin. Dia meneguk liur kesat sambil mengelap air matanya yang masih lagi berbekas di pipi. Dia tersenyum kelat pada guru dispilinnya sebelum membuka langkah seribu untuk melarikan diri. 

"NAURA KHAIRA"

Glup!

Naura berhenti berlari selepas nama penuhnya diseru. Dia memterbalikkan badannya menghadap guru disiplin dengan kepala menunduk kebawah. Daim memerhati gaya anak muridnya yang pernah mencatat masalah disiplin paling banyak dalam masa setahun sebelum dilantik mengetuai sekolah disetiap unit yang ada. Dia mendongakkan kepala Naura lembut. Hampir 4 tahun Naura memegang jawapan yang tertinggi di setiap organinasi,itu pertama kali dia melihat Naura menangis seorang diri membuatkan hatinya sakit bagai ditusuk belati. 

"Kamu kenapa? Kamu ada masalah ke Naura?",tanyanya lembut. Dia perasan airmata muridnya masih lagi ada. Laju Naura menggeleng sambil tersenyum hambar. Daim menggeleng kepala kepala. Tangannya spontan mengusap kepala Naura dengan kasih sayang. Naura terpana. Dia ingin menangis sekali lagi tetapi ditahannya. 

"Kalau takde apa-apa saya minta diri dulu cikgu",kata Naura lalu berlari jauh daripada guru disiplinnya. Dia terlanggar dengan seseorang tetapi dia tidak menghiraukannya. Dia terus meloloskan diri ke dalam tandas dan serentak itu airmatanya laju turun bagai air hujan. Dia terduduk dengan esakan kecil. 

'Ya Allah aku tak kuat',rintihnya dalam hati. Dia menekup wajahnya dengan tudung sambil menangis. Terdengar tapak kaki pnatas dia bangun dan menghadap singki. Tangannya memaut singki untuk menstabilkan dirinya dengan pandangan agak kabur. Dia kaku sekejap sebelum dia membasuh muka. Dia mengeluh perlahan dan membetulkan tudungnya tanpa menghiraukan pandangan lain. Sempat dia menjeling pada orang yang masuk ke tandas tetapi riaknya hanya dingin dan ketat. 

"Pagi senior",sapa seseorang. Naura berpaling dan mengangguk tanda dia menyapa semula yang merupakan juniornya. Sempat dia meneliti pakaian yang dipakai juniornya sebelum dia keluar dari tandas. 

"Berani kau tegur senior. Orang lain bukan setakat tegur,jumpa pun dorang lari termasuk dengan aku. Kalau bukan sebab aku sangat perlukan tandas,aku rela keluar balik daripada sini. Rela pergi blok satu lagi. Tak nak jumpa dengan senior punya pasal",kata rakannya sambil membetulkan tudung di depan cermin. 

Junior itu hanya menggeleng kepala. Siapa tidak kenal dengan Nuara Khaira yang dilabel sebagai murid bermasalah yang mencatat rekod disiplin tertinggi setiap tahun. Walaupun mencatat rekod tertinggi tetapi dia juga memegang jawatan yang paling tinggi dalam kalangan pelajar. Satu kesalahan yang kau buat maka bersiap sedia lah untuk menjalankan denda yang diluar kotak pemikiran orang luar.

Dia sudah terbiasa dengan sikap Naura  yang dingin dan tidak berperasaan itu walaupun dia baru sahaja berpindah ke situ. Dia dapat rasakan yang seniornya itu bukanlah seorang yang teruk mungkin sahaja keadaan terlalu memaksa dirinya menyebabkan dia berperilakuan seperi itu. 

Dia merenung singki yang digunakan oleh Naura sebentar tadi. Dia dengar esakan kecil Naura sebelum dia dan rakannya masuk ke tandas. Dia ingin bertanya tetapi perasaan takut menguasai diri selepas mendapat jelingan tajam Naura. Untung sahaja dia memakai tanda nama dan pakaian kemas seperti yang ditetapkan oleh pihak disiplin. Kalau tidak sia-sia dia akan dijemur tengah padang. 


I'm back! Sorry kalau buku ni hambar dan jalan cerita agak bertaburan. Sorry lama menghilang😅 Enjoy the second story.. Abaikan typo😌 Waiting for you all vote and comments ❤

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now