"Kau dah boleh keluar hari ni",kata Amier pada Naura selepas memeriksa keadaan Naura terutama pada bahagian peparu. Naura yang buat-buat tidur langsung membuka mata memandang Amier. Sedikit terkejut bila melihat cara Amier merawatnya.
"Serius?",tanya Naura sekali lagi. Amier hanya mengangguk. Dia mencabut jarum di tangan Naura dengan berhati-hati. Sesekali dia mendengar gadis itu mendesis menahan sakit. Terbit senyuman kecil di bibirnya. Dia menghulurkan dua biji ubat pada Naura. Tanpa bantahan gadis itu ambil lalu menelannya.
"Mike pesan,even kau dah keluar wad. Jangan sesekali kau pergi kerja. Sama ada tempat kerja kita atau café satu lagi",kata Amier sekali gus membuatkan Naura cemberut.
"Aku sendiri pun tak bagi. Keadaan baru nak baik. Kerja kau takpe aku boleh take over dengan Airina. Balik rehat. Oh one more thing,Mike hantar kau balik nanti",sambung Amier sambil membereskan rekod Naura. Naura memerhati setiap gerak geri Amier sehingga tumpuan Amier hilang. Amier mengangkat kepala dan membalas pandangan gadis itu.
"Kau tak masuk kerja ke selama aku dalam ward? Macam mana kau kenal Mike? Siapa kau sebenarnya? Macam mana kau boleh ada ilmu kedoktoran setaraf Mike?",tanya Naura bertubi-tubi. Amier terkelu seketika mendengar soalan bertubi-tubi Naura. Suasana menjadi tegang seketika.
Tolakan pintu membuatkan Amier menghela nafas lega. Mike yang masuk itu berkerut dahi apabila merasakan suasana sedikit tegang. Dia memandang Naura dan Amier silih berganti sebelum dia mengamit perubahan riak wajah rakannya.
"Kau kenapa tak siap lagi? tak nak balik rumah ke? Orang bagi balik dia taknak balik pulak. Orang tak bagi balik kau bising mengamuk nak balik",kata Mike selepas dia mengetahui punca suasana tegang tadi sekali gus dia mengubah suasana dalam ward Naura.
"Kau hantar aku balik ke?",tanya Naura. Mike hanya mengangguk. Sementara Amier sudah keluar dari ward Naura selepas memberi rekod Naura pada Mike. Daripada dia terus ditegang oleh perasaan gelisah kerana persoalan Naura lebih baik dia keluar sebelum melarat.
"Weh aku nak tanya",kata Naura. Mike hanya mengendahkan.
"Mana kau kenal Amier?",tanya Naura. Mike berhenti melipat pakaian Naura yang tersimpan dalam loker. Dia memandang Naura yang jelas ingin tahu siapa Amier.
"Kenapa kau tanya?",tanya Mike semula. Naura mendengus tidak puas hati. Sejujurnya dia agak tertarik dengan Amier. Selama sebulan dia berada di ward,dia kerap melihat Amier yang pantau keadaannya berbanding Mike. Cara lelaki itu pantau keadaan juga seperti sudah fasih dalam bidang kedoktoran.
Lamunannya terhenti apabila Mike menghulurkan pakaian bersih padanya. Dia memandang Mike tidak puas hati tetapi tidak diendahkan oleh Mike. Entah kenapa dia sedikit gerun melihat riak datar Mike. Tanpa kata dia mengambilnya lalu menghilang di dalam bilik air.
"Memang patut muka budak tu cuak tadi. Soalan ni rupanya dia tanya. Maaf lah Naura. Kau nak tahu siapa dia kau cari sendiri. Aku tak nak terlibat nanti aku jugak yang menjadi mangsa kau mengamuk",gumamnya perlahan. Dia menunggu gadis itu mandi dan bersiap. Tangannya ligat mengesel skirn telefonnya seakan menaip sesuatu.
Naura keluar dengan lengkap berpakaian. Dia memberi baju kotor pada Mike dan lelaki itu mengambil tanpa kata. Mike meletakkan topi hitamnya atas kepala Naura. Tangannya mengambil beg yang berisi pakaian Naura dan memimpin Naura keluar dari ward. Naura pula hanya menuruti tanpa membantah.
"Amier!",jerit Mike dari kaunter. Terangkat bahu Naura dan jururawat di kaunter mendengar jeritan tarzan Mike. Tidak memerlukan masa yang lama,Amier muncul dengan pakaian kasual biasa. Kot doctor dan teskop sudah hilang di badannya.
"Kau last kan pagi ni?",tanya Mike. Amier hanya mengangguk. Dia menarik buku yang berada di depan Mike. Dia mancatat beberapa kata di permukaan kertas itu dan mengambil kad kehadirannya. Dia menscan kad itu lalu meletakkan di dalam bekas yang tersedia. Begitu juga dengan Mike.
"Kau pulak?",tanya Amier sambil berjalan beriringan dengan mereka. Naura hanya mendengar tanpa menyampuk walaupun dia ingin sekali menyampuk.
"Aku last minggu ni. Minggu depan aku dah kena balik New York. Orang sana dah panggil aku balik sana",jawab Mike. Naura pantas mendogak memandang Mike. Dia terpaksa mendogak kerana lelaki kacukan itu lebih tinggi berbanding dirinya yang separa bahu Mike.
"Awal sial",secara spontan carutan terkeluar dari mulut Naura. Mike hanya senyum nipis pada Naura. Begitu juga dengan Amier.
"Papa dah panggil balik. Dia nak kau balik jugak tapi kau sekolah. So dia nak kau balik bila cuti sekolah nanti sebelum dia heret kau balik sana. Kau pun sama Amier",sambung Mike. Amier hanya menghela nafas pendek.
"Tengok lah aku balik tak. Kalau rasa nak balik aku balik. Kalau tak de rasa nak balik aku tak balik",kata Amier lalu meloloskan diri dalam keretanya yang terparkin bersebelahan dengan kereta Mike.
Mike hanya menggeleng kepala mendengar jawapan rakannya. Naura mengerut dahi melihat nombor plat kereta itu. AKF 0609. Dia seperti mengingati sesuatu.
"AMIER KHAIRIL"
Mike tergamam. Dia memandang Naura sekilas dan memandang Amier yang jelas pucat apabila gadis itu menyebut nama panjangnya. Amier cuba mengawal riak wajahnya supaya terlihat seperti biasa.
"Kau Khairil? Abang Nisya?",tanya Naura tidak yakin. Amier mengerut dahi. Pantas dia menggeleng.
"Sape Khairil? Pakwe kau?",tanya Amier semula. Ditayang muka bekunya walaupun degupan jantungnya mula tidak stabil. Takut terbongkar rahsianya. Begitu juga dengan Mike. Naura menggaru kening perlahan.
"Nothing. Nombor plat kau sama macam seseorang. Tu terpancul nama tadi. Sorry-sorry",kata Naura membuatkan mereka berdua menghela nafas lega. Deringan telefon Naura membuatkan Naura mendecit perlahan. Hampir sebulan nada itu tidak berbunyi dan hari ni nada itu Kembali menjerit. Dengan selamba dia menolak panggilan itu tetapi berdering lagi dan lagi membuatkan dia ingin melempar telefon itu dalam kolam ikan.
"Orang tua tu ke?",tanya Mike datar. Naura hanya mengangguk. Mike mengambil telefon Naura dan mematikannya. Amier melihat tindakan Mike dengan kerutan di dahi.
"Aku gerak dulu. Nanti jumpa dekat tempat biasa Mike",kata Amier lalu meninggalkan mereka berdua. Naura masuk dalam kereta tanpa suara. Moodnya sudah terbang melayang gara-gara panggilan tadi.
"Kau nak balik mana ni?",tanya Mike sambil memakai tali pinggang kelendar. Naura tidak menjawab. Mike hanya mengangguk apabila melihat kebisuan Naura.
"Aku hantar kau balik apartment aku eh",kata Mike tetapi Naura menggeleng.
"Rumah adik beradik Farel",kata Naura ringkas. Dia menjatuhkan penyandar kerusi mengikut keselesaannya lalu menutupkan mata. Tidak sampai 10 minit,dengkuran halus mula kedengaran. Mike hanya tertawa kecil. Tangannya naik mengusap kepala Naura dengan lembut.
"Kau kuat Khaira",gumamnya sendirian.
Happy reading and tq for support. Abaikan typo. Have a nice day everyone❤
YOU ARE READING
NAURA KHAIRA
Teen FictionNAURA KHAIRA Seorang gadis yang membesar dengan lingkungan keluarga yang serba sederhana atau susah. Dia membesar dengan neneknya sehingga menginjak remaja. Hampir 16 tahun dia hidup dengan penuh kesakitan dan memendamnya seorang diri. Dia hanya men...