35

28 3 1
                                    

Naura merenung padang sekolah dengan pandangan kosong. Hari kedua sekolahnya tidak begitu baik disebabkan fikirannya yang berkemacuk dengan mimpi semalam.

"Naura",panggil Adam. Naura berpaling ke arah Adam dan mengangkat kening sebelah. Adam menggosok lehernya dengan riak serba-salah membuatkan Naura memandangnya dengan dingin.

"Tak de apa lah",kata Adam dan keluar dari kelas. Naura hanya memerhati tanpa rasa ada niat untuk menegurnya. Dia terpandang Ainaa yang sedang bergelak ketawa dengan sepasang kembar di hadapan.

Naura bangun dari tempat dudukya dan melangkah ke hadapan. Dia memandang Ainaa sekilas dan bibirnya mengukir senyuman yang dia seorang yang tahu maksud di sebalik senyuman itu. dia membongkokkan badannya sedikit.

"Kalau rasa tak mampu nak pendam,luah. Buat apa nak bebankan fikiran tu kalau boleh luah",bisik Naura di telinga Ainaa. Dia meniup telinga Ainaa lembut dan menegakkan badannya semula. Jelas Ainaa menunjukkan riak terkejut dengan bisikannya. Ainaa menoleh dan memandangnya lama. Naura mengedip mata sebelah dan tersenyum sangat nipis.

"Dam,pergi tandas kejap",laung Naura separa kuat memandangkan kelas mereka tersangatlah bising. Maklumlah tiada guru. Adam hanya mengangguk dan melemparkan pass card keluar kelas. Naura pula cekap menyambut dengan sebelah tangan.

"Thank's",kata Naura datar.

"Tahu tak tandas dekat mana?",tanya Adam. Naura mengangguk tanpa memandangnya. Tetapi langkahnya terhenti apabila seseorang menghalang laluannya.

"What?",tanya Naura datar. Dia memandang lelaki itu dari atas hingga bawah dan dia baru dapat mengecam siapa gerangan itu. Ternyata lelaki yang melanggarnya di kantin semalam.

"Luka kau macam mana?",tanya orang itu. Naura mengangguk sahaja. Lelaki itu menggosok lehernya dengan riak serba-salah. Lelaki itu menghulurkan sekotak air soya kepada Naura tetapi tidak disambut.

"Ambiklah. Tanda minta maaf aku dekat kau atas apa yang terjadi semalam. Aku betul-betul tak sengaja",kata lelaki itu. Naura tertawa kecil dan menyambut huluran itu. Sempat dia melirik ke arah nama lelaki itu,Arief.

"Thank's",kata Naura lalu berlalu. Arief memandang langkah Naura sehingga hilang dari penglihatannya. Dia tersenyum nipis. Adam keluar menepuk bahunya dengan senyuman nakal.

"Kau suka Naura?",tanya Adam.

"Sape cakap? Aku just rasa bersalah sebab langgar dia semalam. Bukan sebab suka dia",kata Arief. Adam ketawa berdekeh.

Naura membetulkan tudungnya supaya terlihat lebih kemas. Matanya tertatap pada yang muncul di sebalik pantulan cermin tandas. Dia mengeluh perlahan. Dia cuba mengabaikan bayangan itu dengan tidak memandangnya.

"Aku tak suka kau lemah"

Lagi-lagi Naura mengeluh mendengar suara Q. Dia menatap bayangan itu dengan tajam. Jelas bayangan itu tersenyum datar ke arahnya.

"Aku tak suruh pun kau suka kalau aku lemah",jawab Naura datar. Q tertawa kecil tetapi kedengaran seakan mengejek. Q terus menghilang. Naura menundukkan pandangannya dan mengeluh perlahan.

"Aku tak tahu budak baru ni gila",tegur seorang perempuan yang berada di sebelah nya. Naura memandangnya datar melalui cermin lalu keluar dari tandas tanpa menghiraukan gadis itu.

Naura mendesis perlahan apabila gadis itu tiba-tiba mengcengkam pergelangan tangannya yang terluka dengan kuat. Naura melepaskan cengkaman itu kasar. Sorotan matanya tajam sahaja. Gadis itu membalas pandangan tajam Naura.

"Kau takde maruah ke? Baru datang dah nak sailing boyfriend orang. Eh sial ramai lagi lelaki lain tapi asal boyfriend aku jugak yang kau nak hah perempuan!",kata gadis itu membuatkan kening Naura terangkat. Riak wajahnya santai sahaja.

"Excuse me",balas Naura mendatar. Gadis itu menampar pipi Naura kuat. Naura mengusap pipinya perlahan dan tersenyum nipis. Dia memandang gadis di depannya dengan pandangan kosong.

"Perempuan gila",kata gadis itu lagi. Tubuh Naura ditolak dengan satu jari membuatkan tubuh Naura ke belakang setapak demi setapak. Naura mendecit perlahan. Dia memegang tangan gadis itu dengan kuat menyebabkan gadis itu meraung kesakitan. Naura hanya membuat muka tidak bersalah.

"Kalau orang tak kacau jangan pulak kita pergi jolok sarang yang tenang. Kau jugak nanti yang terkena padahnya",kata Naura datar dan dingin. Naura tersenyum nipis apabila dapat melihat perubahan riak gadis itu. Dia melepaskan genggaman tangan gadis itu dan ingin melangkah keluar dari tandas tetapi gadis itu bertindak menolak Naura kuat sehingga terjatuh.

"Arghh shit!",desis Naura perlahan sambil memegang bahu yang terluka. Naura bangun dan memandang gadis itu yang berdiri di depannya. Dia mendecit kuat. Niatnya tidak ingin menimbulkan sebarang masalah di sekolah barunya tetapi terlihat seperti gagal.

"Kau ingat kau pandang aku macam tu aku takut? Hoi kau tu budak baru. Takkan kau nak buat masalah kan",kata gadis itu seperti menyindir ayat belakangnya. Naura tersenyum sinis.

"Who's care?",gumam Naura perlahan. Naura mengangkat kening sebelah seakan mencabar gadis di depannya. Gadis itu mengangkat tangannya tinggi tetapi digenggam kuat oleh Naura. Dengan cepat Naura mengilas tangan gadis itu ke belakang kuat dan menolak ke koridor. Gadis itu meruang kuat mengundang pandangan mata-mata pelajar lain. Koridor blok itu langsung ramai melihat.

"Lepaslah bodoh",kata gadis itu kuat. Naura dengan selamba menekan tangan gadis itu yang tersekat di koridor makin kuat. Dia mengukir senyuman sinis. Denyutan di bahu buatkan rasa marahnya semakin memuncak.

"Kau tahu tak kalau aku tolak kau sikit lagi. Serta-merta kau jatuh dari tingkat ni",kata Naura mendatar. Benar mereka berada di tingkat 2 dan cukup tinggi bagi orang yang lain.

"FASYA!!"

Naura menoleh ke sisi dan melihat beberapa orang berlari mendekati mereka. Naura memandang mereka dengan tatapan dingin dan seakan memberi amaran untuk tidak mendekat.

"Selangkah kau maju kawan kau pindah alam",kata Naura lagi. Serta-merta langkah mereka terhenti mendengar ayat Naura.

"So nama kau Fasya. Aku dah pesan kan tadi jangan jolok sarang yang tengah tenang tapi kau degil. Kan dah mendapat. Hoi perempuan! Kau ingat aku nak sangat dengan boyfriend kau? Kenal pun tak! Sape boyfriend kau? Adam? Aku rasa mamat tu dah ada pilihan hati sendiri. Eh aku tak hadap lah boyfriend semua ni. Buang masa. Kau tahu buang masa!",kata Naura datar. Fasya mendesis kuat apabila merasakan pergelangan tangannya pedih. Naura melepaskan kilasan tangan Fasya. Dia pusing badan ke belakang untuk ke kelas semula.

Naura terjatuh ke lantai semula disebabkan Fasya menolaknya kuat. Nuara hilang kawalan. Dia bangun sebelum dia memutar 180 darjah menyepak kepala Fasya kuat. Fasya jatuh terduduk tidak jauh daripada dia berdiri. Semua tergamam dengan apa yang Naura lakukan tadi.

"Aku pantang betul orang macam kau ni. Woi setan kau ingat aku budak baru aku tak berani ke sial?! Jangan kau ingat boleh buli aku sesuka hati mak nenek kau. Bukan aku yang sakit tapi kau yang mendapat! Kau fikir boyfriend kau tu kekal jadi suami kau ke nanti? Kalau dia tu jodoh kau alhamdulillah. Semoga bahagia. Kalau dia tu jodoh orang lain tak ke tambah dosa kau tu. Kesian bapak kau kena tanggung dosa anak perempuan dia yang tak semenggah ni. ada otak fikir lah! Buat apa kau buang masa kau dengan lelaki yang bukan jodoh kau",bidas Naura kuat. Masing-masing terdiam dengan kata-kata Naura. Naura mencengkam pipi Fasya kuat.

"Sekali lagi aku pesan. Jangan jolok sarang lebah yang tenang. Kau ganggu aku lagi siap kau. Ni baru sikit aku buat. Kau ulang sekali kau pindah alam",ancam Naura datar.

"Lagi satu bukan aku yang takde maruah tapi kau. Reason? Simple. Ada otak fikir sendiri",sambut Hana senada. Dia bangun lalu menendang perut Fasya kuat lalu meninggalkan Fasya dan rakannya di tandas.

Mata Naura bertembung dengan Ainaa yang memandangnya. Jelas di muka itu kelihatan terkejut. Naura kekal dengan riak tiada perasaan dan terus turun dari blok kelasnya.

"Crazy",gumam Naura dengan riak yang datar.

Happy reading!

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now