31

31 3 0
                                    

Khaira termenung sendiri di koridor biliknya. Entah apa yang difikirkan sehingga dia mengeluh kuat. Matanya merenung langit yang gelap. Dia mengeluh lagi dengan mata ditutup. Dia langsung tidak mengantuk walaupun jam sudah menunjukkan pukul 5 pagi. Masanya hanya terbuang dengan termenung sahaja.

Ketukan pintu biliknya menyedarkan dia daripada lamunan. Dia meraup wajahnya berulang-kali sebelum dia bangun dan membuka pintu. Terpampan muka putih Nisya. Khaira mengangkat kening seolah bertanya.

"Aku nampak bilik kau cerah tu aku ketuk. Ingatkan kau tidur",kata Nisya sambil merenung wajah Khaira yang kelihatan agak serabut. Tetapi dia tidak berani untuk bertanya.

"Tak. Aku tak boleh tidur. Aku lupa nak matikan lampu. Sorry if disturb your sleep",kata Khaira senada. Nisya hanya tersenyum.

"Insomia atau ada something yang kau tengah fikirkan?",tanya Nisya berhati-hati. Khaira diam. Dia lebih memilih berdiam diri daripada menjawab soalan Nisya.

"Kau nak makan apa? Aku masakkan breakfast",kata Nisya lagi. Sengaja dia alihkan topik. Dia tidak ingin Khaira semakin tertekan. Khaira menggeleng.

"Barang dapur takde. Biasa penjaga hanya datang untuk kemas rumah je. Kau pun tahu yang aku tak suka dengan habuk",balas Khaira. Dia turun ke ruang tamu bersama Nisya.

"Kau.. okay?",tanya Nisya selepas duduk di samping Khaira. Khaira diam. Begitu juga dengan Nisya. Khaira memandang Nisya lama sebelum dia tersenyum nipis. Kepalanya diangguk tetapi tidak dengan hati perasaannya.

"Aku boleh nampak kau stress dan aku juga tahu kau jenis yang tak bercerita. Kalau ada pape kau boleh share dengan kitaorang. Kitaorang ada support kau daripada belakang",kata Nisya sambil mengusap bahu Khaira lembut. Khaira hanya diam.

"Jom. Jogging",ajak Khaira. Nisya dengan tersenyum lebar dia mengangguk. Mereka berdua keluar rumah dengan berpakaian sukan dan mula jogging di sekitar perumahan mewah itu.

"Naura tahu ke pasal rumah kau ni",tanya Nisya dengan nafas termengah-mengah. Khaira mengangguk.

"Dia tahu. Lagipun dia yang cari rumah ni dekat media sosial. Aku nampak dia berkenan dengan rumah ni so aku decide untuk beli. Untung masa aku beli tu dapat harga murah sikit dengan harga asal",balas Khaira.

"Tak boleh nak nafikan. Kawasan rumah elit mestilah mahal. Tapi aku tengok rekabentuk rumah kau berbeza dengan rumah yang lain",kata Nisya.

"Memang lain. Aku renovate rumah tu sampai jadi macam tu",kata Khaira pula. Dia mula berjalan perlahan-lahan sambil menstabilkan pernafasannya. Begitu juga dengan Nisya. Mereka berjalan sampai ke rumah mereka dan terlihat Danfiq berdiri di depan pintu pagar.

"Mana?",tanya Khaira. Danfiq hanya menggeleng dan memandang Nisya yang berada di belakang Khaira. Khaira yang perasan akan tatapan Danfiq berdehem perlahan.

"Sya,kau masuk dulu. Kejutkan dorang sekali. Kita makan dekat luar",kata Khaira dan Nisya mengangguk. Danfiq hanya melihat langkah Nisya dengan tatapan kosong.

"Why?",tanya Khaira serius.

"Abang nak kena balik New York pagi ni. Papa dah panggil. Keadaan tak terkawal sejak adik takde",kata Danfiq. Khaira diam sejenak. Lama kelamaan dia mengangguk.

"Sorry susahkan abang",kata Khaira perlahan. Danfiq menggeleng kepala sambil mengusap kepala Khaira lembut.

"Tugas abang. You're my sister. Semestinya abang tolong. Tapi adik kena janji dengan abang yang abang kena jaga diri baik-baik duduk dengan umi. Abang taknak adik terluka sikit pun. Kalau ada masalah adik boleh contact abang. Abang sentiasa tunggu adik contact abang. Kalau ada apa-apa balik ke rumah ni ya. Jangan buat benda yang bukan-bukan. Okay baby",pesan Danfiq lembut. Khaira tersipu malu dan mengangguk.

"Kereta abang tinggal sini ya. Abang pergi airport dengan Hariz. Dia pun dah tunggu abang tu. Kalau nak guna kereta ni guna je la. Untuk kemudahan adik nak gerak. Ingat jaga diri. Abang gerak dulu. Jumpa lagi,Black",sambung Danfiq lalu melangkah ke arah kereta Hariz. 

Grep!

"TUNDUK!"

BANG!

Khaira menolak tubuh Danfiq kuat sebaik sahaja Hariz menjerit. Mereka berdua terguling-guling atas jalan raya. 

"Shit!",umpat Khaira perlahan seraya mengeluarkan pistol yang tersisip di pinggangnya. Dia terus menekan picu ke arah gerangan yang menyerangnya secara mengejut tadi. Hariz berlari mendekati mereka berdua dengan riak cemas. 

"Aku nak setan tu hidup-hidup",arah Khaira dingin. Hariz mengangguk faham lalu menghantar arahan kepada anak-anak buah yang lain. Khaira berlari anak ke arah Danfiq berada. 

"Abang okay?",tanya Khaira kalut. Danfiq meringris perlahan sambil membelek lengannya. Khaira perasan ada luka terus membantu Danfiq bangun. Dia memapah Danfiq perlahan-lahan ke rumahnya. 

"Duduk sini kejap. Adik ambikkan peti kecemasan. Lepas cuci luka tu baru boleh gerak",kata Khaira sebelum dia menghilang di sebalik pintu. 

"Dan",panggil Hariz dengan nafas tersekat-sekat. 

"Dapat?",tanya Danfiq dingin. Hariz mengangguk. 

"Markas",jawab Hariz. Danfiq diamkan diri. 

"Kau tahu tugas kau bukan?",tanya Danfiq. Lagi-lagi Hariz mengangguk. 

"Anything inform aku. Khaira ke Naura ke. Office ke sekolah ke apa ke inform je. Dorang mula bergerak. Aku taknak Khaira terluka walaupun dia...",ayat Danfiq terhenti di situ. Hariz hanya diam. Dia terlalu faham dengan ayat terakhir Danfiq. Perbualan mereka terhenti di situ.

Khaira keluar semula dengan kotak kecemasan di tangan. Gadis itu mula mencuci luka Danfiq dengan cermat. Selepas selesai Danfiq minta diri mengejar flight. Khaira mengangguk dan  hanya melihat kereta mewah milik Hariz bergerak meninggalkan kawasan rumahnya sehingga tidak kelihatan. Kemudian dia masuk ke rumah dan terus ke bilik.

NAURA terkebil-kebil sendirian di dalam bilik air. Dia masih ingat lagi rekabentuk rumah ibunya. Dia pasti yang dia sudah berpindah masuk ke rumah itu. Dia menyudahkan mandiannya.

Selepas siap mandi dan berpakaian lengkap dia keluar dari biliknya mencari kelibat ibunya tetapi tidak menjumpainya. akhirnya dia masuk ke dalam biliknya semula dan bermain telefon.

Tolakan pintu secara kasar menyentakkan Naura yang ralit bermain telefon. Dia memandang muka sepupunya dengan datar. Begitu juga dengan sepupu lelaki Naura yang memandangnya dengan penuh kebencian.

"Kau nak apa?",tanya Naura datar tanpa minat untuk bercakap dengan sepupu lelakinya itu.

"5 minutes. Kak ngah ajak dinner dekat luar. Lambat tinggal",kata sepupu lelaki Naura datar lalu keluar dari bilik Naura. Terpejam mata Naura apabila lelaki itu menghempas pintu biliknya kuat. dia mengetap bibir geram. Dia bingkas bangun dan melilitkan selendang ala kadar. Itu kerana dia tidak berapa selesa dengan keluarga ibunya.

"Kenapa ma pindahkan Naura duduk dengan umi?",tanya kakak ibu Naura membuatkan Naura berhenti mengunyah. Dia diam tanpa menjawab soalan ibu saudaranya.

"Kalau dah kerja menyusahkan orang sape je yang nak jaga. Itulah lain kali jadi orang jangan menyusahkan orang. Ni datang duduk dengan umi,kau susahkan umi pulak",sampuk sepupu lelaki Nuara. Naura menghempas sudu kasar dan merenung sepupu lelakinya tajam. Dia tersenyum sinis dan merenung satu persatu ahli keluarganya.

"Kau kalau tak tahu pape pasal life aku lebih baik tutup mulut kau. Jangan sampai garfu kat tangan kau tu terbenam dalam biji mata kau",kata Naura dingin. Dia bingkas bangun dan meninggalkan keluarganya yang masih menyantap makanan.

"Kau adik jangan ikut perangai tak semenggah kakak kau tu. Menyusahkan orang je",kata sepupu lelaki itu pada adik lelaki Naura. Naura yang mendengar itu berdecit perlahan dan menarik senyuman sinis.

'Stupid. Kalau dah tak rela buat apa setuju nak jaga aku',desis hatinya. Naura hanya menunggu keluarganya di luar kedai sambil menatap langit yang hitam seperti hidupnya yang perlahan-lahan menjadi hitam. 

Happy reading. Jalan cerita mula hambar. Serius otak loading 😭

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now