Fatin memasuki kelas dengan sehelai kertas di tangan. Riak wajahnya sunggul sahaja. Matanya melilau mencari kelibat Naura tetapi hampa. Dia mengeluh sendirian. Dia melihat surat ditangannya sekilas dan mengeluh lagi. sudah sebulan dia tidak melihat kelibat Naura dalam kawasan sekolah. Sepanjang ketiadaan Naura juga disiplin sekolah mula merosot begitu juga dengan Dian makin kuat membuli pelajar bawah.
"Surat apa tu Tin?",tegur Rayyan dari belakang. Haidar memberi sebotol air pada rakan sekelasnya. Fatin mengambil sebelum mengeluh. Rayyan dan Haidar saling berpandangan.
"Surat pindah sekolah ketua singa",kata Fatin ringkas dengan suara lemah.
"Hah? Singa?",serentak mereka berdua bertanya. Fatin tertawa kecil melihat reaksi mereka berdua tetapi Kembali sunggul.
"Khaira lah siapa lagi",kata Fatin dengan lemah. Haidar dan Rayyan tergamam. Rayyan merampas surat itu dengan kasar. Sekali lagi dia terkedu.
"Mana kau dapat surat ni?",tanya Haidar. Fatin duduk di tempat duduknya. Begitu juga dengan dua lelaki itu.
"Bonda bagi tadi masa aku hantar report kelas dekat pejabat. Bonda cakap keluarga ibu dia datang isi borang pindah. Bonda tak tahu nak buat apa. Lagipun Khaira dah sebulan tak datang sekolah. Bonda tak tandatangan lagi sebab nak tanya Khaira dulu. Itu surat ni ada dengan aku sebab aku ingat Khaira masuk sekolah hari ni sebab aku tengok di buku kehadiran nama dia tercatat",jelas Fatin. Mereka bertiga mengeluh.
"Kau tahu tak reason kenapa family dia pindahkan dia?",tanya Haidar. fatin menggeleng.
"Aku tak tahu tapi mungkin sebab masalah family. Kau pun pernah nampak keadaan dia sebelum ni macam mana. Nenek dia pun aku dah tak nampak dua minggu ni",kata Fatin.
"Nenek dia dah berhenti kerja. Nenek dia sakit berulang kali masuk ward. Setahu aku ayah sedara Khaira datang ambil jaga nenek dia. Mungkin sebab tu kut family sebelah ibu dia datang ambil Khaira",sampuk Raifan. Rayyan,Haidar dan Fatin menoleh ke belakang dan memandang Raifan datar.
"Kau takde tugas ke? Biasa waktu rehat kau bertugas dekat block atas",kata Fatin. Raifan menggeleng. Dia menarik kerusi berdekatan dan menyerrtai perbualan mereka.
"Hari ni kan free. So aku takde tugas sebab masing-masing bebas tetapi dalam kawasan sekolah",kata Raifan. Mereka bertiga menganguk faham.
"Mana kau tahu pasal nenek Naura?",tanya Rayyan. Raifan memandang Rayyan.
"Aku ada tanya Kak Nora mana acik jual kuih. Biasa kan nenek Naura yang jual bahagian kuih. Sebulan ni aku tak nampak sangat kelibat acik tu. Tadi aku tanya Kak Nora. Kak Nora kata acik tu dah berhenti. Anak dia datang ambil masa acik tu masuk ward",jelas Raifan.
"Then apa kaitan dengan Khaira?",tanya Haidar binggung.
"Khaira dibesarkan oleh nenek dia. Aku tak tahu sangat tapi setahu aku dia memang tak duduk dengan ayah ibu dia. Bila jadi macam ni kemungkinan nenek dia minta ibu dia datang ambil jaga dia sementara nenek dia tinggal dengan anak dia",ulas Fatin. Haidar dan Rayyan mengangguk faham. Mereka berdua tidak kenal sangat Khaira sebelum ini kerena mereka berdua tidak sekelas dengan Khaira
"Makin rancak adik kau buli budak kelas bawah",tegur Fatin apabila melihat kelibat Dian tengah membuli budak pelajar bawah dibawah tanggungjawab Khaira. Raifan hanya mengeluh.
"Aku tak tahu macam mana keadaan sekolah ni bila singa tu pindah nanti. Aku sorang tak mampu nak handle. Lagipun dengan singa tu je dorang takut",kata Raifan. Fatin tersenyum tipis.
"Sebulan pun bagai nak pecah gendang telinga aku dengar PK HEM membebel dekat aku. Tak kira dengan unit disiplin lagi. aku tak tahu lah macam mana si Khaira tu pandai handle budak-budak tu sampai dorang takut",sambung Raifan dengan keluhan.
"Aku respect dengan peribadi Khaira yang tegas tu. Sampai aku sendiri kecut",kata Haidar.
"Kau baru sekelas dengan dia tahun ni. Aku ni sekelas dengan dia sejak pelajar bawah lagi. sudah lali dengan ribut taufan dia yang tiba-tiba. Kau fikir la tak de angin takde ribut tahu-tahu kena tengking dekat dia. Satu blok sepi kau tahu. Kalau kau tengok dia jadi komander kawad, kalah kau sekali dia bersuara",kata Fatin dengan tertawa kecil.
"Ha yang tu aku tahu. Sebab pernah sekali tengok dia jadi komander kawad kaki KRS. Aku yang jadi komander kadet polis terus senyap. Suara dia lagi kuat dari suara aku",kata Rayyan. Dia teringat Kembali 3 tahun lepas dimana unit beruniform gigih berlatih kawad kaki dan Ketika itu juga mood Naura hilang. Hanya suara dia yang kedengaran satu sekolah.
"Aku harap nyawa adik kau panjang lah",kata Fatin sebelum keluar kelas. Raifan mengeluh dan mengikuti langkah Fatin.
🎀🎀🎀
NAURA mengeluh sendirian di luar pintu rumah. Matanya sesekali melihat surat ditangannya. Dia mengusutkan rambutnya secara kasar. Getaran telefon di atas meja membuatkan dia berdecit perlahan. Dia mengambil telefonnya dengan malas dan membaca pesanan ringkas daripada ayah saudaranya.
-Balik rumah lama. Ada benda nak bincang
Lagi-lagi dia berdecit tanda menyampah. Dia melihat sekilas surat di tangannya sebelum menggumpal dan membuangnya. Dia menoleh kebelakang apabila pintu gril dibuka.
Felica menghulurkan secawan gelas air coklat panas. Naura mengambilnya dan memberi ruang kepada Felica duduk sebelahnya. Felica memberikan sekeping sampul surat yang belum dibuka kepada Naura.
"What?",tanya Naura ringkas. Dia membuangnya tanpa melihat isi dalamnya apabila dia terpandang lambang sekolah di depan sampul surat itu. sudah pasti benda yang sama. Felica hanya melihat gerak geri Naura tanpa suara. Sejak petang tadi dia tidak berani menegur Naura selepas melihat perubahan riak wajah gadis itu yang tiba-tiba datar.
"Why?",tanya Felica lembut walaupun gerun. Naura tidak menjawab tetapi mengeluh. Felica hanya mampu menenangkan Naura dengan memeluknya dari sisi.
"Do you want to stay here?",tanya Naura datar. Moodnya sudah hilang gara-gara tiga keping surat yang mempunyai maksud yang sama. Felica memandang Naura pelik. Naura mengeluh lagi.
"If you guys still want to stay here,then I let this house for you guys",kata Naura sambil mencicip sedikit demi sedikit air yang diberikan oleh Felica tadi. Felica memandang Naura pelik tetapi gadis itu meninggalkan Felica bersendirian di luar apabila satu fail masuk dalam emailnya.
Happy reading and abaikan typo✨
YOU ARE READING
NAURA KHAIRA
Teen FictionNAURA KHAIRA Seorang gadis yang membesar dengan lingkungan keluarga yang serba sederhana atau susah. Dia membesar dengan neneknya sehingga menginjak remaja. Hampir 16 tahun dia hidup dengan penuh kesakitan dan memendamnya seorang diri. Dia hanya men...