36

28 3 0
                                    

NAURA mengerang kesakitan di blok belakang kelasnya. Dia duduk bertinggung sambil memegang kepalanya yang mencengkam sakit. Satu persatu bayangan yang lain muncul seakan dia pernah alami itu. Terasa dirinya dipeluk daripada belakang membuatkan dia membuka mata walaupun kabur sebelum sebelumnya gelap.

"Eh Naura!"

Ainaa terkejut tubuh Naura longlai tidak sedarkan diri sebaik sahaja dia memeluk tubuh Naura daripada belakang. Niatnya hanya ingin ke tandas blok belakang tetapi tidak sengaja mendengar suara orang mengerang kesakitan. Dia mengintainya siapa gerangan itu dan rupanya Naura yang mengerang kesakitan. dia mendekati Naura dan memeluk tubuh Naura dengan niat ingin menenangkan Naura malah lain yang jadi.

Ainaa mengangkat tubuh Naura dan dibawa ke bilik rawatan. Nasibnya baik apabila ada seorang petugas dalam bilik tersebut. Dia meletakkan Naura atas katil yang kosong dan menghela nafas lelah.

"Eh Ainaa. Kenapa dengan dia?",tanya petugas itu sambil menghulurkan segelas air apabila melihat Ainaa kelelahan. Ainaa menyambut huluran itu lalu meneguknya. Lega. Itu yang dia rasakan apabila air mengalir dalam tekaknya.

"Tak tahu. Saya nak pergi tandas belakang terjumpa dia menahan sakit. Saya peluk tu terus pengsan",kata Ainaa. Risau? Itu yang dia rasakan sekarang. Dia merenung muka polos Naura yang tidak sedarkan diri lama. seketika matanya ternampak darah keluar dari hidung Naura.

"Bang darah",kata Ainaa cemas. Petugas itu langsung mendekati Naura dan menyumbat kapas dalam hidung Naura bagi menyekat daripada darah terus keluar. Badan Ainaa ketar selepas melihat darah yang keluar itu. dia memalingkan tubuhnya membelakangi Naura dan cuba melawan ketarnya.

"Ainaa masuk kelas dulu takpe. Rehat nanti datang sini balik kalau dia masih tak sedarkan diri",kata petugas itu. ainaa mengangguk lalu berlalu pergi. Petugas itu memandang Naura kelat sebelum dia bangun membuat panggilan ringkas.

Ainaa Kembali ke kelas dan ternyata sudah ada guru. Dia mengetuk pintu dan memberi salam. Dia mendekati guru tersebut dan membisikkan keadaan Naura di bilik rawatan. Guru itu mengangguk dan menyuruh Ainaa kembali ke tempatnya.

"Mana Naura?",tanya Syanie. Ainaa tidak menjawab. Dia hanya mengabaikan soalan Syanie. Otaknya memikirkan keadaan Naura. Entah kenapa dia terasa sakit melihat keadaan Naura sebegitu.

'Ya Allah lindungi Naura',doa Ainaa dalam hati. Dia langsung tidak boleh memberi perhatian pada pelajarannya kerana risaukan Naura. Sebaik sahaja waktu rehat,Ainaa terus keluar dari kelas dan menujuk ke bilik rawatan.

"Assalamualaikum",katanya perlahan dan menolak pintu bilik rawatan. Dia masuk dan mendekati Naura yang masih lagi tidak sedarkan diri. Tangannya naik mengusap kepala Naura perlahan.

Petugas yang kebetulan ingin memeriksa keadaan Naura terhenti apabila melihat Ainaa ada dengan Naura. Dia tersenyum nipis melihat perilaku Ainaa pada Naura.

"Ainaa",panggil petugas itu. Ainaa langsung menoleh ke arah suara itu dan senyum. Petugas itu mendekati Ainaa dan memberikan sekotak air dan sebungkus roti. Ainaa menerima makanan itu sambil mengucapkan terima kasih.

"Jangan risau. Nanti dia bangun. Bagi dia rehat dulu ya",kata petugas itu sekali gus menenangkan Ainaa. Ainaa mengerling ke arah Naura sekilas dan mengangguk. Petugas itu tersenyum dan meninggalkan Ainaa dengan Naura.

Ainaa merenung Naura lama. Perasaanya bercampur aduk memikirkan keadaan Naura. Buat pertama kali dia begitu merisaukan keadaan seseorang yang baru sahaja dikenalinya.

"Bangun lah. Takkan kau nak tidur je. Aku risau",kata Ainaa perlahan sambil mengusap tangan Naura yang sejuk bak ais. Dia menyelimutkan tubuh Naura hingga paras pinggang.

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now