40

34 3 1
                                    

NAURA berpeluk tubuh sambil bersandar di dinding berdekatan dengan tingkap. Dia,Syanie dan Ainaa sudah dibenarkan tidak masuk kelas kerana terlibat di dewan walaupun sebenarnya kepala yang memulakan adalah Naura.

Naura hanya memandang slide yang ditayangkan oleh pihak sekolah lamanya. Memandangkan salah seorang guru di sekolah barunya bertanya tentang kegiatan dirinya di sekolah lamanya. Dia mengeluh perlahan. Itu salah satu alasan kenapa dia berkelakuan seperti yang lain. Dia tidak ingin sekolah barunya tahu kegiatannya di sekolah lamanya tetapi semuanya musnah.

Naura menundukkan kepalanya sambil pejamkan mata. Kepalanya berat dan dunianya berputar. Dia cuba melawan perasaan sakit itu dengan menayangkan riak datar lagak seperti tiada apa-apa. Matanya bertembung dengan Fatin yang memandangnya dengan riak risau. Sejak ketahuan dengan Fatin di bilik rawatan sebelum ini membuatkan Fatin selalu risau setiap kali Naura menundukkan kepala.

"Okay tak?",tanya Fatin dengan hanya menggerakkan mulutnya. Naura mengangguk dan memandang Dian yang sedang berborak di belakang. Naura menegakkan badannya dan melangkah ke arah kerusi Dian. Dia menendang kaki kerusi Dian kuat dengan riak bekunya.

"Jaga adab sebelum aku halau kau balik sekolah semula",kata Naura datar. Dian keras dan kaku. Naura menghela nafas panjang apabila segelintir pelajar sekolah barunya memerhatinya semasa menegur Dian.

"Jangan sampai perangai setan yang pernah kau hadap sebelum ni keluar. Aku malas nak timbulkan masalah apatah lagi dengan kau",pesan Naura dingin dan melangkah ke depan.

"Seram",bisik Ainaa pada Syanie. Syanie mengangguk setuju. Dia sedikit gerun dengan aura Naura ketika itu tambahan pula rata-rata daripada rombongan itu kelihatan takut dengan Naura.

"Kalau kau tanya aku situasi sekarang dengan situasi minggu lepas. Jujur aku cakap situasi minggu lepas lagi menyeramkan",balas Syanie dengan nada berbisik juga. Ainaa mengangguk setuju dengan ayat Syanie.

Hampir satu jam setengah mereka bertiga berada di dalam dewan akhirnya selesai. Pelajar yang terlibat dalam dewan dibenarkan pulang kecuali rombongan itu. Ainaa dan Syanie juga masih lagi bersama dengan Naura.

Naura bersilang tangan sambil merenung satu-persatu ahli rombongan itu dengan tajam. Hanya tinggal dia,Ainaa,Syanie dan rombongan itu sahaja.

"Khaira rekod aku dah hantar",kata Raifan dengan pandangan menunduk. Naura mengeluarkan telefonnya dari poket bajunya dan memeriksanya. Dia menggeleng kepala berulang kali sebelum dia menepuk meja di sebelahnya kuat.

Sepi

"Bodoh ke bengap? Aku tinggal dengan disiplin clear and then kau hantar report dengan masalah bertimbun. Semuanya berpunca dengan Dian and her gang. Apa semua ni?!",kata Naura berang. Suaranya tidak sengaja menarik perhatian guru kaunseling dan juga guru disiplin sekolah barunya.

"Aku tahu Raifan tu abang kau Dian tapi tu tak bermakna kau boleh buat sesuka hati mak nenek moyang kau dengan gunakan jawatan yang abang kau ada. Kalau perangai kau bagus aku tak halang kau jadi pengawas malah aku sendiri yang akan lantik kau sebagai pemimpin. Masalahnya kau ni seminggu dua okay lagi tapi masuk minggu ketiga mula lah keluar sifat sial kau tu. Membuli sana sini,ugut budak bawah macam-macam. Kau fikir kau sapa?!",jerkah Naura. Terangkat bahu masing-masing dengan jerkahan kuat Naura. Dian menunduk. Naura memandang Raifan pula.

"Kau Raifan! Apa hak kau nak lantik adik kau sebagai pengawas sedangkan nama dia dah tersenarai blacklist? Kau ada tanya aku? Ada tanya aku reason aku kenapa nama adik kau aku blacklistkan? Ada kau tanya? Tak pernah tanya. Then bila aku pindah kau fikir kau boleh lantik adik kau sebagai pengawas yang namanya hampir 3 tahun dalam blacklist. Kau fikir kau boleh manipulasikan report yang kau buat tu? kau manipulasi banyak mana sekalipun akan ada cuai kau buat tu bangang! Kau manipulasi banyak mana sekalipun bonda,PK HEM dan unit disiplin tetap akan maklumkan dekat aku bodoh! Sebab apa? Sepanjang kau sandang sebagai ketua pengawas tak pernah clean kau buat kerja. Aku jugak yang kena hadap semua benda dan lagi teruk aku kena kalau masalah tu berpunca daripada adik kau ni sial!",kata Naura.

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now