22

35 3 1
                                    

Naura meletakkan keretanya bersebelahan dengan kereta Mike. Dia keluar dari kereta diikuti dengan keluarga yang lain. Masing-masing menunduk hormat pada Naura apabila dia masuk ke dalam kedai tersebut. Pandangan tertanya-tanya keluarganya dia abaikan.

Matanya melilau mencari kelibat masternya dan Danfiq. Dia tersenyum lebar apabila melihat tubuh tegap Danfiq dari hujung kedai. Dia menuju ke meja itu lalu duduk bersebelahan dengan Danfiq.

"Hai abang!",sapa Naura sambil mencium pipi Danfiq mesra. Danfiq terkaku. Dia terkebil-kebil memproses tindakan Naura yang diluar jangkaannya. Naura memberi senyuman manis pada Danfiq. 

'Jangan percaya senyuman tu Dan. Tertipu nanti',getus hati Danfiq sambil merenung Naura di sebelahnya. Cubitan kecil yang tersinggah di perutnya menyedarkan dia daripada mengelamun. Dia melolot memandang Naura tajam tetapi gadis itu hanya menayangkan deretan gigi tidak bersalah. 

"Mula dah tu",tegur seseorang. Naura dan Danfiq menoleh dan tersenyum sumbing. 

"Sampai bila nak berdiri? Kerusi ada tu duduk je lah. Takkan nak kena tarik kerusi dulu baru nak duduk",perli Naura sambil bermain dengan jemari Danfiq. Keluarganya tersentak dengan teguran Naura. Keluarganya duduk satu meja dengan mereka. Naura mengomel kecil dengan kepala tertunduk. Danfiq hanya menggeleng mendengar omelan kecil Naura. 

"Here's your breakfast. Enjoy it",kata pelayan yang tiba-tiba muncul. 

"Terima kasih kakak cantik!",kata Naura dengan senyuman manis. Sedangkan pelayan itu hanya mengangguk lalu beredar daripada situ. 

"Maaflah saya tak tahu apa yang selalu korang makan semasa sarapan. Jadi saya pesan je. Jemput makan. Kalau nak order yang lain pun silakan",kata orang itu.

"Pa. Adik nak yang tu",sampuk Naura sambil menunjukkan makanan milik ketuanya sementara ketuanya dengan senang memberikannya pada Naura. Naura terjerit gembira.

"Hehe thank you pa",kata Naura dengan senyuman lebar lalu menjamah tanpa menghiraukan keluarganya yang memandangnya pelik. Danfiq pula menggosok kepalanya lembut.

PAK!!

UHUK!! UHUK!!

Naura batuk kuat. Dia pantas mengambil air lalu meneguk rakus. Dia mencerlung tajam ke arah Mike yang memandangnya dengan memek muka seakan ingin penampar.

"Nak aku mampus ke hanat?!",tanya Naura kasar. Dia menjeling tajam pada Mike yang duduk bertentangan dengannya. Mike hanya menjelirkan lidah pada Naura. Tidak sewenang-wenangnya dia menendang kuat kaki Mike sehingga lelaki itu menganduh sakit.

"Sweetie.. that's enough",Naura langsung diam apabila mendengar suara datar Danfiq. Dia makan dengan diam. Begitu juga dengan yang lain kecuali neneknya yang merenung dirinya dengan Mike silih berganti.

"Makan ma",tegur Naura tanpa mengangkat kepala. Dia tahu keluarganya tengah menatapnya tajam terutama sekali ayahnya. Dia tak nak Danfiq terlepas amarah bergaduh dengan ayahnya kerana dia tahu akan jadi pergaduhan antara mereka jika dia membalas pandangan.

"So,how do you feel right now? Sakit lagi tak?",tanya ketuanya membuatkan Naura berhenti makan. Dia membalas pandangan ketuanya dan memandang keluarganya sekilas. Dia hanya mendiamkan diri.

"What's going on last night?",tanya Mike mendatar. Pertanyaan Mike merubahkan suasana menjadi hening. Naura diam. Mendengar nada datar Mike cukup membuatkan dia gerun. Itu tidak termasuk dengan tenungan tajam ketuanya,Danfiq dan Mike. 

"I fine. Sakit tapi boleh tahan lagi. Nothing much",kata Naura perlahan. Orang itu tersenyum nipis lalu menyambung makan. Tangan naik mengusap kepala Naura lembut. Sesekali dia menyuap makanannya pada Naura.

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now