37

27 3 3
                                    

Ainaa termenung sendirian di halaman rumahnya. Fikirannya hanya pada Naura. Dia sempat ke bilik rawatan semasa pulang sekolah tetapi Naura sudah tiada di situ. Petugas yang pagi tadi juga tiada. Jadi dia membuat keputusan untuk pulang ke rumah sahaja.

"Mana rumah dia eh",tanya Ainaa sendirian. Dia mengambil telefonnya dan cuba mencari tahu keberadaan Naura dengan bertanya pada rakan-rakan sekelasnya tetapi hampa. Tiada sorang yang tahu dimana rumah Naura.

Dia teringat tentang pergaduhan Naura dengan Fasya senior mereka. Agak kagum dengan keberanian Naura melawan kata-kata Fasya. Dia agak tertarik dengan Naura seperti pernah berjumpa Naura sebelum ini.

Kedengaran azan berkumandang membuatkan Ainaa tersedar dari lamunan. Dia menepuk pipinya berulang kali dengan perlahan sebelum dia masuk ke dalam rumah untuk menunaikan kewajibannya memandangkan hari juga sudah gelap.

Selepas dia solat dia bergabung dengan keluarganya bersembang. Dia hanya mendengar tetapi otaknya berada di dunia lain. Dari pagi sampai sekarang otaknya hanya terisi dengan nama Naura.

BEEP!

Ainaa mengambil telefonnya dan membuka notication itu sebelum dia menutup telefonnya semula. Dia sangka Naura tetapi kawannya yang lain. Dia cuba mencari tentang Naura di media sosial yang lain tetapi hampa juga. Akhirnya dia melemparkan telefonnya ke sisi dan termenung sendiri.

Terasa agak lama dia termenung sendiri dan terasa hari makin lewat malam dia mengutuskan untuk masuk ke biliknya dan tidur. Harapannya hanya satu iaitu Naura ke sekolah dengan keadaan baik esok.

Keesokkannya,Ainaa menunggu Naura di koridor kelas. Matanya memerhati setiap orang lalu lalang dengan harapan Naura berada dalam orang itu. Hampir 30 minit dia menunggu Naura tidak muncul juga. Dia mengeluh panjang. Dia mula masuk kelas dan memandang tempat duduk Naura lama.

"Kau tenung apa?",sergah Naura dari belakang dan membuatkan Ainaa terkejut.

NAURA tersedar dari tidur apabila terasa cahaya terkena pada mukanya. Dhinya berkerut menahan perit cahaya itu. Dia bangun dari katil dan menarik langsir biliknya menghalang cahaya itu menembusi kaca biliknya. Dia membalikkan tubuh dan memandang jam di dinding. Terbuntang matanya melihat jarum jam yang sudah menunjukkan 7.10 minit.

Dia pantas mengambil tuala di penyidai baju dan masuk ke bilik air membersihkan diri. Tidak sampai 10 minit dia kembali keluar dengan lengkap berpakaian sekolah. Dia menyalin jadualnya dan turun ke tingkat bawah. Dia melihat Mike sedang membuat kerjanya di ruang tamu dan mendekati.

"Hantar aku sekolah jap",kata Naura sambil mencuri roti bakar milik Mike yang berada di dalam piring. Berkerut dahinya apabila merasa perisa kacang dan mentega. Dia menyumbat roti yang dia makan tadi dalam mulut Mike dan terus ke pintu utama.

Mike menggeleng kepala melihat kekalutan Naura. Dia yakin itu Naura kerana Nuara tidak suka dengan perisa yang disapunya pada roti bakar. Naura mempunyai alahan dengan kacang sejak kecil. Dia yakin itu Naura kerana hanya Naura yang suka kelam-kabut sebegitu. Khaira lebih kepada seorang yang tenang walaupun sudah lambat.

Mike menghidupkan kereta milik Naura dan memberikan Naura sendiri yang membawanya. Dia tahu jika dia yang membawa kereta telinga perit mendengar bebelan Naura. Jadi lebih baik membiarkan tuan badan sendiri yang membawanya.

Naura menekan pedal minyak kuat sehingga meninggalkan kesan tayar. Mike menggeleng kepala lagi dan sambung membuat kerjanya yang tergendala tadi. Dia hanya membiarkan Nuara membawa kereta seperti taufan. Kalau kebiasaan mengambil masa hampir 30 minit untuk sampai ke sekolah dari rumah tetapi tidak hari ini. Hanya mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sekolah.

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now