NAURA berhenti motornya di depan sebuah cafe yang agak mewah. Ditubuhnya masih lagi tersarung dengan pakaian sekolah. Dia masuk ke cafe itu dengan tergesa-gesa dan terus ke loker. Dia membuka loker dan menyalin pakaian seragam kerjanya. Hanya mengambil masa 10 minit dia lengkap berpakaian kerja.
"Awal kau datang. Seingat aku shift kau petang untuk minggu ni",tegur rakan sekerjanya,Farid. Naura hanya menggeleng sambil tersenyum nipis.
"Malas balik itu yang aku terus datang sini. Ramai ke pelanggan?",tanya Naura sambil merapikan apron ditubuhnya. Farid merenung wajah Naura lama dan menganguk menjawab soalan Naura.
"Sebelum kau masuk berperang di dapur,pergi jumpa bos dulu. Ada misi untuk kau katanya",kata Farid sebelum dia berlalu pergi ke meja pelanggan yang baru masuk. Naura tercenggang. Tidak pernah-pernah bosnya memberikan misi untuknya selama dia kerja disitu. Tanpa berlenggahkan masa dia terus ruangan bosnya. Pintu sudah terbuka belum sempat dia mengetuknya.
"Hah Khaira! Saya baru nak keluar intai kamu. Awal sampai. Shift kamu minggu ni kan petang",tegur Encik Taufiq. Naura tersenggeh di depan pintu bilik bosnya.
"Mari masuk",ajak Encik Taufiq. Naura mengangguk dan mengikuti langkah Encik Taufiq. Dia menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan majikannya. Encik merenung pekerjanya yang satu itu dengan pandangan simpati. Dia yakin Naura baru pulang dari sekolah kerana masih terlalu awal untuk gadis itu masuk bekerja. Bengkak di bibir juga masih jelas kelihatan.
"Farid kata bos nak jumpa saya. Kenapa?",tanya Naura sambil tangannya memutar sebatang pen yang ada di atas meja Encik Taufiq. Pertanyaan Naura melenyapkan lamunan Encik Taufiq. Dia berdehem kecil sebelum dia memanggil orang kanannya. Seketika orang kanannya muncul dan bergabung.
"Tuan dah sampai?",tanya Encik Taufiq. Fatisya atau dipanggil Kak Tisya hanya mengangguk. Dia mendekati Naura dan memberikan sekeping kertas. Naura mengambilnya dengan kerutan di dahi. Entah berapa kali dia mengerut dahi pada hari itu dia pun tak tahu. Dia terlopong melihat tulisan di kertas itu.
-Tomyam campur (don't use milk. I don't like it)
-Sayur goreng campur (don't use sawi. It's bitter and I don't like it)
-Sambal udang (extra spicy)
-Ayam masak blackpaper with butter (don't use too much butter)
-Marble apple pie
-Jus mix berries
-Nasi goreng putih
-Fried pudina ice cream
-Brownie cake
*p/s siapkan sebelum dinner meja nombor 37 dan kau yang masak. Aku dengar ramai yang puji masakan kau then proof it to us. Masak buat 15 orang makan. GOODLUCK!
'Dia ni makan ke melantak? Dah la banyak pantang larang',desis hati Naura. Encik Taufiq memandang pekerjanya pelik.
"Kamu kenapa Khaira?",tanya Encik Taufiq dan Kak Tisya serentak dan ketika itu juga Naura menepuk meja kuat. Terkejut Kak Tisya dan Encik Taufiq dibuatnya. Mereka berdua mengurut dada perlahan sambil menghela nafas panjang. Mahu gugur jantung mereka berdua dek kerana tindakan Naura sebentar tadi.
"Cewah mamat ni. Kau cabar aku ke apa sekarang? Kau order banyak-banyak ni larat ke nak habiskan? Kalau kau larat habiskan sekalipun aku ni hah yang bagai lipas kudung kat dapur. Tu tak tambah lagi dengan order list pelanggan luar. Nak siapkan order list kau ni pun ambik masa dua jam. Kau ingat ni hotel 10 bintang eh salah 5 bintang nak dessert barat bagai. Nasi goreng putih? Apa benda mamat ni order. Tak pernah-pernah diorder orang nasi goreng putih. Nasi goreng cina aku pernah lah masak. Nasi putih pun aku pernah masak. Bukan setakat pernah memang hari-hari aku masak nasi putih tu. Tak kira masa tak kira tempat. Putih juga tu. Marble? Apa marble-marble? Kau ingat aku tukang masak hotel yang berkelulusan Phd dalam jurusan masakan? Mix berries huh? Ni mana aku nak cekup berries? Jangan kata berries eh strawberri pun jarang ada kat cafe ni. Nak berries-berries bagai. Aku celup kepala dalam blander sekali baru tahu",bebel Naura panjang lebar dengan pelbagai gaya.
YOU ARE READING
NAURA KHAIRA
Teen FictionNAURA KHAIRA Seorang gadis yang membesar dengan lingkungan keluarga yang serba sederhana atau susah. Dia membesar dengan neneknya sehingga menginjak remaja. Hampir 16 tahun dia hidup dengan penuh kesakitan dan memendamnya seorang diri. Dia hanya men...