21

35 3 2
                                    

Naura menolak pintu dengan kasar. Orang yang berada dalam bilik itu terperanjat dengan tolakan kasar tersebut. Naura melangkah dengan tidak bersalah. Tanpa menghiraukan apa yang dia lakukan tadi. Dia duduk bersendirian dengan mood hancur.

Dia menendang kerusi di depannya dengan kuat membuatkan orang lain kecut perut. Dia menjerit kuat bagi melegakan perasaannya. Seketika dia menarik salah satu alatan tajam dan melibas membabi buta.

"Oii!!",jerit seseorang. Naura berpaling ke belakang dan tersenyum sinis pada gerangan yang menegurnya tadi. Tanpa amaran dia menghala alatan tajam itu ke arah orang itu tetapi dihalang oleh alatan yang sama.

Nisya langsung menghalang alatan kegemaran Naura daripada terkena badannya. Naura pula makin lama makin agresif melibas pedang itu kearahya. Nisya risau apabila warna mata Naura berubah menjadi coklat gelap. Dia tidak tinggal diam. Dia langsung membalas serangan Naura dengan teknik yang berbeza.

Dia mengacu hujung pedangnya ke arah dada Naura menyebabkan Naura berhenti menyerangnya. Nisya pantas melibas pedangnya pada hulu pedang milik Naura dan pedang itu langsung terlepas dari pegangan Naura.

"Wake up Khaira!",bisik Nisya lembut di cuping telinga Nuara. Naura langsung jatuh terduduk dengan menutup telinga yang berdesing hebat. Dia menangis teresak-esak sambil menekan dadanya kuat. Nisya langsung melemparkan pedangnya jauh dan menghampiri Naura. Dia memeluk tubuh kecil Naura erat sambil menenangkan rakan rumahnya.

"Shhh.. it's gonna be alright dear. You're strong baby",pujuk Nisya dengan lembut. Naura menangis tanpa suara dalam pelukan Nisya. Seketika keadaan hening. Tanpa amaran Naura menolak tubuh Nisya kuat sehingga Nisya terpelanting ke bawah meja rehat.

Nisya pantas bangun menghalang Naura daripada mengambil pedang semula. Darah yang keluar dari kepalanya tidak dihiraukan kecuali beradu tenaga untuk melawan Naura yang agresif itu.

"You're nothing! You're useless! Why must her?! Why?!",amuk Naura dengan nada yang tinggi.

Nisya yang mendengar itu menarik nafas panjang sebelum menatap mata Naura lembut. Dadanya berdetak kencang apabila berhadapan dengan warna mata itu tetapi diberanikan jua.

"No,you're wrong dear. You're very special to us. You're safe with us. You didn't do anything wrong dear. Rilex. You have us. We love you as you love us",pujuk Nisya lembut. Dia cuba mendekati Naura yang kaku 100m darinya tetapi Naura mengacukan pedang padanya.

"Don't ever come closer to me!',Naura bersuara kasar. Nisya menggaru kepala pening. Tambah lagi dengan darah yang makin laju keluar menyebabkan pandangannya agak terbatas.

"Khaira... look to me.. I don't want to hurt you dear. Give that thing to me. It's dangerous dear",pujuk Nisya lagi. Naura memandang Nisya dengan pandangan yang ragu-ragu. Nisya senyum pada Naura dan menghampiri gadis itu perlahan-lahan. Dia menarik nafas lega apabila Naura pengsan dalam dakapan Farel.

"Thank's to you",kata Nisya lalu jatuh pengsan. Eric sempat menyambut tubuh Nisya sebelum gadis itu turut jatuh ke lantai. Eric dan Farel berpandangan sebelum mereka membawa Nisya dan Naura ke bilik rehat.

Untung sahaja Nisya sempat menelefon Eric semasa dia dalam perjalanan ke tempat mereka berempat berlatih. Dan untung juga Farel mengajak abangnya untuk mengikuti Nisya.

"It's long time Khaira didn't show up right?",tanya Eric sambil membersihkan luka pada kepala Nisya. Farel mengangguk tanpa suara. Matanya merenung segenap wajah Naura yang polos itu.

"Almost one year we didn't meet Khaira. I'm sure have something in mind Naura",kata Farel datar. Eric hanya tersenyum nipis. Dia rasa dia tahu apa penyebabnya kerana sejak akhir-akhir ni ramai yang mencari keberadaan Naura. Dia sengaja tidak beritahu adik beradiknya tentang itu takut nanti Farel tidak dapat mengawal perasaannya. Dia kenal peribadi Farel kalau itu berkaitan dengan Naura.

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now