Naura keluar dari kelas dengan santai. Dia sudah bagitahu ibunya supaya tidak datang mengambilnya. Dia turun tangga dengan riak kosong dan langsung menuju ke pintu pagar utama. Dia melilau mencari kelibat Nisya dan jumpa!
"Kau balik dengan apa Naura?",tegur seseorang dari belakang. Langkah Naura terhenti apabila ada orang menegurnya. Dia menoleh ke belakang dan memandang gerangan itu pelik.
"Mana kau tahu nama aku?",tanya Naura dingin. Orang yang menegurnya tersenyum.
"Aku Ainaa. Kita sekelas",kata Ainaa membuatkan Naura terdiam seketika. Dia cuba mengingati wajah itu di dalam kelas dan akhirnya dia mengangguk. Dia hanya menunjukkan satu kereta secara random. Ainaa hanya mengangguk dan Naura langsung berlalu ke kereta.
Naura mengetuk cermin berulang kali dan tersembul wajah kacukan Eric. Serentak itu Eric keluar dari tempat pemandu. Naura memberikan beg sekolahnya pada Eric dan meloloskan diri ke tempat pemandu manakala Eric ke bahagian penumpang belakang. Naura menggerakkan kereta itu meninggalkan kawasan sekolah dengan tatapan kosong.
"So how's your first day?",tanya Nisya. Naura menggeleng perlahan. Nisya,Eric dan Falica berpandangan sendiri dengan pandangan tertanya-tanya. Naura hanya diam membisu sambil memikirkan suara asing yang didengari semasa waktu seni tadi.
Nisya,Eric dan Falica berkerut dahi apabila Naura berhenti di depan hospital. Mereka memandang Naura yang jelas tengah kusut memikirkan sesuatu.
"Aku nak masuk jumpa orang kejap. Nak ikut?",tanya Naura. Eric dan Falica menggeleng tetapi tidak dengan Nisya. Dia keluar dari kereta bersama dengan Naura. Naura tersenyum nipis. Dia sudah agak Nisya mesti ikutinya.
Naura menekan loceng sekali dan muncullah Nadia. Ya Naura memandu kereta ke kawasan bandar semata-mata ingin berjumpa dengan Dr Erin yang kebetulan sedang bertugas di salah satu hospital. Dimana Dr. Erin bertugas disitulah adanya Nadia.
"Lurus dan terus ke bilik dia",kata Nadia. Naura tersenyum nipis lalu ke bilik yang dimaksudkan. Naura mengetuk pintu tiga kali dan terus masuk diikuti dengan Nisya. Dr. Erin tersenyum lebar apabila Naura muncul di depannya.
"Mimpi apa datang jumpa akak ni?",tanya Dr. Erin ramah. Naura duduk bersebelahan dengan Dr. Erin dan merenung wajah doktor itu dekat. Naik bingung Dr. Erin dek sikap Naura itu. Nisya hanya perhati dari sofa yang ada dalam bilik doktor itu.
"Dah kenapa?",tanya Dr. Erin. Naura mencebik bibirnya comel. Dr. Erin tertawa kecil. Dia menggosok kepala Naura geram.
"Adik nak tanya akak something ni boleh?",tanya Naura. Dr. Erin hanya mengangguk. Tumpuannya hanya pada gadis kecil itu. Naura menggigit bibir lama.
"Selain Khaira,ada lagi ke?",akhirnya terluah juga soalan yang menjadi persoalan di dalam kepalanya sejak sekolah lagi. Dr. Erin mengerut dahi apabila mendengar soalan Naura. Nisya yang turut mendengar itu juga berkerut dahinya.
"What do you mean dear?",tanya Dr. Erin serius. Dia mula mengambil fail milik Naura dan membukanya. Tangannya mencapai sebatang pen dan sedia untuk menulis apa yang Naura ingin sampaikan.
"Weird. Adik masuk sekolah baru hari ni. Pagi tadi masa subjek seni biasalah kan melukis. Masa adik tengah melukis tu,adik dengar suara lain selain Khaira. First adik ingat ada orang datang tegur tapi bila angkat kepala takde pun. Adik cuba komunikasi dengan dia tapi lesap terus",cerita Naura. Dr. Erin terdiam seketika.
"Tekaan aku betul selama ni yang kau wujudkan lagi dalam jiwa kau. Cuma kau je yang tak sedar",gumam Nisya perlahan. Dr. Erin menoleh ke arah Nisya. Dia dengar gumaman kecil Nisya tadi.
"So adik ada rasa apa-apa tak masa dengar suara dia? Lelaki ke perempuan?",tanya Dr. Erin.
"Shock? I don't know! Rasa pelik bila terdengar suara tu. Lelaki maybe",balas Naura. Dr. Erin mengangguk perlahan. Sekilas dia memandang anak mata Naura dan tersenyum nipis.
"Akak tak rasa satu suara je",tebak Dr.Erin dengan senyuman manis. Naura garu kepala sambil tersengeh.
"Adik buat macam biasa je. Faham kan maksud akak?",tanya Dr Erin. Naura menghela nafas perlahan dan mengangguk. Dia membuka bajunya sebelah dan tersenggeh lagi. Dr. Erin menggeleng kepala apabila melihat ada luka di bahu sebelah kanan.
"Mana dapat? Adik tak tahu. Tahu-tahu je pedih dan darah mengalir pagi tadi dekat sekolah",kata Naura tanpa sempat Dr. Erin bertanya.
"Khaira. Dia baiki lampu utama 2 hari sebelum kau pindah masuk rumah umi. Mungkin terkena something masa tengah baiki",sampuk Nisya. Dr Erin dan Naura mengangguk kepala faham.
"Pindah?",tanya Dr Erin ringkas. Naura mengangguk.
"Duduk dengan ibu adik. Kan adik cakap tadi hari ni adik masuk sekolah baru",jawab Naura sambil mendesis sakit perih. Dr. Erin mengangguk faham.
"Nanti ambik ubat dengan Nadia ya. Pastikan habis semua ubat tu. Nanti free datang jumpa akak lagi",kata Dr Erin. Naura hanya mengangguk. Dia dan Nisya terus keluar dari bilik Dr Erin dengan seribu persoalan.
"Ubat lagi"
Langkah Naura terhenti. Dia menoleh ke belakang dan memandang ke depan semula. Dia mendecit perlahan dan menyambung langkah semula. Nisya hanya memerhati gerak geri Naura yang semakin pelik itu.
"Harap tak gila budak ni duduk dengan ibu dia",kata Nisya seorang diri dan mengejar langkah Naura yang semakin ke depan. Selepas mengambil semua jenis ubat mereka berdua ke kereta. Sejurus masuk ke dalam kereta keadaan menjadi sepi. Eric dan Falica memandang Nisya tetapi Nisya menggeleng kepala.
"Nak makan dulu or nak balik dulu?",tanya Naura.
"Ikut kau lah. Kitaorang ikut je mana-mana. Makan dulu pun tak pe. Kau nak balik salin baju dulu pun tak pe",kata Falica. Naura terdiam sekejap dan menekan pedal minyak kuat.
"Aku baru perasan. Makin lancar bahasa melayu kau",kata Naura sambil melirik ke arah Falica di belakang. Sementara gadis itu tayang senyum janggal.
"Khaira",jawab Falica sepatah. Itu pun sudah buat Naura faham. Hadap Khaira ibarat menunggu hukuman tali gantung. Falica saja boleh ngeri apatah lagi dia pemilik tubuh.
"Aku balik salin baju dulu lah. Aku tidur rumah korang malam ni",kata Naura. Eric,Nisya dan Falica hanya mengangguk dan masing-masing dengan dunia sendiri terutamanya Naura.
Sesampainya Naura di depan rumah,gadis itu terus naik ke bilik. Dia hanya mengambil buku yang akan digunakan selama 3 hari kedepan dan terus keluar dari bilik. Dia mencari kelibat ibunya di dapur. Terlihat ibunya sedang bersembang dengan ibu saudaranya. Naura menarik nafas panjang.
"Umi,kakak tak balik minggu ni",kata Naura senafas. Dua orang itu memandang Naura lama.
"Nak pergi mana?",tanya ibu Naura tetapi Naura tidak menjawab.
"Kakak pergilah sekolah nanti. Kakak pergi sendiri. And yeah jangan cari kakak. Bye!",kata Naura lagi dan terus berlalu tanpa mempedulikan panggilan ibunya. Dia tidak suka dengan tatapan ibu saudaranya tadi.
'Aku cungkil jugak mata tu. Sia-sia buta',desis hati Naura.
Happy reading! Double for tonight!
YOU ARE READING
NAURA KHAIRA
Teen FictionNAURA KHAIRA Seorang gadis yang membesar dengan lingkungan keluarga yang serba sederhana atau susah. Dia membesar dengan neneknya sehingga menginjak remaja. Hampir 16 tahun dia hidup dengan penuh kesakitan dan memendamnya seorang diri. Dia hanya men...