23

46 3 1
                                    

Naura masuk satu lorong dan berhenti di depan rumah yang megah lagi kaya. Dia keluar lalu melontarkan anak kunci pada pengawal depan rumah itu. Dia masuk dalam rumah megah itu dengan selamba. Tanpa teragak-agak dia membuka pintu.

"WHAT THE –",terjerit kecil dia melihat keadaan rumah yang bersepah. Dengan sisa-sisa makanan bertaburan atas meja. Baju kotor merata-rata.

"DANFIQ!!",jeritnya kuat. Bergema rumah 2 tingkat itu dengan suara memetirnya. Danfiq langsung turun dari tingkat atas ke tingkat bawah dengan tergesa-gesa.

"HAH APA-APA?",tanyanya kalut. Tidak sewenang-wenangnya Naura menendang belakang Danfiq kuat sehingga lelaki itu jatuh tersungkur. Danfiq mengaduh kuat.

"APAHAL BODOH?!",tanya Danfiq kasar. Dia bangun dan berhadapan dengan Naura yang sedang menahan amarah seperti singa.

"Apahal kau tanya aku? Woii gila kau tengok rumah ni. Macam tong sampah. Tak reti nak kemas ke setan?",sergah Naura memetir. Danfiq tersedar dan menepuk dahinya kuat.

"Bodohnya lahai aku ni. Tak pasal-pasal kena marah dengan singa kecil ni",omelnya perlahan. Naura menggeleng kepala dan mengutip pakaian kotor milik Danfiq yang bertaburan dalam bakul kotor. Danfiq juga tidak berfikir panjang langsung menolong Naura mengemas ruang tamu itu.

Naura pergi ke ruang dapur untuk membasuh pakaian Danfiq. Dia mengucap panjang dengan mata terpejam melihat keselerakkan dapur. Dia memasukkan pakaian dalam mesin dan meninggalkan sebelum dia mengemas dapur. Dengan protes dia menghempas kuali dalam sinki. Danfiq mula cuak dari ruang tamu.

"Mampus aku hari ni. Singa kecil mengamuk",gumamnya perlahan dari luar. Dia dengan cepat mengemas bahagian ruang tamu sebelum dapur hancur gara-gara amukan adiknya. Dia terlupa yang dia mengajak Naura ke rumah untuk berbincang beberapa hal. Dia juga terlupa untuk kemas rumah selepas balik dari menghantar master dengan Mike pagi tadi. Hasilnya dia teruk dimarahi oleh singa jadian kecil yang comel itu.

Hampir sejam mereka berdua mengemas rumah pakej dengan Danfiq dibebel oleh Naura. Mereka berdua melepaskan lelah di sofa bawah kipas. Naura menghela nafas panjang dan kepalanya diletakkan di bahu Danfiq. Danfiq hanya mengusap kepala Naura lembut.

"Sorry buat kau mengamuk hari ni",kata Danfiq lembut. Naura hanya mendengus tidak puas hati. Dia menutup mata menghilangkan lelah. 

"Adik laparlah bang",kata Naura tiba-tiba. Danfiq tertawa kecil mendengar suara manja Naura. Naura mengangkat kepala dari bahu lalu memandang danfiq dengan pandangan manja membuatkan lelaki itu cair.

"Abang rasa baru je lepas makan. Lapar balik?",tanya Danfiq. Tejongket kening sebelah sambil merenung wajah adik perempuannya. Naura mencebik sambil memeluk tubuh. Ketawa kecil terlepas di bibir Danfiq.

"Halah-halah dah besar pun nak merajuk lagi",komen Danfiq dengan senyuman nipis.

"Tak nak masak tak pe. Adik boleh masak sendiri",jawab Naura. Dia ingin bangun melangkah pergi tetapi Danfiq memaut lengan Naura sehingga gadis itu jatuh tersembam di bidang dadanya.

"Okay-okay. Abang pergi masak jap ya. Nanti kita makan. Adik nak makan apa?",tanya Danfiq. Lebih baik dia pujuk sekarang daripada dia buntu nanti. Dia hanya mengikut alur panggilan Naura padanya. Naura mendongakkan kepala memandang Danfiq dengan mata berbinar-binar.

"Yum yum. Lama tak makan yang abang masak. Adik nak makan tomyam campur boleh?",tanya Naura dengan manja. Danfiq mengangguk dengan senang hati. Senyuman lebar merekah membuatkan Naura terlihat lagi comel.

"Boleh. Abang pergi masak dulu. Adik pergi naik mandi",arah Danfiq dan dituriti Naura. Sekelip mata gadis kecil itu hilang dari pandangan matanya. Dia tersenyum kecil dengan kepala tergeleng-geleng.

"Khaira... Khaira.. haih adik sape lah",gumamnya perlahan. Dia berlalu ke dapur dan mula memasak untuk mereka berdua.

NAURA tidak ke biliknya tetapi terus masuk dalam bilik kerjanya dan juga Danfiq. Matanya berdecit perlahan melihat timbunan fail atas meja kerjanya. Tidak kalah fail yang berada atas meja Danfiq. Tidak kira dengan kertas-kertas yang berselerak atas lantai.

Dia menarik satu fail yang agak menarik perhatiannya yang berada atas meja Danfiq. Dia membaca dengan teliti isi kandungan yang tersenarai. Tiba-tiba dia menarik senyuman sinis dan mengerikan.

'Nice one',desis hatinya. Dia menarik kerusi dan duduk menghadap kerjanya. Sedar tidak sedar hampir dua jam dia berada dalam bilik kerjanya membuat semakan fail-fail yang bertimbun.

"Patutlah abang cari dalam bilik takde. Dia hadap fail rupanya",teguran Danfiq mengganggu tumpuannya. Dia hanya tayang senyum tidak bersalah pada Danfiq manakala lelaki itu menggeleng kepala. Dia sudah sedia maklum dengan sifat kerja gadis kecil itu.

"Tutup fail pergi mandi pastu turun makan",arah Danfiq. Naura hanya mengangguk dan keluar dari bilik kerja mereka berdua. Lagi-lagi dia menggeleng kepala. Dia mengemas kertas-kertas atas meja kerja Naura sebelum dia keluar juga. Sempat dia menyorokkan beberapa fail peribadi.

Dia turun ke ruang makan dan terkejut melihat Naura sedang makan dengan berselera. Dia menggaru kepala tidak gatal dan duduk berhadapan dengan Naura yang ralit menjamah makanannya.

"Mandi tak lagi?",tanya Danfiq yang juga mula menjamah makanan yang terhidang. Naura hanya menganguk tanpa suara. Dia amat menghayati setiap masakan Danfiq.

"Makan perlahan-lahan. Abang masak banyak untuk adik. Takkan habisnya. Makan perlahan-lahan jangan gelojoh",tegur Danfiq sambil mengelap mulut Naura yang penuh dengan nasi dan sos cili.

"Lama tak makan masakan abang. Sedap!",jawab Naura dengan riang. Danfiq hanya tersenyum. dia membuka kamera dan merakam beberapa video pendek serta beberapa keping gambar tanpa disedari Naura. Dia tertawa kecil dan menghantar beberapa gambar kepada masternya.

"By the way,nanti abang recheck balik beberapa fail. Adik dah check tadi tapi nampak macam ada something tak kena. Nanti recheck sebelum proceed dekat papa",kata Naura. Danfiq mengangguk.

"Fail merah dah tandatangan belum?",tanya Danfiq. Naura menggeleng.

"Belum. Adik sentuh fail projek je dulu. Yang merah tu account syarikat kan? Nanti adik check dan tandatangan. Oh one more thing,tukar konsep yang dekat Itali. Macam tak match sangat dengan persekitaran sana",kata Naura sambil mengemas pinggan mangkuk yang kotor.

"Yang tu nanti abang try berunding dengan pihak sana. Konsep tu mereka yang tentukan. Kita supplier je untuk projek tu",balas Danfiq. Naura diam sejenak.

"Sape handle?",tanya Naura.

"Mike yang handle. Agak bertaburan la sikit untuk projek tu sebab dia busy dengan hospital. Abang pun tolong sikit-sikit. Sebab tu untuk projek itu kita supplier je. Mike kurang masa untuk tumpu pada projek tu",jelas Danfiq. Naura terangguk-angguk faham. Dia tahu kalau Mike yang handle akan ada benda yang tercicir.

"Nanti emailkan semua point untuk projek tu. Its okay adik take over projek tu. Biar Mike focus dekat hospital dulu. Dia ada exam kan bulan ni jadi emailkan semua pada adik. Adik recheck balik dengan handle sekali",arah Naura. Danfiq mengangguk faham.

Happy reading ❤

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now