"KHAIRA!!!"
Naura menoleh ke belakang apabila terasa namanya diseru kuat. Dahinya berkerut melihat rombongan yang baru sahaja sampai di sekolah barunya. Dia berpaling ke sisi dan menyuruh Syanie untuk ke kelas terlebih dahulu. Naura melangkah ke arah rombongan itu dengan tanda tanya.
Dia menarik senyuman sinis apabila ternampak seseorang yang dia kenal. Siapa lagi kalau bukan Rayyan dan Raifan. Dia melagakan penumbuknya dengan Fatin di belakang. Fatin yang menjerit memanggil namanya kuat tadi.
"Kau datang sini buat apa?",tanya Naura dengan nada perlahan. Guru kaunseling dan Daim sedang memberi taklimat di depan dia jeling sekilas. Matanya bertembung dengan mata Daim dan dia membalas pandangan Daim dengan muka datar.
"Lawatan sambil belajar tapi aku tak pasti reason disebalik lawatan dekat sekolah ni",jawab Fatin dengan nada yang sama. Terjongket kening Naura mendengar jawapan Fatin. Dia yakin ni idea daripada pengetua sekolah lamanya.
"Any problem?",tanya Naura singkat. Fatin mengangguk.
"Got to go. I will see you later",kata Naura lalu beredar apabila matanya ternampak guru yang mengajar subjek selepas rehat. Fatin mengangguk sahaja dan memerhati langkah Naura sehingga hilang daripada penglihatannya. Dia mendengarkan taklimat ringkas dengan bersahaja. Otaknya masih lagi memikirkan alasan disebalik lawatan ini.
"Khaira kan tadi?",sergah Daim menyentak Fatin. Dia memandang guru disiplinnya yang berdiri di sebelah. Fatin menghela nafas pendek lalu mengangguk.
"A little bit different",kata Daim. Fatin diam. Bagi dirinya tiada yang berubah tentang Naura. Mungkin di sini Naura menyembunyikan sifat bekunya untuk menggelak daripada menimbulkan sebarang masalah tetapi itu Naura. Dia senyum sendiri. Tidak mungkin Nuara mampu menahan sifatnya yang satu itu. Mustahil!
Mereka bergerak ke dewan yang akan digunakan sepanjang mereka berada di sekolah itu. Mereka disambut dengan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh beberapa pelajar. Dewan itu dipenuhi dengan pelajar yang memakai baju berwarna ungu.
NAURA berjalan dengan rakan sekelasnya termasuklah dengan Syanie dan Ainaa. Dia hanya mendengar perbualan mereka tanpa rasa ingin menyampuk. Matanya tertumpu pada satu dewan yang bertentangan dengan blok di mana dia berada.
"Ada program ke kat dewan tu?",tanya Naura tanpa alihkan pandangannya.
"Ada",jawab Syanie mengiyakan. Dia meninggalkan rakan sekelasnya dan menuju ke dewan tersebut. Dia bersandar pada pintu belakang sambil memerhati.
Naura menoleh ke sisi apabila bahunya terasa berat dan tersenyum nipis pada Ainaa. Hubungan dia dengan Ainaa mula baik dan rapat. Entah kenapa dia berasa tenang jika berdekataan dengan ainaa.
Naura berdecit perlahan apabila melihat beberapa peserta rombongan dari sekolah lamanya sedang berbual rancak di belakang tanpa menghiraukan guru yang sedang bercakap di depan pentas. Dia pakai mask muka yang dia bawa sebelum keluar kelas tadi.
"Kalau nak masuk kelas pergilah dulu",kata Naura pada Ainaa dan yang lain sebelum dia berjalan perlahan-lahan kea rah mereka yang ralit berbual. Dia menundukkan badannya separas bahu mereka dan menepuk salah seorang daripada mereka kuat menyentakkan mereka semua.
"Rancak borak. Cerita apa? Tak nak share ke?",bisik Naura perlahan betul-betul di tepi telinga mereka. Gerangan yang ditegur menoleh dan langsung berdiri tegak dengan riak terkejut. Kerusi yang diduduki jatuh terbalik menyebabkan seisi dewan itu menoleh ke belakang.
Naura tersenyum sinis. Dia menegakkan badannya dengan riak datar dan tajam memandang beberapa peserta yang berbual tadi. Yang lain berkerut dahi melihat Naura yang berani menegur rombongan itu termasuk Syanie dan Ainaa.
YOU ARE READING
NAURA KHAIRA
JugendliteraturNAURA KHAIRA Seorang gadis yang membesar dengan lingkungan keluarga yang serba sederhana atau susah. Dia membesar dengan neneknya sehingga menginjak remaja. Hampir 16 tahun dia hidup dengan penuh kesakitan dan memendamnya seorang diri. Dia hanya men...