38

30 3 0
                                    

Naura memandang kosong ke arah keluarga Fasya yang sedang meluapkan rasa marah di ruang pejabat. Sedikit pun dia tidak menunjukkan riak bersalah dengan apa yang terjadi. Malah senyuman sinis dan mengejek yang terukir di bibirnya.

Fasya selamat dimasukkan ke ward disebabkan kecederaan yang dia buat. Naura tersenyum gembira mendengar berita itu. Siapa suruh kacau dia masa dia menahan sakit. Sia-sia masuk ward.

"Saya tak kira. Saya nak saman jugak budak ni denga napa yang dia buat pada anak saya. Anak kurang ajar. Tiada didikan agama! Gila!",herdik ayah Fasya. Naura bangun dari duduknya dan merenung ayah Fasya tajam.

"Saman huh? Aku takde hal kau nak saman aku tapi kau yakin ke anak kau tak bersalah?",tanya Naura tanpa nada. Pengetua berdehem kecil mendengar kata-kata Naura. Orang tua Fasya terdiam sekejap,

"Jadi mak bapak jangan terlalu manjakan anak nanti pijak kepala. Contohnya kau. Manjakan anak sampai anak sesuka hati mak nenek di membuli budak yang tak cari gaduh dia. Kau dah kenapa? Terlebih kasih sayang ke?",bidas Naura selamba membuatkan ruangan pejabat itu sepi.

"Nak saman lagi? Saman lah. Aku nak tengok sape yang menang. Jangan meraung melutut depan aku minta lepaskan anak kau kalau anak kau yang ke dalam bukan aku",sambung Naura. Terukir senyuman sinis di bibirnya.

"Mak bapak kau tak ajar untuk hormat orang tua ke? Biadap!",kata ibu Fasya. Naura berdecit perlahan dengan pandangan menunduk.

"Lebih baik biadap tapi rendah diri daripada beradab tapi macam sial. Depan mak ayah pijak semut pun tak mati tapi belakang perangai kalah setan. Nak dilayan macam ratu buat sekolah sendiri. Upah cikgu sendiri ajar anak kau yang berlagak diva macam sekolah ni bapak dia punya",kata Naura datar. Dia menjongket kening sebelah seolah-olah mencabar orang tua Fasya membalas kata-katanya.

"Kau takde bukti nak kata anak kami pembuli",kata ayah Fasya pula. Naura membuat gaya seakan berfikir sebelum senyuman psikonya muncul.

"Nak bukti? Boleh. Boleh sangat-sangat! Kejap eh orang tua",kata Naura sebelum dia keluar dari ruangan pejabat. Pengetua,ibu ayah Fasya melihat dengan kerutan di dahi. Seketika Naura muncul semula dengan deretan pelajar rendah yang pernah dibuli oleh Fasya.

"Nah bukti yang kau nak",kata Naura selamba sambil melabuhkan punggungnya di sofa. Naura mengedip mata sebelah membiarkan pelajar rendah itu mengatakan yang sebenar. Ibu ayah Fasya diam tidak terkata selepas mendengar satu persatu perangai anak mereka ketika berada di sekolah.

"Tak percaya lagi? Kejap",Khaira bangun dan ke komputer pejabat. Tangannya lincah menaip papan kekunci sebelum dia mengukir senyuman senget.

"Nah bukti kalau tak percaya dengan kata-kata mereka. Sekolah ni bukannya miskin sangat. Setiap pepenjuru ada cctv. Cuma anak kau je yang tak sedar ada cctv memerhati kelakuan dia",kata Khaira sambil berpeluk tubuh pandang orang tua Fasya dengan tatapan mengejek.

"Dah korang boleh masuk kelas. Thank you for your time",kata Naura dengan senyuman manis. Pelajar-pelajar itu mengangguk dan keluar dari ruangan pejabat. Naura memandang ibu bapa Fasya yang diam terkaku.

"Ada niat nak saman lagi ke? Kalau ada teruskan. Aku tunggu surat saman kau. Tapi kalau ada pembicaraan aku yang menang. Jangan datang melutut depan aku pula minta aku lepaskan anak korang. Takkan sesekali aku buat lagipun anak kau dah melampui batas yang sepatutnya. Okay? Aku tunggu surat madah daripada abang polis tercinta. Eh salah bukan abang polis tapi ermm peguam mungkin.Tapi sebelum buat apa-apa fikir dulu ya",kata Naura panjang lebar lalu keluar dari pejabat.

"Eitss! Kau kata aku apa tadi? Gila? Yes memang aku gila. Aku gilakan darah anak kau. Darah anak kau manis. Fikir-fikirkanlah ya. Gerak lu",sambung Khaira dengan senyuman manis buatkan mereka meremang.

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now