20

34 2 1
                                    

Naura duduk di kerusi batu depan rumahnya. Dia termenung sendirian ditemani dengan bayangan sewaktu dia kecil. Keluhan kasar terlepas dari mulutnya.

"Naura..",panggil neneknya dari dalam rumah.

"Ya ma!",jeritnya dari bawah. Dia langsung bangun dan masuk ke dalam rumah. Dia memandang keluarganya dengan pandangan tertanya-tanya.

"Apa?",tanyanya ringkas. Dia duduk di muka pintu seorang sebelum dia berdecit menyampah. Mana tak menyampah kalau dah semua balik ke rumah lama itu termasuk ayahnya. sungguh dia malas berjumpa dengan mereka walaupun ahli keluarga sendiri. Dia muak! Muak dengan segala benda. Lagi muak apabila dirinya seakan-akan menjadi punca di setiap perkara yang berlaku. Sekan-akan dia pembala sial dalam keluarga. 

"Assalamualaikum",mereka memberi salam. Naura yang ingin berlalu duduk semula apabila neneknya menggeleng kepala.

"Wah kereta sape tu? Kau tukar kereta ke bang long?",tanya ayah saudaranya yang baru sampai. Masing-masing terdiam mendengar soalan itu.

"Aku balik dengan bas la bongok",jawab ayah Naura. Masing-masing mula mengambil tempat. Naura tetap berada di pintu utama tanpa menghiraukan perbualan keluarganya.

"Muka kau dah kenapa long? Lebam sana sini. Kau ada gaduh dengan sape-sape ke?",tanya ayah Naura tetapi dianggap angin lalu sahaja oleh Naura.

"Semua dah ada kan. Jadi ma minta semua balik ni ada sebab. Banyak lah sebab tapi ma nak selesaikan yang penting dulu",nenek Naura mula bersuara. Naura hanya mendengar tanpa menyampuk tetapi mata dan tangannya tertumpu pada telefonnya.

"Ada apa ma? Apa yang penting tu sampai along pun ma suruh balik?",tanya ayah Naura. Sementara Naura berdecit dan tersenyum sinis.

'Kau tak balik pun takpe pa. buat semak pemandangan aku je',desis hati Naura. Naura melihat muka ayahnya sekilas. Itu pun dengan jelingan mata.

"Ma buat keputusan ma nak tinggal dekat sini dengan angah. Ma taknak tinggalkan rumah ni selagi ma hidup. Jadi sape-sape nak balik boleh balik sini kalau nak balik. Kalau taknak balik jenguk pun tak apa. Ma tak kisah. Ma tahu masing-masing ada keluarga,tanggungjawab masing-masing dan kerja yang padat. Ma tak kisah",kata nenek Naura panjang lebar.

"Yang kedua,pasal Naura",neneknya berhenti bersuara. Naura tersentak apabila namanya disebut oleh neneknya. Dia memusingkan badannya menghadap neneknya yang merenung dirinya dengan pandangan redup.

"Naura,ma nak dia tinggal dengan umi dia. Keputusan ma muktamad dan tiada siapa boleh ubah atau membantah",sambung neneknya.

DEG!

'Oh bala apa lagi yang menyapa?',tanya dia di dalam hati. Naura menggenggam tangan erat menahan debaran di dada.

"Kenapa pulak macam tu ma? Dia tanggungjawab along. Dia anak along. Along yang berhak jaga dia. Mana boleh macam ni ma. Naura tinggal dengan along la ma",bantah ayah Naura keras.

"Ma tak izinkan dia tinggal dengan kamu. Selama ni pun kamu lupa tanggungjawab kamu terhadap dia. Kamu hanya fikir Isya saje Naura tidak ada sama sekali dalam fikiran kamu along. Ma tak kira,Naura kena pindah ikut ibu dia. Ma dah urus surat pindah dia jadi bulan ni dia last bersekolah di sini",kata nenek Naura lagi.

"Naura ada bantahan?",tanya keluarganya. Naura hanya berdiam diri. Dia langsung tidak bersuara sehingga habis perbincangan mereka sekeluarga. Tumpuannya langsung hilang apabila isu dia dibangkit.

Deringan telefonnya menyentakkan mereka semua. Naura mengeluh perlahan sebelum menjawab panggilan itu.

"WOII ANAK HANAT! MANA KAU SIAL?! AKU NAK DUIT!"

Naura menjauhkan telefonnya dengan mimik muka bengang. Dia memandang keluarganya yang turut memandang dirinya dengan pandangan terkejut kecuali neneknya. Mendengar jerkahan itu dia sudah dapat mengagak siapa gerangan di panggilan.

"WOII SIAL KAU TAKDE ADAB KE BABI?!",Naura menjerkah semula membuatkan keluarganya tercengang dengan Bahasa yang dia gunakan tadi.

"AKU NAK DUIT!",ulang orang itu.

"MUKA AKU NI BANK BERGERAK KE SIAL?! NAK DUIT PERGILAH MINTAK DENGAN BAPAK KAU YANG MENYUSAHKAN HIDUP AKU TU! NAK DUIT PERGI KERJA BUKAN MENGEMIS DENGAN BUDAK SEKOLAH MACAM AKU! ANAK BAPAK SAME JE MENYUSAHKAN HIDUP AKU!!",kata Naura dengan nada tinggi.

"WAH KAU PANDAI MENJAWAB YA SEKARANG. TUNGGU KAU. BALIK NANTI NAHAS KAU AKU KERJAKAN. AKU NAK DUIT!!",kata orang disebelah sana. Naura mengeluh lalu menamatkan panggilan itu sepihak.

"Kasarnya bahasa. Siapa ajar kamu guna perkataan kesat macam tu?",tanya ayah Naura dengan nada marah. Naura hanya tersenyum sinis. Dia bangun mengambil barangnya di atas almari serta kunci keretanya.

"Bak kata pepatah mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Tidak begitu bukan?",jawab Naura dengan sindirin halus. Ayah Naura tergamam.

"Nak kemana tu?",tanya nenek Naura. Naura tidak menjawab kecuali menhidupkan kereta dan berlalu pergi. Keluarganya yang sampai lepas maghrib tadi tercenggang termasuk dengan Azim.

"Naura pergi mana ma?",tanya ayah Naura dengan perasaan ingin tahu. Nenek Naura hanya tersenyum nipis.

"Kamu tak tahu apa yang Naura alami sepanjang dia tinggal dengan ma. Jadi jangan nak marah dia sesuka hati kalau kamu tidak ada di tempatnya selama 16 tahun dia tinggal dengan ma",kata nenek Naura sambil melihat drama di kaca televisyen.

"Maksud ma apa ni?",tanya mereka serentak. Nenek Naura tidak menjawab kecuali diam.

"Ma,dia kena pukul lagi ke dengan orang tua tu?",tanya isteri Azim. Nenek Naura mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Sebulan yang lepas kali terakhir ma tengok dia kena pukul seminggu sebelum ada orang datang ambil ma dekat hospital. Dan itu kali terakhir ma jumpa dia sampai hari ni. ma tak tahu masa ada dia balik ke rumah sana atau tak. Ma nak berhubung dengan dia pun susah. Tengok muka dia sudah lah. Penuh dengan lebam dan luka lagi tu",kata nenek Naura. Isteri Azim pula hanya mengangguk faham.

"Kejap! Pukul? Masuk ward? Apa yang jadi sebenarnya ni?",sampuk ayah Naura dengan riak bingung. 

"Kau tu terlalu pentingkan dunia kau daripada apa yang berlaku dekat sini. Dari budak tu kecil lagi kau dah abaikan tanggungjawab kau sebagai bapak. Dari dulu kau tak pernah ambik peduli pasal Naura. Kau tinggalkan dia sebulan-bulan. Bertahun-tahun sampai budak tu sendiri dah lupa sapa bapak dia. Dan kau muncul-muncul dengan perempuan lain. Lepas Isya lahir kau lagilah lupa yang kau masih lagi ada anak perempuan yang perlu kau jaga",bidas yang digelar achik. Lagi-lagi ayah Naura terbungkam.

"Kereta tu memang dia punya. Sebelum ni dia pernah cakap dengan ma yang dia nak beli kereta. Matlamat dia dah tercapai yang dia nak ada kereta sendiri. Cuma ma tak sangka yang dia mampu beli kereta tu sepecat ini",sambung nenek Naura membuatkan masing-masing terkedu.

"Dari kecil dia sudah pandai berdikari,sudah pandai beza mana yang baik mana yang buruk. Sudah tahu berusaha untuk membeli benda yang dia dengan usaha dia sendiri. Dari kecil dia tinggal berseorangan sebelum ma datang ambil dia. Jadi tiada masalah untuk diri Naura",kata nenek Naura sebelum bangun masuk ke dalam bilik tidur. 

"Kau jadi bapak jangan pentingkan anak sorang aja. Kau ada 3 orang anak bukannya sorang anak. Naura tu pun anak kau bukan anak patung. Ada otak tapi letak kat lutut, Memang patut pun Naura tu acuh tak acuh je dengan kau. Kau jangan fikir dia tak boleh balas apa yang kau buat dekat dia. Dia tu budak lagi tapi otak dia lebih cerdik daripada yang dah tua",sambung achik lagi membuatkan ruang keluarga sepi. 


Hye! I'm back. Hihihi. sorry sebab lama tak update but here we go. idea terlalu loading dan bahasa juga terlalu baku. so enjoy it.. jangan lupa vote dan komen dengan penilaian korang. happy reading! oh abaikan typo 😅

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now