41

26 3 0
                                    

 Naura leka dengan dunia di dalam biliknya. Dari atas katil hingga lantai bukunya berselerak begitu juga dengan gumpalan-gumpalan kertas report disiplin yang salah.

TOK! TOK!

Naura mengangkat kepala dari fail report dispilin dan memandang muka Nisya yang lemgkap berpakaian baju kerja. Dia mengangkat kening sebelah apabila baju yang tersarung di badan Nisya seakan-akan kenal. Nisya yang melihat riak Naura menggaru kepala perlahan.

"Khaira yang uruskan",kata Nisya tiba-tiba. Naura menghela nafas apabila nama identitinya yang terpancul daripada mulut Nisya. Naura mengambil tudung dan dililitnya. Dia mencapai beberapa fail dan keluar dari biliknya diikuti dengan Nisya dari belakang.

"Tiga-tiga ke kerja?",tanya Naura sambil menuruni anak tangga. Nisya berdehem perlahan. Dia tiada kekuatan untuk mengeluarkan suara takut Naura marah kepadanya. Sampai di ruang tamu,masing-masing menunduk. Naura menggeleng kepala perlahan melihat ketakutan mereka.

"Aku bagi korang kerja",kata Nuara lembut. Ketiga-tiganya mengangkat kepala dengan riak yang tidak percaya. Naura mengangguk dan melemparkan kunci keretanya pada Eric. Eric cekap menyambut lemparan itu dan mengikuti langkah Naura.

Naura meloloskan dirinya dalam kereta lain. Masih ingat Hanz pernah bertanya kemana hendak dibawa balik kereta mewah yang lain semasa pindah? Itu salah satu kereta yang Hanz bawa pulang. Dia meletakkan fail-fail yang dibawanya tadi di tempat penumpang sebelahnya. Dia juga ingin ke café tersebut memandangkan dia sendiri sudah lama tidak mengunjung cafénya itu.

Naura mengawal stereng keretanya dengan sebelah tangan sahaja manakala sebelah lagi digunakan untuk menongkat kepalanya. Otaknya berserabut dengan mesej-mesej keluarganya. Sebelah ibunya tidak puas hati dengan dirinya. Sebelah pihak lagi merungut kerana dirinya tidak balik jenguk neneknya di kampung. Setahu dirinya baru seminggu dia bersekolah tetapi mengapa saudaranya memberitahu hampir sebulan dia tidak pulang ke kampung menjenguk neneknya.

Di tambah lagi dengan masalah rombongan lawatan itu. dia terfikir ke mana hilangnya Haidar? Dia langsung tidak melihat bayang Haidar dalam rombongan lawatan itu. Masalah yang berkaitan dengan Fasya lagi dia perlu fikirkannya. Serabutnya!

Dia meletakkan keretanya di tempat khas untuk dirinya. Dia termenung sendiri di dalam kereta sambil memantau gerak-geri anak-anak buahnya bekerja. Lamunannya hilang apabila Hariz datang mengetuk cermin keretanya. Lantas dia matikan enjin dan keluar daripada kereta.

"Lama benor kau termenung dalam kereta ya bos",tegur Hariz. Naura menggeleng kepala perlahan. dia menunjukkan fail-fail di dalam kereta pada Hariz.

"Tolong bawak masuk office aku jap",arah Naura. hariz membuat gaya hormat pada Naura sementara Naura melangkah masuk ke dalam cafenya dan terus ke bilik kerjanya. Flora Café. Itulah hasil pencapaiannya daripada titik peluhnya tanpa bantuan siapa-siapa sama ada keluarganya mahupun idenititnya.

TOK! TOK!

Muncul Hariz dengan beberapa fail. Hariz meletakkan fail-fail tersebut di atas meja kerja Naura. naura mengangguk kepalanya sedikit sambil bersandar pada kerusinya. Hariz menarik kerusi di depan Naura dan mengakat kening sebelah pada Naura.

"Any problem?",tanya Hariz. Naura diam sambil memandang muka Hariz lama sebelum dia menggeleng kepalanya. Hariz membuat muka tidak percaya yang sememangnya dia tidak percaya.

"Okay then if you don't want tell me. Eric,Falica dan Nisya tu aku nak letak dekat bahagian mana ni?",tanya Hariz selepas penat menunggu cerita Naura. Naura diam seketika.

"Khaira cakap apa haritu?",tanya Naura semula.

"Start daripada bawah tapi aku tak tahu nak letak bahagian walaupun start daripada bawah",jawab Hariz sambil memberikan borang kerja yang tiga orang itu mengisi beberapa minggu lepas. Naura menyambut huluran Hariz dan meniliknya.

"Eric kau ajar dia bahagian dapur. Tak kisah lah pembantu tukang masak ke apa ke. Falica kau ajar dia bahagian kaunter and for Nisya kau ajar dia bahagian waiter. Kau terangkan la apa yang perlu. Anything terus direct pada aku",kata Naura selepas menilik borang kerja tiga orang itu. hariz mengangguk faham.

"Nanti bawak masuk fail account yang perlu aku semak. Mana yang perlu aku tengok check tu bawak masuk semua and mocha mint satu",arah Naura selamba. Hariz hanya menggulingkan matanya malas. Bosnya satu ini tidak kiralah Khaira ke Naura ke dua-dua sama je. HANTU KOPI!

"Yes madam. Aku keluar dulu",kata Hariz lalu keluar dari bilik kerja Naura. naura tersenyum nipis. Dia bangun dari kerusinya dan berdiri di tingkap yang menghadap taman mininya. Dia bersilang tangan dan otaknya langsung menerewang ke dunia lain.

"Aku suka cara kau bidas Dian tadi. Tu baru berani bukan lemah!"

Lamunan Naura lenyap. Dia menoleh ke sisi dan memandang dirinya dari reflect cermin yang tergantung di dinding. Dia dapat melihat Q yang sedang berpeluk tubuh dengan senyuman nipis. Entah senyuman itu samada mengejek atau bangga.

"Good job"

Tersinggung senyuman di muka Nuara apabila membaca gerak mulut Q. masing-masing merenung antara satu sama lain sebelum Q tersenyum sinis. Naura mengerut dahi melihat senyuman sinis Q dan Q langsung hilang. Naura menggaru kepala binggung.

"Tapi jangan melebihi batas pulak"

"Kau masih lagi tahap lemah! Kau terlalu ikutkan kepala baran kau sampai kau tak tahu kesan dia apa untuk kesihatan kau. Atau yang tepatnya pada mental kau"

"LEMAH!"

Suara Q bergema dalam fikirannya. Dia tahu maksud di sebalik ayat itu. Q tidak ingin dia bertindak melulu berdasarkan fikiran dan perasaannya. Nanti benda lain yang terjadi. Dia Kembali ke meja kerjanya dan mula memulakan kerjanya. Tapi dia tidak kata dia boleh menerima kata-kata yang dilontarkan tadi. 

Dia mengurut pelipis perlahan. Dia membetulkan cermin mata supaya lebih selesa. Riak wajahnya tegang sahaja apabila meneliti setiap helaian report disipilin. Semuanya nama Dian yang tercatat dari atas hingga bawah hampir 3 helai.

Dia bersandar di kerusi lalu mengeluh. Dia sudah agak disiplin akan merosot sebaik sahaja dia keluar daripada sekolah itu. Siapa yang mencatatkan rekod paling banyak dalam seminggu? Siapa lagi kalau bukan si Dian yang diva itu. Dia mengeluh panjang. Dia hanya menekan butang ENTER di komputernya dengan keadaan yang sama. Tidak sampai 30 saat,telefonnya mula menjerit tidak henti.

"Kau yang start so hadaplah. Kau yang cabar",gumam Naura perlahan. 

Happy reading!

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now