7

43 4 0
                                    

Naura tidak ke tempat kerjanya tetapi ke rumah perumahan yang agak jauh dari kawasan bandar malah jauh dari rumahnya. Dia menekan pin pintu pagar salah satu unit rumah daripada perumahan kecil itu. Selepas pintu pagar itu terbuka dia menolak motornya ke dalam lalu dia memasuki rumah teres dua tingkat yang sederhana itu. Beberapa lelaki berpakaian serba hitam berdiri tegak mengawal rumah itu yang pasti orang suruhan Naura.

Naura menolak salah satu pintu bilik yang berhadapan dengan tangga dengan selamba. Dia menggeleng kepala berulang kali melihat Nisya yang masih diulit mimpi walaupun sudah hampir memasuki waktu petang.

"Tak bangun lagi budak bertuah ni. Pergi merayau manalah semalam",desis hatinya lalu menutup semula pintu bilik itu. Dia sengaja menghempas pintu dengan kuat. Itu bukan tanda dia prostes tetapi ingin Nisya bangun. Kemudian dia masuk ke dalam bilik bersebelahan dengan bilik Nisya. Dia mendesis sakit perlahan kerana sakit merebahkan dirinya dengan kuat. Otoknya mula merawang ke dunia lain sehingga dia tidak sedar akan kehadiran Falica.

Petikan jari Falica menyedarkan dia ke alam yang nyata. Dia tersenyum nipis pada gadis kacukan Rusia itu. Falica yang bersandar pada almari baju Naura mula mendekati Naura apabila dia melihat gadis itu susah untuk menegakkan badan. Dia membantu Naura bersandar pada kepala katil. Melihat dahi gadis itu ada pembalut luka dia tahu yang rakan serumahnya itu dari klinik hujung pekan sana.

"What's going on?",tanya Falica sambil memerhati setiap luka Naura.

"As usual ",jawab Naura ringkas. Falica menggeleng kepala perlahan selepas mendengar balasan ringkas Naura.

"How much longer do you want to face all this? You don't feel sorry for yourself?",tanya Falica sedikit keras. Naura tersenyum lagi. Dia turun dari katil dengan perlahan dan mengambil tualanya yang tersangkut pada penyidai.

"As long as I can afford it",katanya lalu melarikan diri ke bilik air. Falica mengeluh perlahan. Sejujurnya dia amat kesian pada rakan serumahnya itu kerana terpaksa menanggung semua beban dan kederitaan itu.

"You're still able to smile like nothing happened. Don't worry Naura. We will stay with you until last breath",gumamnya perlahan. Dia pun keluar dari bilik Naura untuk memberi ruang kepada gadis itu membersihkan diri. Dia tahu yang Naura akan keluar balik untuk bekerja. Dia mengurut dada perlahan kerana terkejut dengan kehadiran abangnya dari belakangnya.

"What's wrong with you,brother?",tanya Falica geram. Eric hanya tersenyum tidak bersalah pada adiknya. Dia mengikuti Falica ke dapur.

"She's coming here?",tanyanya perlahan. Falica hanya mengangguk sebagai respon. Dia mengeluarkan barang untuk memasak untuk seisi keluarga serta orang suruhan Naura yang sedang berkawal di luar rumah mereka. Eric juga turut membantu adiknya memasak atau lebih kepada pengacau.

"Where's Nisya?",tanya Falica sambal memotong bawang. Eric memuncungkan bibirnya ke arah bilik air di dapur.

"Never change",keluh Falica perlahan manakala Eric hanya mendiamkan diri kerana dia tahu maksud ayat itu.

"Setan mana ambil hoodie aku?!!",jerit Naura kuat menyebabkan Falica terhiris tangannya. Eric pantas membawa jari itu ke singki dan membiarkan air mengalir di tempat yang luka itu. Mata Falica sudah berair kerana adiknya itu tidak betah dengan darah. Felica hanya mendiamkan diri dan membiarkan abangnya membalut luka itu.

Walaupun mereka sudah terbiasa dengan jeritan tiba-tiba Naura ditambah lagi dengan suara mengalahkan speaker tetapi itu boleh mendatangkan bahaya kepada Falica dan Nisya. Ini kerana dua gadis itu tidak boleh terkejut walaupun hanya memetik jari.

"It's must her hoodie missing",kata Falica. Eric hanya mengangguk. Sejujurnya mereka tidak faham bahasa yang sering digunakan Naura tetapi mereka tahu jika gadis itu tiba-tiba berubah menjadi singa,mereka semua faham sebab kenapa Naura menjerit bagai nak keluar anak tekak. Naura keluar dengan muka serius menandakan dia menahan amarah yang bila-bila masa sahaja akan meletus.

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now