Qalid termenung sendiri di beranda biliknya. Hari ni cukup seminggu dia kehilangan jejak Naura. Merata dia mencari dan pelbagai cara dia lakukan tetapi hasilnya tetap tidak berjaya. Gadis itu hilang bagai ditelan bumi. Seminggu juga dapur cafénya diuruskan oleh Haikal.Dalam masa seminggu juga ramai pelanggannya bertanya tentang Naura. Nampak sahaja gadis itu dingin tetapi ramai yang mengenalinya.
'Mana kau Khaira?',hatinya bertanya. Raifan juga memberi jawapan yang sama apabila dia bertanya tentang Naura. Dia menoleh ke sisi apabila pinggangnya dicuit. Dia melemparkan senyuman pada abangnya,Syafiq.
"Tak jumpa dia lagi ke?",tanya Syafiq. Qalid hanya menggeleng kepala. Mereka berdua mengeluh kerana mereka buntu mencari cara menjejak keberadaan Naura. Qalid berbalik badan menghadap pintu beranda begitu juga dengan Syafiq.
"Kau tak rasa something bad happen dekat dia ke?",tanya Syafiq tiba-tiba. Matanya tertatap pada skrin laptop Qalid yang terpapar maklumat Naura dan keluarganya. Dia memandang adiknya dengan wajah yang agak sukar untuk ditafsir.
'Biar betul adik aku ni. Satu-persatu dia cari maklumat Khaira',desis hatinya. Qalid yang mendengar soalan abangnya mula terfikir tetapi dia memandang Syafiq dengan riak seolah-olah tidak faham maksud soalan itu. Walaupun hakikatnya dia faham point soalan itu.
"Lepas pada kau terserempak dengan dia dekat resort haritu,dia terus hilang dari pantauan kau. Kau jejak dia pun tak dapat. Amier. Aku dah tak nampak dia dekat café lepas pada malam tu",terang Syafiq. Qalid terdiam.
"Amier cuti tapi tak tahu berapa hari. Ada hal yang tak dapat dielakkan katanya tapi aku tak tahulah",kata Qalid. Syafiq mengambil helaian kertas yang berselerak atas meja kecil. Dia meneliti satu-persatu tulisan pada kertas itu.
"Mana kau dapat ni?",tanya Syafiq. Terbit sedikit kekaguman selepas melihat pencapaian Naura di sekolah. Walaupun bekerja tetapi hasil akademik tetap maju.
"Aku minta dengan Raifan",balas Qalid bersahaja. Dia sendiri terkejut melihat pencapaian gadis bernama Naura Khaira ini. Kalau hendak dibandingkan dia dengan Dian,Naura jauh lebih baik.
Syafiq mengambil pula helaian lain dan ini membuatkan dia terkejut. Dia memandang Qalid dengan kening diangkat. Qalid tersenyum nipis. Dia mengambil helaian kertas itu dari tangan abangnya.
"Dia selalu kena dera?",tanya Syafiq. Qalid hanya mendiamkan diri.
"Apa yang aku dapat daripada kaki-kaki aku,boleh dikatakan setiap masa dia kena dera dengan datuk tiri dia",kata Qalid tanpa nada. Seketika dia tergamam mendengar ayatnya sendiri. Dia pantas mengeluarkan telefonnya lalu menghubungi Raizan.
Beberapa minit bercakap,akhirnya dia dapat jejak keberadaan Naura. Dia pantas mengemas barangnya dan keluar rumah dengan tergesa-gesa. Syafiq yang melihat kelakuan terburu-buru adiknya langsung mengikuti dari belakang.
"Kau nak pergi mana?",jerit Syafiq apabila melihat adiknya sudah menghidupkan enjin kereta. Qalid mengeluarkan kepalanya melalui tingkap.
"Aku dah jumpa Khaira!",jerit Qalid balik. Syafiq berbuntang. Dia turut meloloskan diri dalam kereta adiknya. Dengan sekali tekan minyak,kereta itu membelah jalan raya yang agak sibuk.
"Woii pelan la sikit. Yang kau gelabah tak tentu pasal ni kenapa?!",jerkah Syafiq separa kuat menyedarkan Qalid. Dia mula memperlahankan keretanya dan cuba untuk bertenang.
"Kau kenapa?",tanya Syafiq. Qalid memberhentikan kereta di bahu jalan. Dia mengusutkan rambutnya. Syafiq yang melihat itu mula faham keadaan hati adiknya yang tertekan selepas mengetahui keberadaan Naura.
"Khaira kat hospital",kata Qalid dengan nada yang lemah. Kali ini giliran Syafiq pula yang terkejut. Dia memandang adiknya dengan pandangan tidak percaya. Qalid hanya mengangguk kepala dan menyandarkan badan di kerusi.
"Aku baru teringat yang datuk dia selalu pukul dia. Aku fikir tak mustahil dia masuk hospital kerana didera. Tambah lagi dengan keadaan dia minggu lepas memang sudah lemah",sambung Qalid.
"Kau tahu daripada sape yang Khaira dekat hospital?",tanya Syafiq. Qalid menoleh ke sisi dengan pandangan kosong sebelum berubah menjadi pandangan tajam. Syafiq mengangkat kening sebelah seolah-olah bertanya 'apa?' kepada adiknya.
"Hospital kau ada tukaran doctor ke?",tanya Qalid. Syafiq mendiamkan diri dan cuba mengingati. Seketika dia mengangguk. Qalid mengetuk kepala abangnya kuat dan Syafiq mendesis dengan kuat.
"Mike dari New York kan?",tanya Qalid. Syafiq diam seketika kerana dia sendiri tidak tahu gerangan itu. Dia hanya diberitahu yang hospital bawah kawalannya ada pertukaran doktor buat sementara waktu tetapi tidak dengan butiran lengkap doktor itu.
"Entah. Aku tak tahu nama dia. Aku hanya tahu yang ada doktor pertukaran je. Itupun abah yang bagitahu aku",jawab Sayfiq. Qalid mengetuk kepalanya kuat dengan fail kerjanya yang agak tebal. Sayfiq menganduh kesakitan dek kerana tindakan adiknya.
"Tu budak Khaira lah bodoh!",kata Qalid geram. Syafiq mengerut dahi tidak faham.
"Doktor tu yang handle Khaira seminggu ni. Dia masuk wad petang pada hari dia ada program dekat resort aku. Dia dengan nenek dia masuk ward lepas kena pukul teruk dengan datuk tiri dia. Kau takkan tak tahu kut yang Khaira berada di hospital kau. AISHH!!",jelas Qalid tanda nada. Tangannya ingin menampar abangnya tetapi di tahan.
"Mana lah aku tahu doktor tu yang handle Khaira. Aku mana pergi hospital seminggu dia. Aku kan tengah siapkan research aku untuk last semester. Masa aku padat di klinik Raizan. Tapi kejap. Seminggu ni ada sorang daripada doktor pertukaran itu jadual dia padat di bahagian ICU. Jangan-jangan yang dalam ICU tu Khaira",simpul Syafiq. Itu membuatkan Qalid semakin cemas.
"Tapi kau kata budak Khaira. Kau tak rasa something weird ke?",tanya Syafiq lagi. Qalid mengetap gigi ketat menahan amarah pada abangnya.
"Kau jangan fikir benda ni boleh tak?",tanya Qalid dan menggerakkan keretanya semula. Tujuannya ialah hospital di mana tempat Naura dirawat dan abangnya bekerja. Buat pertama kali dia merasakan abangnya cukup bodoh kerana tidak mengetahui keadaan di hospital.
"Kau nak pergi mana ni?",tanya Syafiq. Qalid hanya membatukan diri. Dia tidak menjawab soalan abangnya kerana takut amarahnya meletup. Tidak memakan masa yang lama untuk sampai di hospital itu. Dia meletakkan kereta di parkin abangnya lalu keluar dari kereta. Kaunter pertanyaan ditujunya.
"Tumpang tanya doctor Mike ada?",tanya Qalid datar. Jururawat yang bertugas melihat Qalid sekilas dan ternampak Syafiq di belakang.
"Adik saya",ringkas Syafiq berkata. Jururawat itu mengangguk faham.
"Doktor Mike ada di ward 4 ICU",kata jururawat itu dan dibalas senyuman nipis oleh dua lelaki itu. Tanpa kata mereka berdua berlalu menuju ke arah lif.
"Muka macam nak telan orang. Nak tanya sekali pun senyumlah sikit. Ni tak senyum pun tak berapa ikhlas. Jangan cakap senyum terima kasih pun tak. Adik abang same je dua-dua beku",gumam jururawat itu dengan nada tidak puas hati dan menyambung membuat kerja yang terhenti tadi.
Happy reading and enjoy the story. Abaikan typo. Tq support💕
YOU ARE READING
NAURA KHAIRA
Teen FictionNAURA KHAIRA Seorang gadis yang membesar dengan lingkungan keluarga yang serba sederhana atau susah. Dia membesar dengan neneknya sehingga menginjak remaja. Hampir 16 tahun dia hidup dengan penuh kesakitan dan memendamnya seorang diri. Dia hanya men...