28

32 3 0
                                    

KHAIRA membawa kereta milik Danfiq dengan santai dan ditemani oleh Danfiq disebelahnya. Lelaki itu langsung muncul di depannya jika perkara buruk berlaku pada dirinya. Kereta yang dibawa oleh Khaira meluncur ke rumah sewa mereka. Tidak sampai setengah jam mereka sampai. Khaira menarik brek tangan dan keluar daripada kereta, begitu juga dengan Danfiq.

"Esok nak teman aku pergi settle pasal sekolah tak?",tanya Khaira seraya menolak pintu utama. Danfiq hanya mengangguk. Mereka berdua melabuhkan duduk di sofa depan tv yang berbuka.

"Kau dah balik Naura?",tanya Nisya dari arah dapur. Khaira hanya diam membuatkan Nisya keluar ke ruang tamu.

"Eh kau. Bila balik?",tanya Nisya pada Farel yang ralit bermain telefon di sofa single. Farel hanya menunjukkan tangannya. Nisya hanya mengangguk.

"Sya aku nak air",kata Khaira datar. Nisya mengangkat kening tinggi sambil memerhati Naura yang sedang menonton drama di tv.

"Air apa?",tanya Nisya.

"Soda",kata Khaira ringkas. Nisya menghela nafas panjang. Dia menghilangkan diri ke ruang dapur.

"Patutlah dingin. Khaira rupanya",katanya perlahan. Nisya Kembali keluar sambil membawa segelas air karbonat yang sejuk untuk Khaira dan juga Farel.

"Thank's",ucap Khaira dan Farel serentak. Nisya hanya mengangguk dan duduk disebelah Khaira. Ditilik pemakaian Khaira yang baginya cukup santai dan baru dia perasan yang Khaira tidak memakai tudung. Hanya cap hitam saje atas kepalanya dan rambut diikat ekor kuda.

"Kau nampak ke kejadian tadi?",tanya Khaira datar. Nisya diam seketika dan mengangguk. Tiada guna dia menipu kerana Khaira akan mengetahuinya juga nanti. 

"Nampak. Aku nak follow tapi Eric suruh balik. So kami terus balik",jawab Nisya. Khaira mengangguk kepala faham. 

"Kau okay?",tanya Nisya ragu-ragu, Khaira mengangguk tanpa memandang Nisya. Farel pandang Nisya dan menggeleng. Nisya menghela nafas panjang. Faham maksud gelengan Farel. 

"Mana Eric dengan Felica?",tanya Farel.

"Tu dah balik. Dorang keluar tadi beli barang tadi",kata Nisya seraya bangun untuk mengambil barang yang mereka berdua beli. Seketika mereka semua berkumpul di ruang tamu sambil makan makanan ringan yang Eric beli.

"Korang nak ikut pindah jugak ke?",tanya Khaira memecahkan hening di ruang tamu. Masing-masing menoleh ke arahnya dan mengangkat kening.

"Kalau nak ikut pindah sekali dengan aku,aku nak cari rumah sewa untuk korang. Kalau korang nak duduk sini pun tak de masalah. Tapi aku jarang balik jenguk korang la. Aku takde kenderaan kat sana",jelas Khaira senada.

"Kesian dekat kau pulak nak kena cari rumah untuk kami",kata Farel. Khaira tersenyum nipis. Farel baginya tiada masalah kerana lelaki itu bukan duduk bersama mereka. Farel akan Kembali ke New York sebaik sahaja urusan perpindahan dia selesai.

"Aku tak tanya kau. Aku tanya tiga budak ni ha. Nak ikut pindah sekali ke tak?",tanya Khaira sekali lagi. Mereka bertiga hanya diam.

"Fikir la dulu. Esok aku nak jawapan. Esok sape yang nak ikut aku pergi sekolah bangun awal. Lambat aku tinggal",kata Khaira lalu bangun ke tingkat atas. Nisya,Eric dan Falica berpandangan sendiri.

"Aku rasa better korang ikut Naura pindah sekali. At least kalau dia ada masalah korang ada untuk backup dia. Dia ada tempat untuk dituju",sampuk Farel.

"Aku pun fikir benda yang sama. Dia selamat kita pun selamat",kata Eric. Nisya dan Falica masih berdiam diri.

"Yes aku setuju dengan kau bang",kata Farel sebelum dia bangun keluar rumah untuk mengangkat panggilan. seketika Khaira turun ke ruang tamu semula dengan pakaian yang lebih santai.

"Kami ikut",kata Nisya ringkas. Khaira memandang mereka bertiga dan mengangguk. Tangannya mula mencari rumah sewa di internet yang berhampiran dengan rumahnya. Atau sebenarnya dia mengirim pesan kepada orang kepercayaannya untuk kemaskan rumah yang akan dihuni nanti. 

"Study?",tanya Khaira pula.

"Already done",kata Eric dan Nisya serentak. Khaira mengangguk lagi. Sememangnya dia sudah maklum dengan pembelajaran Eric dan Nisya yang sudah tamat tiga minggu yang lepas. Hanya tinggal dirinya sahaja yang masih bersekolah. Falica pula sudah degree dua bulan yang lalu.

"Nak kerja?",tanya Khaira dengan senyuman penuh makna. Mereka bertiga memandang Khaira dengan pandangan tidak percaya. Sebelum ni bukan main susah lagi untuk mereka bekerja dan sekarang Khaira mengizinkannya.

"Kalau korang nak kerja aku boleh letak korang dekat satu café ni. Aku pun selalu pergi kalau ada masa",kata Khaira lagi.

"NAK!!",mereka bertiga menjerit keriangan. Khaira tertawa kecil lalu mengangguk. Sekurangnya mereka bertiga ada kerja untuk mengisi masa yang terluang.

"Dah fikir masak-masak ke nak lepas dorang kerja dekat café?",sampuk Farel. Khaira mendongak memandang Farel sambil mengangguk.

"Aku tak risau sangat kalau dia kerja area situ. Aku boleh pantau dorang dari jauh dan aku pun selalu pergi sana. Hariz ada situ",kata Khaira. Farel hanya mengangguk sebelum dia menghempas fail di tangannya atas meja.

"Tandatangan and recheck balik. Aku kena pergi site. Pape call",kata Farel lalu mencapai kunci atas almari kecil dan keluar.

"Eh by the way esok kau pergi dengan dorang je la. Aku tak ikut ada benda nak kena urus sebelum fly. Jumpa dekat sana nanti",pesan Farel sebelum dia betul-betul hilang dari pandangan mereka di dalam rumah. 

"Fly? Fly mana?",tanya Eric pelik. 

"New York",jawab Khaira sepatah. Tangannya mula mencapai fail yang dilempar tadi. 

"Nak tandatangan pun kena recheck dulu. Mamat ni",bebel Khaira sendiri. Eric,Nisya dan Falica hanya memandang.

"Aku nak tanya sikit boleh?",tanya Eric tiba-tiba. Khaira hanya mengangguk membenarkan.

"Kau kerja dengan sape?",tanya Eric. Khaira tertawa kecil.

"Aku kerja sendiri. Apa kau nampak selama ni itu titik peluh aku sendiri. Kerja dekat café tu sekadar sampingan dan untuk kaburkan mata family aku je. Kerja asal ni semua. But aku masih perlukan bimbingan orang yang lebih arif dalam bab-bab syarikat ni semua. Sape orang tu biarlah rahsia",jawab Khaira.

"Lagipun aku minat ke arah bidang ni. Berbeza dengan Naura. Dia lebih minat ke arah kulinari dengan bidang kedoktoran macam tu. Aku tak minat apa yang dia minat tu. So dia buat kerja dia aku buat kerja aku",sambung Khaira.

"Farel?",tanya Nisya. Khaira senyum nipis. Dia sudah agak itu soalan yang akan ditanya. 

"Farel dengan Mike orang kepercayaan Naura untuk urus kerja-kerja dia dan aku. But untuk kerja aku Farel je because he is my personal assistent. Aku ada beberapa compony dekat UK,New York dan New Zealand. Jadi Farel lah yang handle syarikat tu sementara aku handle yang selebihnya",jawab Khaira santai. 

"Kenapa aku tak hire kau untuk kurangkan beban aku? Sorry but the answer for that question with Naura not me. So ask her later",kata Khaira.  Dia pandang Felica lekat.

"Do you understand what I'm saying?",tanya Khaira. Felica mengangguk kemudian menggeleng.

"A little bit",jawab Felica dengan kepala tertunduk. Dia sedikit takut dengan pandangan Khaira. Walaupun sudah lama mengenali sosok itu namun dia masih lagi takut. Khaira jauh berbeza dengan Naura. Dua personaliti yang berbeza.

"After dinner go to my room",arah Khaira. Felica mengangguk faham.

"Dah pergi kemas barang korang. Esok bawak terus dan Eric esok kau bawak kereta audi bawah garaj. Falica teman kau esok. Nisya naik dengan aku",kata Khaira dan mereka bertiga hanya mengangguk faham. Mereka berlalu ke atas meninggalkan Khaira yang sedang menyemak fail-fail di ruang tamu.

"You stay here Nisya Farhana",seru Khaira tiba-tiba membuatkan mereka bertiga berpandangan sesama sendiri. Jarang Khaira menyeru nama penuh mereka tetapi jika diseru pasti ada sesuatu yang penting.

"Apa?",tanya Nisya perlahan. Khaira tutup fail di tangannya kasar dan merenung Nisya tajam.

"Kau ingat family kau?",pertanyaan Khaira membuatkan Nisya bungkam. 

Happy reading and again double update❤ Thank you

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now