10

43 4 0
                                    

Naura tersedar dari lena apabila telefonnya menjerit kuat. Dia mencari telefon di sekitarnya lalu mematikan deringan itu. Dia menarik semula selimut hingga ke atas kepala. Dia hampir terlelap tetapi telefonnya kembali berbunyi dan itu membuatkan dia merengus tidak puas hati. Dengan mata masih lagi tertutup dia mengangkat panggilan itu.

"Ya?",dengan suara baru bangun dia bertanya.

"Ya Allah Khaira! Kamu tak bangun tidur lagi budak? Kamu lupa ke yang kamu ada program hari ini? Tengok jam Naura!",tegas Daim di sebelah sana. Naura yang mendengar suara guru disiplin sekolahnya bingkas bangun mengejut dan mengaduh sakit. Dia melihat jam di skrin telefonnya tepat pukul 8.30. Hilang terus ngantuknya apabila sedar yang dirinya lewat. Pantas dia melarikan diri ke bilik air tanpa memutuskan panggilan itu. Sempat dia bergelut dengan selimut kerana berbelit di kaki.

Tidak sampai 10 minit,dia keluar dari bilik air dan menyarung pakaian sekolah. Untung sahaja Falica selalu menyediakan pakaian untuknyan terutama apabila dia datang ke rumah itu pada hari persekolahan. Dia keluar dari bilik dengan tergesa-gesa setelah rapi.

"Morning!",sapa Falica dan Nisya. Eric dan Farel pasti masih diulit mimpi. Jarang untuk dia melihat Eric bangun awal pagi walaupun dia mempunyai kelas. Sapaan mereka berdua diendahkan oleh Naura. Dia menyambar salah satu gugusan kunci yang tergantung di belakang pintu utama. Dia berdecit perlahan kerana tersalah ambil kunci kereta.

"Program kat mana eh hari ni?",gumam dia sendiri sambil memakai kasut kalut. Farel merampas kunci kereta yang berada di tangan Naura dan menonong ke arah kereta terparkin. Naura mengeluh perlahan melihat kedinginan Farel.

Dia meloloskan diri kedalam kereta tanpa kata. Farel memecut keluar dari perkarangan rumah. Keadaan dalam kereta sepi hanya suara radio yang mengisi kesepian antara mereka. Naura mengerling pada Farel yang tekun membawa kereta. Lagi-lagi dia mengeluh. Dia membuang pandangan ke keluar jendela.

PEEP!

Nuara mengeluarkan telefonnya dari poket baju sekolahnya dan membaca pesanan daripaa guru disiplinnya.

-Terus ke resort Cahaya. Cikgu tunggu kat sana. Pukul 9 program start. Jangan lambat-

Naura menggaru kening. Dia mencuit lengan Farel tetapi lelaki itu tidak meresponkannya. Naura mengetap gigi perlahan. Salah satu sebab kenapa dia tak nak bergaduh atau berselesih faham dengan Farel.

"Farel....",panggil Naura meleret. Farel memandang Naura sekilas dan kembali memberi perhatian pada jalan raya.

"Farel... Janganlah macam ni. Ni sebab kenapa aku malas gaduh dengan kau pasal benda ni",kata Naura lemah. Farel mengeluh perlahan. Dia mengusap kepala Naura manja.

"Hantar kau kemana ni?,tanya Farel tanpa nada. Naura hanya menunjukkan pesanan tadi. Farel pantas membelok ke laluan yang menuju ke tempat tersebut.

"Aku pun malas nak gaduh dengan kau hanya sebab tu. Tapi bila tengok keadaan kau macam ni buatkan aku rasa nak bunuh orang tua tu. Kau tak kesian ke dekat diri kau. Penyakit kau pun makin serius Mike bagitahu aku semalam sebelum aku gerak balik sini",sambung Farel. Naura membisu.

"Aku sayang kau Naura. Kakak dan abang juga sayang kau apatah lagi Nisya. Ya aku tahu kau kerja demi nenek kau,demi hidup kau dan hidup kami. Tapi apa salahnya kalau kau benarkan Falica,Eric dan Nisya kerja at least dorang tak bebankan kau sangat",sambung Farel selepas Naura diam membisu.

"Aku tak izinkan dorang kerja ada sebab. Dan perkara itu biarlah aku je yang tahu. Dorang tak bebankan aku pun. Aku lagi suka dorang dengan keadaan sekarang. Korang ada dengan aku sekarang pun dah cukup baik untuk diri aku. Aku tak nak benda lain tapi aku nak korang ada dengan aku tidak kira keadaan aku macam mana sekali pun",kata Naura. Farel mengangguk faham.

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now