Naura dengan selamba menekan pedal minyak kuat membelahi jalan raya yang agak lenggang itu. Maklumlah bukan waktu orang pulang kerja dan itu membuatkan Naura semakin laju membawa keretanya. Dia berhenti di depan semua rumah banglo dua tingkat. Dia menghonkan kereta berulang-kali membuatkan pemilik rumah itu keluar dengan tergesa-gesa. Naura tersenyum nakal melihat gerangan itu kelam kabut meloloskan diri dalam kereta.
"Kau ni kan Naura!",dia menjerit geram sambil memukul bahu Naura perlahan. Naura tertawa mengekek sambil melarikan bahunya daripada kena pukul oleh rakan sekerjanya.
"Stop it. Sakit lah banggang. Aku halau kau turun baru tau. Kau pergi kerja jalan kaki",kata Naura dengan ugutan. Airina yang mendengar itu terus berhenti memukul Naura. Walaupun perlahan dia tahu keadaan tubuh Naura yang sentiasa ada bekas luka. Naura menggerakkan kereta lalu menuju ke tempat mereka berdua bekerja.
"Minggu ni kau kan tukang masak?,tanya Naura memecahkan kesepian dalam kereta. Airina yang ralit membetulkan pakaiannya memandang rakannya pelik. Dia diam seketika lalu menggeleng.
"Aku minggu lepas. Minggu ini kau dengan Amier. Minggu ni aku dekat bahagian western kalau Fatin off malam ni",jawab Airina. Naura yang mendengar itu membuat reaksi pelik.
"Amier? Siapa?",tanya Naura. Dia ingin meletakkan kereta di tempat biasa dia parkin tetapi dilarang oleh Airina.
"Parkin dekat atas. Owner bagi kau tempat baru nak parkin sebab parkin biasa Amier guna. Amier budak baru lepas degree dalam bidang masakan. Aku pun tak tak tahu sangat pasal dia. Nanti kau kenal lah dia tu macam mana tetapi aku jamin kau akan rasa nak hempuk dia dengan kuali", kata Airina sambil berjalan beriringan dengan ke pintu masuk.
"By the way,kau aktif nombor mana? Boss bising tau sebab tak boleh contact kau. Kau kerja sini sebulan 2 kali je posisi dalam cafe pulak kepala tukang masak. Orang datang rasa makanan lain terus complain",rungut Airina. Naura menggaru kepala tidak gatal. Memang dia jarang aktif nombor yang dimaksudkan oleh Airina. Bukan jarang aktif tetapi memang tak aktif langsung kerana nombor itu telah dipatahkan oleh datuk tirinya.
"Aku bukan taknak aktif tapi nombor dah arwah",jawab Naura senada dan itu membuatkan Airina faham. Naura membuka lockernya dan seketika dia memejam mata menahan amarah. Airina yang disebelah locker Naura meneguk liur kesat. Dia lupa nak membersihkan locker Naura semalam.
"Setan mana guna locker aku?",tanya Naura dingin. Airina takut-takut menunjukkan dirinya walaupun sebenarnya bukan dia. Naura menarik nafas sedalam-dalamnya untuk tidak marah pada Airina.
"Aku tak marah kalau kau guna tapi tolong jangan tinggalkan sampah dalam locker. Aku pesan banyak kali dah jangan tinggalkan sampah walaupun plastik roti",kata Naura datar. Airina hanya mengangguk sambil tayang tidak bersalah tetapi tidak hatinya yang sedang membara pada seseorang yang menggunakan locker Naura tanpa pengetahuannya.
Airina menghulurkan baju miliknya pada Naura. Dia kenal Naura bagaimana terutama kebersihan. Naura mengambil baju itu tanpa kata dan mengabaikan Airina yang sudah membuka bekalan yang disediakan oleh Falica. Setelah lengkap berpakaian dia terus ke ruangan dapur dan disapa yang lain. Amier yang sedar tentang kehadiran Naura terus melontar sebatang lobak merah kepada gadis itu dan Naura cekap menyambutnya.
"Wah kau!",tegur Naura datar dan diendahkan oleh Amier. Dia terus membuat kerjanya.
"Marble apple pie 3 and mix berries juices 6",kata Amier tiba-tiba membuatkan Naura terkejut. Dia menoleh ke kiri dan mukanya hampir terkena muka Amier yang betul-betul dekat dengannya. Masing-masing tergamam. Naura mengambil kertas pesanan di tangan Amier untuk menghilangkan rasa janggal. Amier pula hanya membuat muka selamba.
"Meja?",tanya Naura sambil menyediakan bahan-bahan.
"37",jawab Amier sepatah. Itu membuatkan Naura ingin mengetuk Amier dengan pengisar buah.
YOU ARE READING
NAURA KHAIRA
Teen FictionNAURA KHAIRA Seorang gadis yang membesar dengan lingkungan keluarga yang serba sederhana atau susah. Dia membesar dengan neneknya sehingga menginjak remaja. Hampir 16 tahun dia hidup dengan penuh kesakitan dan memendamnya seorang diri. Dia hanya men...