24

35 2 1
                                    

Naura memerhati gerak geri Amier yang lincah menyediakan pesanan café. Dia terdetik ingin singgah di tempat kerjanya selepas dia selesai dengan Danfiq. Tersinggung senyuman sinis di bibirnya entah kenapa dia agak tertarik dengan Amier. Tepukan kasar di bahu membuatkan dia menoleh ke belakang dan mengangkat kening seperti bertanya kenapa.

"Kau bila sampai? Aku tak perasan pulak kau masuk kerja hari ni",kata Airina. Naura mengambil dulang di tangan Airina lalu menghantar pada meja pelanggan. Airina hanya memandang gerak geri Naura. Dia tidak tegur kerana dia tahu perangai Naura. 

"Aku tak thumbprint pun sebab tu dalam system takde nama aku",kata Naura lalu menyarung apron pada badan. Airina hanya mengangguk faham.

"Ni pun secara spontan je aku terdetik nak datang sini. Sebulan bukan aku hilang. Melawat kawasan orang kata",kata Naura lagi membuatkan Airina berdecit menyampah. Naura ketawa mengekek melihat riaksi muka Airina. 

"Tapi elok jugak kau datang. Boleh tolong Amier kat masakan panas. Tak menang tangan budak tu dia sorang. Yang lain busy buat tempahan. Aku pulak dekat bahagian western. Sebulan ni kelam kabut sikit kau takde. Pelanggan pun ramai complain sebab masakan tak sama",jelas Airina.

"Apa yang tak samanya? Selama ni okay je. Shift aku pun bukan selalu ada dekat sini. Amier kan yang ambik alih tempat aku kalau jadual aku takde....",belum sempat Naura habiskan ayat nama Airina diseru panjang.

"AIRINA!! LAMB CHOP 6 SET!",jerit Kak Tisyaa.

"YA KEJAP!!"Airina juga menggunakan nada yang sama.

"Bye!",kata Airina lalu berlari anak ke bahagian western. Tergeleng-geleng kepala Naura melihat kekalutan Airina. Dia hanya melihat kelam kabut di bahagian depan. Dia terpandang Kak Tisya dan Farid yang kalut menghantar serta mengambil order pelanggan.

'Kalut sangat ni sampai pekerja café sana pun datang sini',desis hati Naura. Dia dengan selamba menolak pintu dapur dengan kasar. Itu membuatkan pekerja yang berada di bahagian itu terkejut termasuk dengan Amier.

"Kau ni Naura. Nasib tak melayang pisau ni",bebel Haikal. Naura menayangkan senggeh tidak bersalah. Dia mengangkat kening apabila matanya bertembung dengan Amier. Tetapi lelaki itu malah mengalihkan pandangannya.

Dia dengan selamba mencabut kertas pesanan yang tertampal pada dinding dan tangannya mula mengambil bahan untuk memasak. Amier tidak mempersoalkan kerana café sekarang kelam kabut dengan pelanggan tidak putus-putus.

TING! TING!

Naura menekan loceng menandakan pesanan telah siap. Farid yang datang mengambil dulang terkejut melihat aku. Naura hanya mengedip mata sebelah dengan senyuman nipis. Naura boleh nampak riak mukanya yang lega dan menghulurkan kertas pesanan yang baru pada Naura lalu pergi.

Naura menggaru kening perlahan melihat pesanan di tangan. Naura menghampiri Amier yang sedang menyiapkan nasi goreng dan menegurnya.

"Ada menu baru ke ?",tanyanya dengan kerutan di dahi. Amier mengambil kertas di tangan lalu berdecit perlahan.

"Kau take over pesanan no 72. Aku akan buat untuk pesanan ni. Bukan menu baru tapi menu ni memang dia sorang je yang selalu pesan. Tak pe aku buat yang ni. kita tukar",kata Amier. Naura hanya mengangguk. Tidak memerlukan masa yang lama,4 set nasi goreng siap untuk dihantar.

TING! TING!

Naura menekan lagi loceng dan orang yang sama datang mengambilnya. Hampir 4 jam Naura berperang dekat dapur bersama yang lain akhirnya café pun tutup. Masing-masing melepas lelah di lantai terutama sekali Haikal dan Farid.

Naura masuk ke ruangan dapur dan keluar balik dengan 3 jug yang berisi jus buahan dan beberapa gelas dalam dulang besar. Naura menghulurkan gelas yang suda terisi dengan jus kepada Airina dan Haikal.

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now