30

35 3 0
                                    

Khaira masuk ke café yang pernah Naura bekerja sebelum ini. Dia menyapa Airina dan Farid yang sedang mengemas meja di bahagian depan.

"Wau rajinnya dia",kata Khaira dengan sengehan di bibir. Airina mendongak dan menjerit keriangan apabila melihat wajah Khaira. Walaupun Airina tidak tahu yang depan dia sekarang adalah Khaira bukannya Naura.

"Lama kau tak datang. Apa cerita?",tanya Farid sambil mengelap meja. Jelas di mukanya ceria dengan kedatangan Khaira.

"Banyaklah kau lama tak datang. Sape yang datang malam yang korang macam lipas kudung tak cukup nyawa tu? Hantu?",bidas Khaira sambil bersandar pada tiang kayu. Farid senyum sumbing. 

"Berapa hari dapat cuti?",tanya Khaira lagi. 

"Semalam je cuti. Hari ni baru bukak balik",jawab Haikal yang mula bergabung. Lelaki itu hulur segelas air kegemaran Khaira. 

"Thank's",ucap Khaira lalu sedut sehingga separuh gelas. Terlopong mereka yang ada. Khaira buat muka tidak bersalah. 

"What?",tanya Khaira sepatah. Masing-masing menggeleng kepala sahaja. 

"Kau tak masuk ke malam ni?",tanya Haikal. Giliran Khaira pula geleng kepala. 

"Aku datang ni pun sebab nak resign",kata Khaira selamba.

"HAHH?!!"

"RESIGN?!!"

BRUKK

"Auuu!",desis Khaira perlahan. Dia jatuh terduduk di lantai sambil mengetap gigi kuat. Terkejut dengan suara petir mereka. Seakan diperhatikan,dia menoleh ke belakang dan serta merta dia berdiri tegak apabila matanya bertembung dengan Fiqri dan juga Qalid yang baru keluar dari bilik manager. Khaira hanya membuat muka selamba.

"Ulang balik",kata Qalid. Khaira senyum tanpa makna.

"Yes resign. Memandangkan owner sendiri ada,so tak perlu aku nak panjangkan cerita. Aku resign mulai hari ni. aku terpaksa pindah tinggal dengan ibu aku",kata Khaira. Dia memberikan dua keping sampul surat yang berisi surat berhentinya. Qalid teragak-agak untuk mengambilnya.

"Pindah mana?",tanya Qalid. Khaira hanya senyum. Dia memanggil Airina untuk mengikutinya ke ruangan loker.

"Kau datang kerja dengan apa?",tanya Khaira apabila sampai di ruangan loker. Dia ingin mengambil semua barang Naura dalam loker tersebut.

"Datang sendiri la. Dah kau hilang tanpa khabar. Nak tak nak aku kena minta adik aku yang susah gila tu hantar aku",kata Airina sambil mengomel kecil tentang adik lelakinya itu.

"Kau ada lesen kan?",tanya Khaira. Airina hanya mengangguk.

"Then bawaklah kereta datang tempat kerja. Gunalah parkin lot aku tu. Nanti aku bagitahu Qalid untuk bagi parkin lot untuk kau",kata Khaira. Airina tersenyum lebar. Khaira ingin melangkah keluar tetapi dihalang oleh Airina.

"Kau bukan Naura",kata Airina sambil menilik penampilan Khaira dari atas sampai bawah. Khaira tertawa kecil. Dia menundukkan tubuhnya separas Airina dan menggosok kepala Airina lembut.

"Give me a reason why you say like that",kata Khaira bersahaja sambil bersandar pada loker. Airina merenung wajah rakannya lama. Dia senyum nipis.

"Mata kau. Pakaian kau. Cara kau bercakap",jawab Airina ringkas. Khaira tertawa kecil dengan kepala terangguk-angguk.

"Pandai",kata Khaira.Dia mencuit hidung Airina dengan senyuman manis. Airina hanya tersenyum. Walaupun tidak berapa selesa dengan sorotan mata Khaira tetapi dia tersentuh dengan cara Khaira menggosok kepalanya.

"Jaga diri. Apa-apa call je aku. Kalau aku boleh tolong,aku tolong. Kalau ada yang buli kau bagitahu aku",kata Khaira sambil keluar dari ruangan loker. Airina hanya mengikuti langkah Khaira dari belakang.

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now