6

48 4 0
                                    

PROGRAM motivasi itu mula berakhir dengan penyampaian sagu hati untuk tetamu yang dijemput. Begitu juga dengan sesi bersekolah pada hari itu juga turut berakhir mengikut subjek masing-masing. Naura ralit menyusun kerusi dengan susah payah memandangkan keadaannya tidak berada baik. Dia terkejut dengan kehadiran Rayyan dan Haidar yang tiba-tiba muncul di depannya. 

Haidar menyentuh bahu Naura dengan tidak sengaja menyebabkan kerusi yang dipegangnya terlepas dan menghasilkan bunyi bising dalam dewan. Naura terduduk di lantai sambil menahan perit. Tubuhnya menggigil hebat. Haidar terkejut begitu juga dengan yang lain. Fatin yang masih lagi berada dalam dewan meluru ke Naura. 

"Kau okay tak?",tanya Fatin kalut sambil menolong Naura berdiri perlahan-lahan. Naura hanya mengangguk tetapi Fatin dapat merassakan getaran di tubuh Naura. Dia memandang Haidar yang jelas kepucatan dengan tatapan kosong. Haidar merenung tatapan itu dan dia menemukan kesakitan dalam anak mata Naura membuatkan dia tertanya-tanya. 

"Sorry sentuh bahu kau",kata Haidar perlahan. Naura mengangguk sahaja. Dia menunjukkan kerusi yang bertaburan kerana terlepas daripada pegangan dia tadi pada Haidar dan Rayyan. 

"Tolong",kata Naura sepatah. Rayyan dan Haidar mengangguk. Naura tersenyum nipis dan Fatin memapahnya dengan perlahan menuju ke bangku yang tersedia di luar dewan. Fatin memberikan sebotol air mineral kepada Naura dan disambut oleh Naura. 

Daim menghampiri Fatin dan Naura di bangku. Dia memandang Naura dengan pandangan pelik kerana tidak pernah melihat anak muridnya itu memakai mask. Dia ingin menarik mask itu tetapi dihalang oleh Fatin. Dia memandang Fatin dengan kerutan di dahi manakala Fatin hanya menggeleng. 

"Kamu okay Khaira",tanyanya. Naura mengeluh dalam hati tetapi kepalanya hanya mengangguk merespon soalan guru disiplin. Daim agak ragu-ragu dengan jawapan Naura tetapi dia hanya diam. 

"Kamu balik lah. Biar yang lain uruskan",kata Daim. Dia memberi kebenaran kepada Naura untuk pulang walaupun petang itu kelas Naura ada kelas tambahan. Naura mengangguk lalu meninggalkan kawasan itu dengan menahan perit. Diam dan Fatin hanya memerhati langkah Naura sehingga hilang dari pandangan mata mereka. 

"Khaira kenapa?",tanya Daim pada Fatin. 

"Sakit",hanya itu yang dia mampu jawab. Dia tidak berani untuk mengatakan keadaan Naura yang sebenarnya. Dia takut Naura memarahinya ditambah dengan denda yang teruk jadi lebih baik dia diam sebagai jalan penyelamatnya. 

🎀🎀🎀

NAURA membelok ke simpang kiri dan berhenti di sebuah klinik. Dia menolak pintu klinik itu dan membalas senyuman kakak yang berada di kaunter pendaftaran. Naura memberikan kad kehadirannya pada Nadia. 

"Lama tak datang. Sibuk ke?",tanya Nadia. Naura tersenggeh tidak bersalah. Nadia ketawa kecil lalu memberikan kad itu semula pada Naura. Naura mengucapkan terima kasih dan terus ke bilik rawatan yang biasa dia datang. 

"Assalamualaikum",ucap Naura sambil menolak pintu bilik itu. Dr. Erin yang mendengar suara yang tidak asing baginya terus mengangkat kepala. Dia mengukir senyuman manis dan bangun dari duduknya. Naura meluru ke arah Dr. Erin dan menyalam wanita itu sopan. 

"Waalaikumusslam sayang akak",jawab Dr. Erin dengan lembut. Naura tertawa kecil. Dr. Erin mendepakan tangannya supaya Naura memeluknya tetapi Naura menggeleng. Dr. Erin memandang Naura pelik kerana penampilannya. Naura yang perasan akan pandangan Dr. Erin hanya tersenyum disebalik mask. 

Dia membuka mask apabila faham akan tatapan Dr. Erin manakala wanita itu tergamam melihat kesan luka dan lebam di muka Naura. Dia mendekati Naura dan menyelak lengan baju sekolah Naura. Sekali lagi dia tergamam. Dia membuka butang baju kemeja Naura dan melepaskan baju yang tersarung di tubuh Naura dengan perlahan-lahan. Dia takut terkena pada setiap luka yang ada ditubuh pesakitnya itu. 

"Astaghfirullah. Kenapa teruk sangat ni",kata Dr. Erin terkejut. Naura mencebik bibirnya sambil menahan airmatanya daripada mengalir. Dr. Erin mengetap gigi melihat cebikan Naura kerana dia tahu Naura tidak dapat menampung perit itu. Dia memapah Naura dengan perlahan-lahan dan membaringkan di atas katil. 

"Kejap kakak keluar ambik ubat. Adik duduk diam-diam",kata Dr Erin lalu keluar. Entah kenapa dia merasa sebak dan airmatanya mula turun. Dr. Erin yang masuk semula ke biliknya mendapatkan Naura yang menangis di atas katil. Dia mengusap kepala Naura lembut sambil berselawat kecil. Sesekali dia mencium kepala Naura dengan kasih sayang. Walaupun dia tidak tahu apa yang pesakitnya itu lalui tetapi dia tahu Naura menjadi tempat melepaskan geram. 

Terasa tubuh Naura mula longlai,dia membaringkan tubuh kecil Naura dengan perlahan-lahan agar tidak mengejutkan gadis itu. Dia melihat setiap luka yang ada di tubuh dan muka Naura dengan perasaan amarah. Dia geram dengan orang yang membuat Naura sebegitu. 

"Kak"

Dr.Erin menoleh ke belakang dan mengangkat kening kepada adiknya. Nadia masuk dengan ubat-ubatan yang dipesan oleh Dr. Erin mendekati kakaknya. Dia terlopong melihat keadaan Naura yang penuh luka dan berbirat. 

"Ya Allah"

Dr.Erin hanya tersenyum. Dia tahu Nadia terkejut melihat keadaan Naura memandangkan itu pertama kali Nadia melihat tubuh Naura yang terdedah. Nadia melihat kakaknya dengan pandangan terkejut,terkedu dan seangkatannya. Dr. Erin mengangguk dan tersenyum nipis. 

"Sape buat?",tanya Nadia. Dr. Erin mengangkat bahu tanda tidak tahu. Sememangnya dia tidak tahu siapa pelakunya kerana Naura merahsikan daripadanya.  Naura langsung tidak bersuara setiap kali dia membangkit tentang itu dan langsung mengalih topik perbualan mereka. 

"Bak sini bekas tu. Aku nak cuci luka dia",kata Dr. Erin. Nadia meletakkan bekas yang berisi macam-macam ubat di sisi kakaknya. Dia meneliti setiap luka yang ada sebelum matanya tertatap pada lengan Naura. Dia memegangnya dan mendecit perlahan. Dia keluar dari ruangan kakaknya dan muncul semula dengan bahan yang baru. 

"Adik balut siku dia ni. Seliuh",kata Nadia sambil membalut siku Naura dengan perlahan-lahan kerana takut menyakiti gadis kecil itu. Dr. Erin hanya mengangguk kerana dia tahu kepakaran adiknya. Selepas merawat Naura,dua beradik itu duduk di sofa yang tersedia dalam bilik itu. 

"Patut kau sayang gila dekat dia kak",kata Nadia tiba-tiba. Dr.Erin tertawa sinis. Dia tahu adiknya cemburu dengan kasih sayang yang dia berikan pada Naura. 

"Kalau sebelum ni aku cemburu tapi sekarang tak lagi. Aku sendiri rasa kesian dekat dia",sambung Nadia. Dr. Erin mengusap kepala Nadia lembut dengan senyuman di bibir. 

"Baguslah kalau hati kau mula terima Khaira. Aku bukan tak sayang kau. Aku sayang sebab kau satu-satunya nyawa yang mummy daddy tinggal untuk aku. Kau fahamkan maksud aku budak",kata Dr.Erin lembut dan Nadia memeluk kakaknya erat. Dr. Erin hanya tertawa kecil. 

"Kita jaga Khaira nak tak kak?",Nadia meluahkan idea spontannya. Dr. Erin tersenyum lagi. Sudah lama dia ingin mengambil Naura tinggal bersama tetapi gadis itu menolak dengan alasan tidak ingin menyusahkan orang lain. Dia hormat keputusan Naura tetapi dia selalu pesan supaya datang berjumpanya jika perlukan dia. 

"Aku dah pernah ajak dia tapi dia tolak. Dia taknak susahkan kita",jawab Dr.Erin. Nadia mengangguk sahaja. Dia sendiri sudah sedia maklum dengan sikap Naura yang tidak suka menyusahkan orang dan membebani orang lain dengan masalahnya. 

Terdengar rengekkan kecil membuatkan dua beradik itu mengalihkan pandangan mereka. Dr. Erin dan Nadia mendekati Naura dan membantu gadis itu bangun. Sesekali Naura mendesis sakit. Dia merasakan sakit dibahagian buah pinggangnya tetapi dia hanya diamkan diri. 

"Sakit mana lagi?",tanya Nadia. Naura mengeleng walaupun tubuhnya terasa makin sakit ditambah lagi di bahagian jantungnya yang tiba-tiba rasa mencucuk. Dia menyarungkan semula baju sekolahnya tanpa menghiraukan pandangan Dr. Erin dan Nadia. Dia mendongak melihat jam di dinding,3.30 petang. Dia termenung seketika lalu turun dari katil. 

"Adik balik dulu. Dah lewat",pamit Naura sambil bersalam dengan Dr. Erin dan Nadia. 

"Ambik ubat dekat kaunter biasa ya. Jangan lasak sangat. Lusa datang balik. Akak nak check keadaan adik. By the way,kurangkan makan pedas ya sayang",pesan Dr. Erin. Naura mengangguk faham walaupun pesanan terakhir itu tidak pernah dia ambil peduli. 

"Adik okay so don't worry. Adik kuat kan",kata Naura lalu keluar dari bilik rawatan itu. Dia ke kaunter ubat dan mengambil segala jenis ubat. Sempat dia mengeluh melihat deretan ubat di depannya. Setelah itu dia terus keluar dari klinik. 

Happy reading ✨ to support and abaikan typo 😅

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now