42

54 3 4
                                    

DIAN mengetap gigi kuat apabila namanya diseru dengan pihak atasan organisasi. Dia tahu itu semua kerja Naura. Dia sudah bangunkan singa yang sedang tidur. Bahunya terangkat apabila pintu bilik ditendang  kasar.

Kaku!

Dia meneguk liur kesat sebaik sahaja muka Qalid menyapa retina matanya. Dia bangun dari katil dan mendekati Qalid yang jelas memandangnya tajam. Dia yakin berita itu sudah sampai di telinga ayah saudaranya. Jika tidak ayah saudaranya tidak akan muncul di resort tersebut sedangkan lelaki itu sudah dimaklumkan yang dia terlibat dengan lawatan sambil belajar selama dua minggu.

Dian menghulurkan tangannya untuk bersalam tetapi dia diheret keluar dari bilik itu dengan kasar. Dia mendesis perlahan apabila cengkaman itu terlalu kuat. Dia jatuh tersungkur di lantai di dalam satu bilik. Di situ juga sudah ada Raifan yang menunduk ketakutan. Di balkoni bilik pula ada Raizan,Fiqri dan Syafiq serta Mike.

Dian meringis perlahan apabila tubuhnya dipijak dengan Qalid. Pandangan mata Qalid hanya mendatar dan dingin sedikit sebanyak membuat dia gerun. Dia tahu Qalid sedang menahan rasa dengannya setelah apa yang dia lakukan selama ini.

"Qalid"

Suara dingin Mike menyapa gegendang telinganya dan Qalid. Dian mengalihkan pandangannya ke arah Mike yang bersandar di balkoni. Dahinya berkerut apabila wajah kacukan Mike dengan riak datar. Dia tidak pernah jumpa lelaki itu sebelum ini.

Qalid memalingkan kepala Dian yang memandang Mike ke hadapan dan memandang dirinya. Dia mencengkam pipi Dian kasar membuatkan Dian ingin menangis tetapi diendahkan oleh Qalid.

Mike mendekati Dian dan duduk bertinggung berhadapan dengan gadis itu. Dia memandang Dian dari kepala hingga kaki lalu tersenyum sinis. Apa yang Khaira pernah bagitahu sebelum ini tidak dapat disangkalkan.

"Satu je soalan aku. Apa yang kau buat selama ni?",tanya Mike datar. Dia ingin mendengar jawapan daripada Dian sendiri walaupun dia sudah tahu alasan disebalik apa yang gadis itu lakukan.

Dian diam tidak bersuara. Qalid menarik rambut Dian mengejut sehingga kepala Dian terdongak ke atas. Dia merenung wajah Dian tajam seakan memberi amaran kepada Dian untuk menjawab soalan Mike.

"Tak nak jawab?",tanya Mike lagi. Dian masih lagi dengan diamnya. Tidak sewenang-wenangnya Mike menampar Dian kuat. Raizan,Fiqri dan Syafiq terkedu dengan tindakan Mike. Mereka saling berpandangan dengan pandangan terkejut.

"Aku rasakan takde function pun kau diamkan diri sebab semua kegiatan kau Qalid dah tahu. Dari mana tahu? Of course daripada kecuaian abang kau sendiri and for sure from the webside your school. Apa? Kau ingat kau boleh kelentong bapak saudara kau tu",bidas Mike selamba. Dia memandang Qalid yang berpeluk tubuh dengan pandangan kosong memandang Dian.

"Kau buat apa dekat Naura?",sampuk Fiqri dari belakang. Dia teringat tentang luka Naura sebelum ini walaupun bukan daripada Dian tetapi tetap sahaja dia risau. Dian berdecit perlahan.

"Apahal semua orang nak bela sangat perempuan tak guna tu?!",jerkah Dian kuat. Mike menggosok telinganya perit dek kerana pekikan Dian.

"Suara macam pontianak. Pekak telinga aku kalau dengar sewel ni pekik setiap hari",kata Mike selamba dan senada. Syafiq dan Raizan mengetap bibir kuat supaya ketawa mereka tidak terlepas mendengar ayat Mike.

"Sape yang tak guna sekarang ni? kau ke dia?",tanya Qalid pulak. Dian diam. Dia tidak berani hendak bersuara.

"JAWABLAH!!",tengking Qalid kuat. Terangkat bahu mereka dengan jerkahan Qalid kecuali Mike. Telinganya sudah kebal dengan jerkahan kuat dan tiba-tiba. Nak buat macam mana ketuanya juga telan microfon. Hari-hari mendengar ketuanya sawan.

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now