29

28 3 0
                                    

Khaira tersedar dari tidur apabila telinganya sayup-sayup mendengar suara memanggil dirinya. Dia bangun dan menyandar di kepala katil. Dia menguap sambil membetulkan rambutnya yang serabai.

"WOII KHAIRA KAU KAT MANA? DAH PUKUL 10 NI"

Sayup-sayup dia mendengar suara Nisya mencari dirinya. Dia tertawa kecil. Sudah tentu mereka semua tidak dapat mencarinya kerana dia berada dalam bilik peribadinya disebalik rak kasut di ruang tamu. Dia keluar dari bilik itu dengan terhuyung-hayang.

"Aku kat sini",kata Khaira dari belakang Nisya. Gadis itu pantas menoleh dan terjerit kecil dek kerana terkejut dengan rambut Khaira yang serabai kalah mak nenek.

"Mana kau muncul?",tanya Nisya sambil menggaru kepala tidak gatal. Khaira hanya menunjukkan rak kasut dan naik ke tingkat atas.

"Nak pergi pukul berapa?",tanya Nisya kuat.

"Lagi sejam. Dah boleh bawak masuk semua barang dalam kereta. Kunci kereta audi atas almari dekat tv. Suruh Eric bawak keluar ke atas",balas Khaira dengan menjerit jugak.

"Pekak telinga aku",kata Falica yang muncul dari ruang dapur. Nisya tertawa kecil sebelum dia menoleh memandang Felica. Matanya membulat memandang Felica. Terkejut dengan ayat Felica sebentar tadi.

"What? Oh I'm translate just now",jawab Felica seakan memahami reaksi muka Nisya. Nisya pula mengangguk faham. Dia mengambil kunci yang Khaira katakan tadi dan melemparkan ke arah Eric yang baru turun dengan barangnya. Eric cekap menyambut dan keluar rumah.

"But I curious why Khaira control Naura",kata Falica sambil makan nasi lemak yang entah siapa yang buat. Mereka bangun sudah terhidang nasi lemak di bawah saji.

"Are you forget what's happen yesterday? Naura still in weak condicion maybe that's the reason why Khaira take over Naura. But seriously! I want kill that boy",kata Nisya dengan geram.

"Right! Aku pun rasa benda yang sama. Dia tu muda lagi kut bukannya tua kerepot tak boleh jalan dah sampai nak beli susu anak pun mintak dekat Naura. Aku tak boleh bayang macam mana Naura boleh tahan kena dera selama ni. aku tengok dia kena pijak semalam pun perit apatah lagi dia yang kena pukul dengan getah paip tu kan. Tak terkira rasa perit tu",kata Falica pula. Nisya hanya tersenyum nipis mendengar kata-kata Falica. tidak dinafikan apa yang Falica katakan tadi semuanya betul.

"Eh!",Nisya pandang Felica dengan tatapan tidak percaya.

"Lancar...",kata Nisya perlahan. Felica menggaru kepala segan. Mungkin effect daripada belajar dengan Khaira semalam membuatkan dia lancar bercakap guna bahasa mereka. Nisya masih lagi terlopong.

"Haa mengumpat aku ke?",sergah Khaira daripada belakang. Mereka berdua hanya menggeleng kepala menafikan. Khaira menarik kerusi bersebelahan dengan Nisya dan mengambil sekeping roti bakar.

"Badan kau tak sakit dah ke? Aku rasa kuat jantan tu pijak kau semalam",tanya Nisya. Khaira menggeleng. Tipulah kalau dia cakap tak sakit tapi dia dah biasa dan boleh tahan berbanding dengan Naura yang sememangnya tidak mampu.

"By the way,kau bagi jampi apa dekat Felica sampai dia boleh lancar berbahasa melayu",tanya Nisya tertanya-tanya. Mana tak tertanya-tanya cik kak dia ajar dua beradik tu sebulan lebih kut tapi Felica tidak lancar. Hanya semalaman Khaira mengurung Felica di ruangan kerjanya. Felica sudah lancar.

"Nothing",respon Khaira singkat. Dia memandang Felica sekilas lalu tersenyum sinis. Tidak sia-sia dia ajar Felica semalam walaupun dengan caranya sendiri.

"Kemas semua ni. Cuci pinggan mangkuk sekali. Kita dah tak balik sini. Rumah ni pun dah ada orang nak masuk minggu depan. So mana barang-barang yang korang nak bawak masuk rumah sana bagitahu aku.Kumpul dalam bilik aku. Nanti aku sewa lori sebab barang aku pun banyak lagi kat atas",kata Khaira lalu keluar dari ruang dapur dengan roti dibibir. Dia mengambil kunci keretanya dan keluar untuk panaskan enjin.

"Kau jual ke rumah ni Khai?",tanya Eric. Naura menggeleng.

"Aku buka sewa bilik",jawab Khaira pendek. Tangannya menekan skrin telefon membuat panggilan.

"Kau kat mana Hanz?",Khaira bertanya di hujung panggilan.

"Dekat rumah baru nak keluar pergi rumah kau. Kenapa?",tanya Hanz di sebelah sana.

"Okay. Aku tunggu",kata Khaira lalu memutuskan panggilan. dia memasukkan beg bajunya ke dalam bonet. Dia melihat ke luar pagar dimana Eric sedang mengelap kereta yang berhabuk dek kerana sudah lama tidak guna.

"Dah bawak semua ke barang?",tanya Khaira. Eric hanya mengangguk.

"Lagi 3 kat bawah kau nak bagi sape?",tanya Eric pada Khaira. Khaira hanya tersenyum nipis.

PIN! PIN!

Khaira dan Eric menoleh ke belakang. Serta-merta Khaira tersenyum melihat Hanz dan beberapa orang lain keluar dari kereta mewah itu. Khaira melagakan penumbuk dengan mereka.

"Mana?",tanya Hanz. Khaira berlari masuk ke dalam rumah dan keluar semula dengan kunci kereta di tangan. Hanz dengan yang lain hanya mengikuti langkah Khaira. Eric hanya melihat dengan kerutan di dahi. Deruman enjin yang kuat buat Eric kembali menoleh ke garaj kereta dan dia tergamam apabila pelbagai kereta mewah keluar.

"Gila minah ni. Sejak bila kumpul kereta mewah macam ni",kata Eric sendirian

"Nak aku bawak balik mana?",tanya Hanz. Khaira hanya tersenyum nipis dan itu sudah membuatkan Hanz sudah dapat jawapan. Beberapa buah kereta mewah mula meluncur di atas jalan.

"Dah jom",ajak Khaira dan mereka bertiga mulakan perjalanan mereka ke sekolah. Tidak memerlukan masa yang lama mereka sampai di sekolah. Hanya Khaira yang naik ke pejabat untuk urusakan semua.

Khaira menunggu kedatangan pengetua di pejabat. Semua surat perpindahan sudah dia isi. Hanya tunggu tandatangan pengetua sahaja seketika orang yang ditunggu muncul. Dia mendekati pengetua lalu menyalam sopan. Dia jatuh dalam pelukan guru itu. Khaira hanya mendiamkan diri dan membalas pelukan itu.

"Mana kamu menghilang sebulan lebih ni Khaira? Bonda risau. Hilang tanpa khabar",kata pengetua yang dipanggil dengan panggilan bonda. Khaira tersenggeh dengan riak tidak bersalah.

"Ada masalah sikit. Jangan risau Khaira okay je. Khaira datang ni ada benda nak bincang dengan bonda",kata Khaira lembut. Bonda meneliti riak wajah anak muridnya lama. Matanya tertatap pada kesan luka di pipi dan dahi yang masih lagi kelihatan. Khaira perasan tatapan gurunya segera menutup muka dengan tangan. Bonda berdehem kecil sambil mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Khaira nak bincang apa dengan bonda?",tanya bonda dan duduk disebelah Khaira.

"Khaira kena pindah. Semua surat Khaira dah isi just nak tandatangan bonda je",kata Khaira. Bonda hanya mengangguk lalu menandatangani surat tersebut.

"Ni dah pindah ada masa datanglah sekolah. Jawabnya sakitlah kepala PK HEM nak kawal budak-budak tu nanti. Sebulan Khaira takde ni pun macam-macam isu naik",kata bonda. Khaira tertawa kecil.

"Maaf la bonda. Tu bukan tanggungjawab Khaira dah. Tapi tak pe kalau bonda perlukan Khaira mesej je. Khaira boleh tolong kalau mampu",kata Khaira. Bonda hanya tersenyum. Khaira bersalam dengan bonda lalu keluar daripada pejabat.

"Wait! Remember this wherever you are if we need you. You will meet them again and again",pesan bonda pada Khaira. Khaira kerut kening.

"Why should i?",tanya Khaira bingung. Bonda hanya memberikan senyuman nipis.

"You will get the answer once you meet them again if have any problem. Khaira kepercayaan kami warga sekolah di sini. Kami lantik Khaira dengan jawatan tu bukan tanpa sebab malah beribu sebab. 'Around leaders'! Julukan bagi jawatan Khaira. Remember that",kata bonda lagi. Perlahan-lahan Khaira mengangguk. Ragu? Ya itu yang dia rasakan sekarang. 


Happy reading❤abaikan typo

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now