12

41 5 0
                                    

Seminggu berlalu tetapi Naura masih lagi tidak sedarkan diri manakala neneknya sudah keluar tiga hari yang lalu. Berita tentang Naura di hospital juga diketahui oleh pihak sekolah tetapi bukan ahli keluarga gadis itu. Ini kerana mereka tidak tahu tentang ahli keluarga kecuali neneknya itu. Demi kesihatan orang tua itu mereka terpaksa merahsiakan daripadanya.

Felica,Farel,Eric dan Nisya setia menunggu Naura sedar dari koma. Begitu juga dengan Mike yang sentiasa memantau keadaan Naura sendiri tanpa bantuan perawat lain selain Farel dan Amier.

Dalam tempoh itu juga Qalid,Encik Taufik dan Kak Tisya bagai hilang jejak Naura. Walaupun Amier pekerja Qalid tetapi baginya privacy tetap privacy dan itu harus dia jaga tanpa mengira siapa orang itu. Dia lebih memahami cara mereka bekerja dan peraturan terutama sekali Farel dan Mike yang amat mematuhi arahan dan peraturan ketua.

Amier yang sedang memantau keadaan Naura terpandang jari gadis itu bergerak tapi diabaikan kerana difikirkan perasaannya. Dia menyambung memeriksa keadaan nadi Naura tetapi hasilnya sama. Dia ternampak jari itu bergerak. Dia memerhati dengn lebih dekat dan lama. Dia menekan loceng yang berhubung dengan bilik kerja Mike.

"Naura....",panggilnya. Dia dapat melihat mata gadis itu bergerak dan gadis itu membuka mata secara perlahan. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman bahagia. Dia mengenggam tangan Naura dengan perasaan yang dia sendiri tidak tahu maksudnya.

"Air..",dia bersuara dengan perlahan. Amier memberi segelas air pada Naura dan gadis itu menyedut dengan rakus.

"Nak lagi tak?",tanya Amier lembut. Naura hanya menggeleng. Dia memerhati keadaan sekeliling dan mengangkat tangannya yang masih lagi tercuck dengan jarum. Dia mengeluh perlahan. Amier memeriksa degupan jantung Naura semula dan selamat ia normal.

"Dah sedar?",tegur seseorang dari pintu wad. Naura dan Amier berpaling ke arah suara itu sekilas. Mike menghampiri Amier dan meneliti rekod kesihatan Naura.

"Semua normal dan stabil",kata Amier. Mike hanya mengangguk. Dia memberikan rekod itu pada Amier semula dan dia menghampiri Naura. Dia memegang kepala Naura yang berbalut itu.

"Nanti tukar balutan",kata Mike dan Amier hanya mengangguk. Naura memandang Mike dan Amier silih berganti dengan pandangan pelik. Amier yang perasan itu tertawa kecil.

"Kau nak tanya apa?",tanya Mike bersahaja. Naura memegang kepalanya yang tiba-tiba berasa sakit kerana cuba mengingati wajah Amier.

"Kalau rasa tak boleh ingat jangan paksa. Kau baru sedar dari koma tu",kata Amier. Naura memandang Amier tajam.

"Berapa lama?",kata Naura pada Mike. Mike hanya memberi rekod kesihatan pada tuan punya badan tanpa kata. Naura terbungkam melihat rekod tersebut.

"Bukan aku dah cakap yang aku taknak buat rawatan tu",kata Naura datar. Amier berpandangan dengan Mike sekilas dan memandang Naura semula. Dua-dua mengeluh mendengar kata-kata Naura.

"Kau yang lemah sebab tu Mike terpaksa jalankan rawatan tu. Bukan salah dia. Dia buat semua tu demi kesihatan kau. Jadi jangan nak merungut tak tentu pasal". Naura,Mike dan Amier berpaling ke arah belakang. Terlihat seorang lelaki berpakaian simple dengan cap dikepalanya menyerlah lagi ketampanan itu.

"Danfiq..",sebut Naura. Lelaki itu memandang Naura lalu mengedip mata sebelah dengan senyuman senget. Dia menghampiri Naura dan menggosok kepala Naura lembut. Mike dan Amier berlalu keluar sekali gus memberi ruang pada mereka berdua berbual.

"Bila balik?",tanya Naura. Danfiq duduk bersebelahan dengan Naura dan gadis itu meletakkan kepalanya yang berbalut di dada lelaki itu dengan manja.

"Soalan tak boleh bodoh lagi ke hah? Seminggu sebelum kau koma,seminggu juga aku dengan master ada dekat Malaysia. So how's you feel?",tanya Danfiq. Tangannya lembut bermain dengan rambut panjang Naura yang terlepas itu.

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now