34

26 3 1
                                    

Naura ralit mengulang kaji di perpustakaan mini yang baginya agak mewah walaupun ruang itu kecil. Entah kenapa fikirannya terusik dengan persekitaran sekolah barunya tadi. Baginya sekolah barunya tidaklah seteruk yang disangka tetapi agak susah untukknya yang bersifat introvert itu. Dia juga agak tertarik dengan salah seorang rakan sekelasnya. Gadis yang sering bertembung mata dengannya.

"Cute"

Naura mengeluh perlahan apabila suara asing itu kedengaran lagi. Dia cuba membuat seperti biasa dengan menyambung mengulang kali. Perhatiannya agak terganggu apabila bayangan yang dia selalu berusaha untuk melupakan muncul.

Kepalanya berat. Dadanya sesak. Dia meletakkan kepala di atas meja dengan kerutan di dahi. Tidak pernah dia merasakan perasaan sekuat itu seperti yang dialami sekarang. Hanya seorang sahaja yang dia dapat fikir. Neneknya.

Dia gagahkan dirinya untuk ke bilik air yang tersedia dalam perpustakaan itu. Dia berterima kasih dengan Khaira kerana menyediakan pelbagai kemudahan untukknya. Dia mencuci muka dan merenung dirinya di cermin. Dia mengosok dada perlahan apabila sosok lelaki muncul di pantulan cermin itu.

"Kau",kata Naura dengan nada geram. Lelaki itu tersenyum nipis dan dingin semula. Naura meneliti lelaki itu lekat.

"Kuat jugak kau ni",kata Naura perlahan. Dijeling lelaki itu tajam.

"Kau yang lemah. Aku tak suka kau lemah"

Naura terbungkam membaca gerak geri mulut lelaki itu. Dia merenung dirinya sendiri sebelum memandang lelaki itu semula. Lelaki itu menatapnya tajam dan menghilang.

"Q"

Naura menghela nafas berat. Nampak gayanya dia mempunyai personality yang baru selain Khaira. Sejujurnya aura Q lebih kuat berbanding dengan Khaira. Dia mengeluh perlahan dan keluar dari bilik air. Dia menuju ke beranda perpustakaan dan merenung langit.

'Lemah? Dari dulu lagi aku lemah. Kalau aku kuat kau dengan Khaira takkan muncul',desis hati Naura.

BADANNYA meringkuk di dinding sambil menahan sakit yang dirasainya. Pukulan demi pukulan dia terima sehingga dia tidak berdaya untuk melawan. Kepalanya dihentak kuat di dinding kayu itu. sesekali dia mendesis kesakitan dengan kuat seiring airmata mengalir.

Matanya memandang tubuh seseorang yang terbaring tidak sedarkan diri tidak jauh daripada dirinya yang dipijak kuat. terdengar tulangnya seperti dahan patah selepas ditendang kuat terpelanting ke ruang makan.

"Kau hanya menyusahkan aku",kata orang yang memukulnya. Dia hanya berdiam diri. Kepalanya dipijak dengan kuat. begitu juga dengan jari jemarinya.

"Woii kau dah gila ke?!",jerkah seseorang. Orang itu mendegus tidak puas hati dan menendang tubuh dia kuat sebelum meninggalkan dirinya dengan orang itu terbaring lemah. Darah keluar mengalir di seluruh badannya. Dia memuntahkan sejumlah darah pekat sebelum dia tidak sedarkan diri.

Naura bangun mengejut. Nafasnya tercungap-cungap dengan peluh yang merintik laju. Dia mencapai botol air di meja kecil sebelahnya dan meneguk rakus. Dadanya turun naik. Dia meraup muka yang lecun dengan peluh dingin. Dia menyandarkan badannya di kepala katil sambil menstabilkan nafasnya.

Dadanya berombak kencang apabila teringat semula mimpi ngerinya tadi. Satu persatu kenangan silamnya menerjah fikirannya. Tangannya spontan naik mengusap lengannya yang pernah retak disebabkan itu.

"Bodoh"

"Menyusahkan"

"Sial"

"Tak guna"

Naura menutup telinganya dengan kedua-dua tapak tangannya. Dadanya berombak semakin laju. Dia menggenggam rambutnya kuat dengan harapan sakit itu hilang tetapi semakin kuat dia berbuat sedemikian semakin kuat perit itu dirasainya.

"ARGHHHH!!",jeritnya kuat. Dia menghentak kepalanya di kepala katil dengan kuat. Dia melempar semua yang ada di depan matanya secara rawak seolah-olah dia bergelut dengan orang yang muncul dalam mimpinya. Dia mengamuk dengan agresif sekali.

"ARGHHHH PERGI MATI BODOH!!!",jeritnya lagi. Kalini dia mencampakkan lampu belajarnya ke dinding dengan kuat. Dia mencapai serpihan kaca gelasnya di lantai.

BAM!

"NAURA!",jerit Nisya dan Falica serentak. Mereka berdua menarik tubuh Naura jauh sedikit daripada kaca-kaca. Walaupun Naura memberontak untuk lepaskan dirinya.

"NAURA!! HEY CALM DOWN!",kata Nisya tegas buatkan Naura terciut. Naura cuba cederakan dirinya dengan serpihan kaca di tangan. Namun gagal kerana Nisya merebut kaca itu. Mereka berdua tersedar apabila mendengar jeritan kuat dari bilik Naura dan bergegas ke bilik gadis itu. mereka tergamam dengn apa yang mereka lihat. Lagi terkejut apabila melihat Naura mengenggam serpihan kaca.

"NAURA!! HYE! MENGUCAP SAYANG!",pujuk Nisya lagi. Naura memberontak kuat sehingga pegangan Felica terlepas. Dia mengesot ke sudut bilik sambil menutup telinganya. Kepalanya menggeleng ke kiri dan ke kanan sambil bercakap perlahan.

"Apa salah aku?",tanya Naura perlahan. Dia statik dengan kedudukannya. Nisya mendekati Naura seraya cuba memeluknya tetapi ditepis kasar. Semakin dekat dia dengan Naura semakin jauh naura mengesot ke dinding. Dia menggeleng kepala laju dengan air mata mengalir.

"Jangan dekat. Aku taknak. Sakit",kata Naura separa merayu. Dia menangis tersendu-sendu. Falica diam tidak terkata melihat keadaan Naura sebegitu.

"Naura.... sini sayang. Tak de apa-apa. Sini sayang",pujuk Nisya perlahan-lahan. Dia cuba menarik tubuh Naura yang kaku di dinding. Hanya kedengaran esakan kecil Naura.

"Sayang... pandang aku. Aku Nisya bukan orang jahat. Sini dekat aku. Kita keluar dari sini ya. Jom aku bawak kau keluar",pujuk Nisya lagi. Dia mendekati Naura yang perlahan-lahan sudah sedar dari kawalan fikirannya.

"Taknak....",sahut Naura perlahan. Jelas kedengaran kegetaran suara Naura. Felica mengetap bibir menahan gelora di dada. Dia tidak sanggup melihat keadaan Naura sekacau itu.

"Jom kita keluar",ajak Falica pula. Naura menggeleng kepala.

'Keluar!'

Tubuh Naura kaku. Tangisannya langsung terhenti mendengar suara dingin tadi. Dia mendongak memandang Nisya dan Felica yang sedang merenungnya dengan tatapan hiba. Perlahan-lahan dia mengesot mendekati Nisya. Mereka berempat keluar dari bilik Naura yang bersepah kalah tempat pelupusan sampah itu.

Eric menghulurkan segelas air kepada Naura yang masih lagi ketakutan. Jelas tubuh gadis itu menggigil. Nisya pula memeluk tubuh Naura dari sisi sambil menepuk belakang Naura perlahan. Lama kelamaan mata Naura mula tertutup.

"Aku ingat kau tidur",kata Nisya. Eric hanya diam. Melihat keadaan Naura buatkan dadanya sakit. Lagi sakit bila telinganya dengar rintihan Naura walaupun dalam tidur.

"Ssttt. Jangan takut. Aku ada",kata Nisya lembut sambil membaca zikir pendek kepada Naura.

"Sakit",rintih Naura perlahan. Nisya mengetap bibir kuat menahan rasa di dada. Dia pandang Eric dan Falica yang memandang Naura dengan pandangan kasihan.

"Sleep",kata Nisya separa berbisik. Naura mengangguk perlahan. Setelah itu mereka juga tertidur di ruang tamu bersama dengan Naura. 

Happy reading!

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now