11

38 5 0
                                    

Naura berjalan berseorangan menuju ke kantin sekolah. Selepas selesai program tadi dia terus balik ke sekolah dengan meminjam kereta Rayyan. Dia mencari kelibat neneknya di kawasan kantin sekolah tetapi kelibat neneknya langsung tidak kelihatan. Dia menggaru kepala perlahan sambil matanya melilau mencari bayang neneknya.

"Ma tak datang kerja dua hari ni"

Naura berbalik badan ke belakang mencari suara tersebut dan orang itu ialah rakan neneknya,Kak Nora. Naura mengerut dahi.

"Kenapa pulak?",tanya Naura pelik.

"Tak tahu. Ma takde bagitahu pula. Naura tak balik rumah ke?",tanya Kak Nora. Naura hanya menggeleng kepala.

"Tak balik sebab kerja dan malas nak balik",selamba Naura menjawab. Kak Nora hanya menggeleng kepala mendengar jawapan Naura. Dia perhati tubuh Naura dari atas sampai bawah dan lagi sekali dia menggeleng.

"Tangan berbalut tu kenapa?",tanyanya sekadar ingin tahu walaupun dia sudah tahu penyebabnya. Naura hanya tersenyum lalu menggeleng kepala laju.

"Tak de pape. Naura balik dulu kak",kata Naura lalu pergi ke arah parkin kereta. Dia termenung dalam kereta memikirkan keadaan neneknya. Dia melihat tangannya yang berbalut sekilas. Terbit rasa dendam dalam hatinya apabila dia mengenangkan semua penderitaan yang dia lalui sejak kecil hingga sekarang tetapi dia dikuatkan untuk neneknya.

Dia melihat jam di skrin telefonnya,1.30. tinggal satu jam lagi sebelum waktu pulang. Dengan satu putaran stereng kereta dia keluar dari kawasan sekolah. Dia memecut laju ke tempat program tadi. Sempat dia menelefon Farel untuk mengambilnya di tempat yang sama pagi tadi. Dia sampai sekali dengan Farel. Dia keluar dari kereta Rayyan dan melontar kunci kereta pada pemilik asal.

"Thank's".kata Naura lalu meloloskan diri dalam kereta Farel. Rayyan memerhati lelaki yang berada dalam kereta itu. Dia seperti kenal lelaki itu tetapi dia tidak ingat siapa. Matanya juga turut memerhati kereta yang dibawa Naura. Hanya satu nama yang terlintas di fikirannya selepas melihat kereta itu.

BLACK SHADOW!

"Aku nak bawak",kata Naura. Farel hanya mengangguk membenarkan. Mereka berdua bertukar tempat duduk. Naura menekan pedal kuat tanpa menghiraukan isyarat jalan. Farel di sebelah hanya menggeleng kepala. Dia sudah lali dengan cara Naura membawa kereta.

"Kau nak balik rumah sana ke?",tanya Farel selepas melihat Naura masuk ke simpang yang tidak asing baginya. Naura hanya mengangguk. Fikirannya hanya memikirkan tentang neneknya. Kalau nak diikutkan sudah 3hari neneknya tidak kerja. Dia juga tahu kenapa.

Naura berhenti betul-betul depan rumah. Dari luar dia boleh mendengar suara orang bergaduh yang pasti orang itu neneknya dan datuk tirinya. Darahnya menggelegak. Dia turun dari kereta dan menendang pintu rumah dengan kuat. Hatinya mendidih melihat neneknya terbaring di lantai dan banyak darah keluar dari kepala.

"KAU BUAT APA SIAL DEKAT NENEK AKU?",jerkah Naura kuat sehingga Farel boleh mendengar suara memetir Naura walaupun dia berada dalam kereta. Datuk tiri Naura menoleh ke arah pintu.

"Hah dah balik dah cucu kesayangan kau ni. Aku nak duit",minta datuk tirinya selamba. Naura mengetap gigi kuat sehingga menghasilkan bunyi. Dia menghampiri neneknya yang tengah berbaring tidak sedarkan diri. Mungkin sebab kekurangan darah.

"Weh budak. Aku nak duit",minta datuk tirinya lagi. Naura tidak dapat menahan amarahnya. Dia bangun lalu menyepak kepala datuk tirinya kuat. Dia menumbuk muka datuk tirinya kuat dan bertalu-talu. Entah mana silapnya dia terpelanting ke arah dinding biliknya. Datuk tirinya mula memukul dirinya yang sudah sedia lemah kerana luka sebelum ini. Kepalanya dihentak pada dinding dan terkena pada balutan. Badannya disepak,ditindih dan ditendang kuat. Selepas puas datuk tirinya membelasah dirinya,lelaki itu mencari duit dalam poket Naura. Untung sahaja Naura sudah mengeluarkan duitnya terlebih dahulu sebelum dia terjah masuk ke rumah itu.

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now