Naura menolak pintu rumah persendirian perlahan. Keadaan gelap membuatkan dia berjalan seperti pencuri. Dia membuka lampu di dapur dan meletakkan beberapa bungkusan lauk tadi atas meja. Dia melihat jam yang tergantung di dinding dapur. Jarum tepat mengena nombor 4 dan itu bermaksud 4 pagi. Dia mendaki tangga untuk ke biliknya. Dia melepaskan Lelah atas katil dengan terlentang. Dia menghela nafas berat sebelum matanya tertutup. Dia sudah tidak kisah dengan keadaan tubuhnya.
Cahaya menembusi langsir membuatkan tidur Naura terganggu. Dia menenyeh matanya perlahan dan menguap kasar. Dia meraba mencari telefonnya dan melihat jam yang terpampar di skrin yang menunjukkan pukul 1 petang. Dia bingkas bangun dan mencapai tuala di ampaian belakang pintu lalu menghilang dalam bilik air.
Dia kembali keluar dengan lengkap berpakaian biasa. Dia mengeringkan rambut dan melepaskannya lurus. Dia mengambil telefon atas katil lalu turun ke bawah.
Kunci ada dengan sapa? ( PA Bos )
Aku
Naura membalas pertanyaan di dalam group café sepatah. Dia terlupa untuk memberi tahu di dalam group yang café tutup dan kunci ada pada dirinya. Kalau tunggu pekerja yang berperang semalam memang takkan dapat jawapan.
Bukan dengan Amier? (Bos)
Café tutup dalam pukul 3 tadi. Aku orang last keluar café. Yang lain aku halau balik dulu. Bagilah dorang rehat. Dorang tu manusia bukan robot tak perlukan rehat
Aku tanya je budak (Bos)
Nuara hanya membaca balasan bosnya. Malas untuk menjawab semula. Dia menyimpan telefon dalam poket seluar lalu duduk di sofa ruang tamu. Nisya yang baru turun ke ruang tamu terkejut dengan kehadiran Naura.
"NAURA!!",jerit Nisya terkejut. Felica dan Eric yang berada di dapur langsung keluar apabila mendengar jeritan kuat daripada Nisya. Naura pula menutup telinga kerana jeritan itu.
"Naura?!",kali ni Felica dan Eric pula yang menjerit terkejut. Naura menghela nafas perlahan. Dia dengan selamba pergi ke dapur dan mengambil sekotak jus buah didalam peti lalu kemali ke ruang tamu. Dia duduk di sofa single dan menikmati jus kotak itu tanpa menghiraukan pandangan terkejut mereka bertiga.
"YES,IT'S ME!",tegas Naura bersuara membuatkan mereka bertiga terkedu. Felica dan Eric pergi ke ruang dapur semula selepas teringat yang mereka berdua tengah menyiapkan makanan tengah hari.
"Patutlah aku pelik ada bungkusan makanan atas meja. Ingkatkan Farel balik rupanya kau",kata Nisya. Naura mengerut dahi.
"Farel balik?",tanya Naura kebingunan.
"Dah hampir seminggu lebih Farel hilang. Lepas pada kau sedar koma hari tu dia ada cakap dia kena pergi Perth ada kerja. Dia cakap seminggu je tapi ni dah seminggu lebih dia menghilang. Itu aku ingat dia balik semalam",jelas Nisya. Naura pula yang mengerut dahi. Dia cuba menghubungi Farel tetapi tidak masuk.
"Nombor dia memang tak aktif",sampuk Eric sambil menatang dulang minuman. Lelaki lempar air kotak susu strawberri pada Naura. Naura cekap menyambut lemparan itu dengan kening terangkat. Terkejut!
"Dia belajar bahasa Melayu dengan aku selama kau dalam ward. Dia dengan Felica cakap nak belajar senang nak faham kalau kita bertiga bercakap atau orang lain bercakap. Aku ajarkan je lah",jelas Nisya sambil mengunyah makanan ringan yang memahami reaksi Naura.
"Fasih?",tanya Naura ringkas. Nisya tersenggeh sumbing. Naura pandang Eric yang acuh tidak acuh dengan perbualan mereka. Lelaki itu fokus dengan laptop di riba. kemudian dia pandang Nisya semula minta penjelasan.
"Eric dah nak lancar. Dia sekarang pun dah boleh cakap dengan aku guna Bahasa melayu. Dia pun dah faham dengan loghat kita. Tapi tidak dengan Felica. Lain yang aku sebut lain yang dia sebut. Lain yang aku maksudkan lain yang dia faham. Just a few words aku tak bagi mereka faham lah. Aku takut dorang salah guna",kata Nisya. Naura hanya mengangguk.
"Normal lah tu kalau Felica tak berapa faham. Sama jugak macam kita nak belajar bahasa asing pun ambik masa yang lama. Ajar dia slow-slow. Aku pun penat sebenarnya nak speaking. Nak cakap Russian lagi lah. Silap-silap hancur bahasa negara tu",kata Naura. Dia faham kesulitan untuk belajar bahasa lain. Dia pernah berada di sisi Felica semasa dia ingin belajar bahasa negara Felica.
"Lunch is ready!!",panggil Felica dari dapur.
"Coming!",sahut mereka lalu meluru ke bahagian makan.
"Kau taknak makan ke Eric?",Nisya apabila melihat Eric tidak berganjak daripada sofa. Eric menoleh lalu menggeleng. Nisya mengangguk faham. Mungkin lelaki itu sibuk dengan pekerjaannya.
"Nampak macam sedap",komen Nisya. Felica hanya diam. Naura memandang Felica yang sedang berkerut.
"Why?",tanya Naura perlahan. Felica memandangnya kemudian menggeleng kepala membuatkan Naura bingung sendiri.
"Sedap? What's that?",gumam Felica perlahan tetapi Naura dengar membuatkan Naura senyum nipis.
"Tasty. Delicious",jawab Naura senada. Felica memandangnya sekali lagi dengan kerutan di dahi. Naura mengangguk.
"Sedap is tasty. Nisya said your food look tasty",jelas Naura sambil meneguk air oren yang sudah dituang oleh Nisya.
"Lah dia diam sebab tak faham rupanya",kata Nisya dengan mulut penuh. Naura menjeling Nisya tajam.
"Kunyah telan dulu makanan dalam mulut baru menyampuk",kata Naura datar. Dia paling benci orang makan dengan tidak sopan. Nisya mengangguk kepala seperti burung belantuk lalu menyambung makan.
"Ma..ma..nan?",tanya Felica sambil merenung Nuara lekat. Naura tersedak.
"What?",tanya Naura terkejut. Felica menggaru kepala dengan riak bingung.
"Food",jawab Felica sepatah dan perlahan. Naura tersenyum kecut. Terasa mengajar budak tadika membaca.
"Food is makanan",jawab Naura menjawab persoalan Felica. Nisya mengemam bibir tahan ketawa. Naura yang perasan kelakuan Nisya pantas melemparkan sudu di tangan. Nisya mengangkat kepala langsung tertawa kecil.
"Eric takde pulak macam dia. Aku rasa dah banyak aku ajar dia tapi boleh lagi dia blur",kata Nisya dengan sisa tertawanya. Naura menggeleng kepala dengan senyuman di bibir.
"Don't ketawakan aku",Felica bersuara dengan muka cemberut tetapi lebih terserlah lagi kerutan di dahi. Mungkin cuba untuk ingat balik perkataan-perkataan yang dia pernah diajar. Nisya mengangkat tangan ke atas seperti menyerah dengan mengemam bibir tahan ketawa. Seketika dia kembali ketawa.
"Sumpah lawak tengok muka kau Fal",kata Nisya dengan ketawa. Naura menghela nafas pendek. Kalau dah macam tu gaya Nisya memang ke sudah lah Falica kena bahan. Selagi tak lancar selagi tu lah Falica di bahan dengan Nisya.
"Don't is jangan. Your sentence will be jangan ketawakan aku. Now ignore her. Eat! I will teach you later",kata Naura dengan senyuman nipis. Felica hanya mengangguk.
"Mana Eric? Dia tak nak makan ke?",tanya Naura.
"Ada kat ruang tamu. Terkulat pandang laptop. Buat kerja la kut",balas Nisya. Naura berkerut dahi sekejap lalu mengangguk sahaja.
"Mana sambal terung aku?",tanya Naura sambil mencari makanan kesukaannya. Nisya mengangkat kepala lalu tersenggeh tidak bersalah. Naura sudah mengeluh. Sudah tahu maksud senyuman itu.
"It's okay",kata Naura. Dia ambil masakan yang Felica buat. Perlahan-lahan senyuman nipis terukir. Sesekali kepalanya terangguk-angguk.
"Ermm sedap",puji Naura. Felica tersenyum lebar. Mungkin faham maksud Naura. Masing-masing menyambung menjamah menghabiskan makanan hingga licin.
"Erkk alhamdulillah. Kenyang!",kata Nisya sambil bersandar. Begitu juga dengan Naura.
"Terima kasih",ucap Naura dan Nisya serentak. Sempat Felica berkerut sebelum dia mengangguk dengan senyuman manis.
"Sana-sana? Anai-anai"respon Felica keliru. Naura dan Nisya angkat kepala dan berpandangan menahan ketawa.
"Haaa!! Sama-sama. Right?",tanya Felica dengan muka bingung. Laju Naura dan Nisya mengangguk mengiyakan. Seketika terburai ketawa mereka. Hadoii!
Happy reading!
YOU ARE READING
NAURA KHAIRA
Teen FictionNAURA KHAIRA Seorang gadis yang membesar dengan lingkungan keluarga yang serba sederhana atau susah. Dia membesar dengan neneknya sehingga menginjak remaja. Hampir 16 tahun dia hidup dengan penuh kesakitan dan memendamnya seorang diri. Dia hanya men...