Naura meletakkan beberapa bungkusan plastik di atas meja makan rumahnya. Dia melepaskan lelah di sofa dan kaki diangkat ke atas meja kecil di ruang tamu. Dia melirik jam di dinding ternyata sudah pukul 3.30 pagi. Dia memejam mata seketika dan getaran telefon di poket belakang membuatkan dia membuka mata semula.
"Your privacy have been hacked"
Dia bangun mengejut membuatkan dia mengaduh kesakitan kerana belakangnya masih lagi terasa sakit. Dia terus ke bilik kerjanya di tingkat atas dan mula mencari gerangan yang mengondom maklumatnya. Hampir 10 minit dia berlawanan dengan pihak lawan,dia berjaya mengondom semula maklumat pihak lawan.
Terpampar satu logo khas yang berbentuk seperti bulan. Dia berkerut dahi melihat logo itu. Setahunya logo bulan hanya digunakan untuk kumpulan perisik khas. Mereka tidak akan mengondom maklumat seseorang jika tiada masalah dengannya. Itu membuatkan dia binggung sendirian.
"Your profile has been hacked"
Naura sekali lagi terpaku.
'Setan mana ni cuba cari maklumat aku ni',desis hatinya sendiri. Dia menekan loceng yang terpampar di sebelah bawah kanan. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman sinis seraya membaca pesanan ringkas itu. Ternyata rakan lamanya yang mengondom peribadinya.
"Hey dude. What's up? Everything's fine there? How are you? Susah benar nak contact kau. Fone kau kena telan bumi ke apa? Nak kena hack maklumat dulu baru bergandah" - DANFIQ
"Sial kau. Aku ingat setan mana dah hack peribadi aku. Aku okay je dan ya totally fine. Kau bila nak datang sini? Job menimbun ke sekarang yang kau lama tak contact aku?" - KHAIRA
"Sorry for that. Dah aku call selalu tak masuk. Job tu nak kata menimbun tak juga tapi job kau yang menimbun. Tunggu masa nak bagi dekat kau je ni. Lagi 3 hari aku sampai sana sekali dengan bos. Boss nak jumpa kau so nanti set masa dengan tempat. Aku malas nak dengar dia membebel. Kau pun tahu boss macam mana so kau la yang handle. Then,see you soon,black" -DANFIQ
Naura mengukir senyuman yang dia sahaja yang tahu selepas membaca pesanan ringkas terakhir rakan lamanya.
'Black? Dah lama aku tak dengar orang panggil aku guna nama tu',desis hatinya. Dia mengetatkan semula sistemnya lalu menutup laptopnya. Dia mengurut dada perlahan kerana terkejut dengan kehadiran Nisya yang berpakaian putih dan rambut dibiarkan lepas. Nisya tayang sengeh tidak bersalah kerana mengejutkan Naura dengan penampilannya. Dia bersandar pada kerusinya perlahan.
"Kau baru balik ke?,tanya Nisya dan duduk berhadapan dengan Naura. Naura hanya mengangguk.
"Kenapa tak tidur lagi?,tanyanya pula. Dengan Nisya dia lebih suka berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu berbanding bahasa lain.
"Semua tak tidur lagi. Masing-masing tunggu kau balik. Tapi aku tak dengar pula kereta kau masuk garaj. Kau dah makan belum?",tanya Nisya sambil membelek kertas-kertas yang bertaburan atas meja.
"Lah tunggu aku kenapa. Aku kan selalu balik lambat kalau kerja. Dah makan kat kedai. Aku ada bawak balik makanan. Pergi lah makan kalau dah semua tak tidur lagi",kata Naura. Nisya hanya mengangguk.
"Aku tengok ada kereta Farel kat garaj. Sampai bila?",tanya Naura. Dia ternampak kereta adik Eric dan Falica di garaj kereta semasa dia memarkin kereta tadi.
"Haah. Dia baru sampai pukul 2 pagi tadi. Dia ada cari kau tadi pastu kakak dia cakap kau kerja terus masuk bilik kerja dia. Dia balik pun sebab ada kerja dengan kawan lama dia. Nanti kau pergilah masuk jumpa dia",kata Nisya. Naura mengerut dahi.
'Bukan dia cakap 3 hari lagi ke datang ke dia sampai?',desis hatinya dengan kerutan di dahi. Dia faham dengan maksud kawan lama itu.
"Pergilah tidur. Aku tahu kau penat",sambung Nisya. Dia perhati riak banyak wajah Naura yang jelas kurang rehat ditambah lagi dengan luka lebam.
"Naura......",panggilnya meleret. Naura memandang Nisya dengan kening diangkat sebelah. Nisya menjadi serba salah untuk bertanya.
"Nevermind. Kau pergilah tidur. Esok kau sekolah ni pun dah pukul 4 pagi. Goodnight",kata Nisya lalu keluar dari bilik kerja Naura manakala Naura menggeleng kepala sambil tersenyum nipis. Dia tahu apa yang gadis itu ingin bertanya.
"Susah sangat ke kau nak tanya Sya. Bukan aku tak tahu kau nak mintak izin kerja. Ada sebab kenapa aku larang korang kerja kecuali Farel. Sampai masa kau akan tahu kenapa Sya",gumamnya perlahan.
Dia mengeluarkan buku sekolahnya lalu menyiapkan kerja sekolahnya sehingga siap. Ketukan pintu membuatkan dia mengangkat kepala. Dia tersenyum nipis pada gerangan itu. Farel meletakkan secawan kopi dan sepiring biskut kering kepada Naura.
"Thank's",kata Naura lalu mencicip sedikit kopi panas itu sedikit membasah tekak. Farel melihat persekitaran bilik Naura yang agak berselerak dengan kertas kerja dan sekolah. Dia menggeleng kepala berulang kali.
"How long have you not cleaned this room?",tanya Farel . Naura diam sejenak lalu mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dia sendiri lupa sudah berapa lama dia tidak mengemas bilik ini lagipun dia jarang balik ke sini. Bilik ini juga menjadi satu kawasan yang dilarang untuk mereka masuki.
Dia menyambung menyelesaikan kerjanya pula selepas siap menyelesaikan kerja sekolah tanpa menghiraukan Farel yang tengah mengemas biliknya. Antara mereka berempat,dia lebih selesa dengan Farel kerana perwatakan lelaki itu walaupun umur mereka hanya berbeza setahun. Farel duduk berhadapan dengan Naura selepas mengemas bilik gadis itu. Matanya ralit memerhati setiap inchi wajah Naura yang luka sana sini.
"Did he hit you again?",tanyanya datar. Naura hanya diam dan itu membuatkan Farel seakan ingin mengamuk. Mendengar aturan nafas Farel tidak sekata membuatkan Naura mengangkat kepala memandang lelaki itu.
"I know you worry about me but I still can hold this",jawab Naura selembut yang mungkin. Dia tidak ingin membuat amarah Farel meletus dan dia paling malas untuk bergaduh dengan Farel semata-mata kerana ini.
"You maybe able to handle this but not us. Can you feel sorry for yourself just for this time,please!!",bentak Farel geram. Naura terpaku dengan bentakkan Farel. Sejujurnya ini kali pertama Farel membentaknya kerana hal ini. Badannya menggeletar,matanya mula memerah dan berair. Telinganya berdesing kuat. Pandangannya juga mula terbayang kejadian-kejadian yang dia lalui selama ini. Farel yang perasan itu mula mendekati Naura dan memeluk tubuh kecil gadis itu erat. Dia mengeluh serba salah kerana tindakannya tadi.
"I'm sorry. I didn't mean to scold you. I just worry about you. I can't stand to see you like this. That's all. It's really hurt dear",pujuk Farel lembut. Dengan cara itu Naura mampu tenang semula. Lama-kelamaan Naura tertidur dalam pelukan Farel. Dia mendukung Naura dengan berhati-hati dan membaringkan tubuh itu dia atas katil dalam bilik Naura. Dia mengusap kepala Naura lembut.
'Aku tak suka tengok kau seksa macam ni dik'. Setiap lebam dan luka yang berbekas di badan kau buatkan aku rasa nak bunuh orang yang buat kau macam ni. Sakit sangat dik,desis hati Danfiq.
Hayoo siapa Danfiq? Apa hubungan Farel dengan Danfiq? Siapa Naura untuk mereka? Jawapannya di bab seterusnya. Happy reading. Sorry hambar sebab dah lama tak menulis otak pun tak berapa boleh berfikir sangat. Anyways thank you for support and follow. Enjoy the story. Last but not least abaikan typo 😅
YOU ARE READING
NAURA KHAIRA
Teen FictionNAURA KHAIRA Seorang gadis yang membesar dengan lingkungan keluarga yang serba sederhana atau susah. Dia membesar dengan neneknya sehingga menginjak remaja. Hampir 16 tahun dia hidup dengan penuh kesakitan dan memendamnya seorang diri. Dia hanya men...