14

34 4 0
                                    

Mike leka merenung wajah polos Naura yang telah dibuai mimpi selepas menelan ubat sebentar tadi. Tangannya naik mengusap kepala gadis itu lembut dan dia spontan tersenyum. Dia lebih suka merenung ketuanya ketika dia tidur berbanding terjaga. Sejujurnya dia dan yang lain sangat menyayangi ketuanya itu.

Dia membetulkan selimut Naura dan menutup lampu. Bilik gadis itu berubah jadi suram. Hanya lampu meja menyala menemani Naura. Dia mengusap kepala Naura lembut dan keluar dari ward Naura. Dia menutup pintu ward dengan perlahan dan berbalik badan untuk ke bilik kerjanya. Dia terserempak dengan Syafiq dan Qalid di lorong yang menuju ward Naura.

"Syafiq..",panggilnya perlahan. Gerangan itu mendongak apabila terasa namanya disebut. Begitu juga dengan Qalid. Masing-masing berhenti berhadapan satu sama lain.

"Kau buat apa kat sini?",tanya Mike senada. Syafiq tersenyum nipis tetapi bukan Qalid. Riaknya berubah apabila bersua muka dengan Mike. Mike yang perasan itu hanya menayang muka beku.

"Kau dari ward sape? Bukan waktu ni dilarang masuk ward pesakit ke?",tanya Syafiq datar. Mike tersenyum senget. Dia mendekati Syafiq selangkah demi selangkah.

"Setahu aku ward ICU boleh masuk bila-bila masa untuk memantau keadaan pesakit. Kau owner hospital takkan lupa dengan peraturan setiap ward adalah berbeza",bidas Mike selamba. Dia senyum nipis dan berlalu pergi. Syafiq memahami maksud senyuman itu terkedu.

"Aku ada bau-bau pergaduhan je antara kau dengan dia",kata Qalid sambil memerhati langkah Mike. Syafiq menghela nafas perlahan dan mengikuti langkah Mike. Tanpa salam dia menerjah masuk dalam ruangan kerja Mike. Manakala lelaki itu beriak selamba.

"Kau nak apa?",tanya Mike singkat. Dia mengambil rekod Naura dan mencatat beberapa perkara penting berkaitan dengan perkembangan kesihatan gadis itu.

"Kau bila balik New York?",tanya Syafiq dingin. Mike berhenti mencatat apabila mendengar soalan Syafiq. Dia menikam mata lelaki itu tajam dan riak dingin.

"Why?",tanya Mike sepatah. Syafiq tidak menjawab kecuali memandang Mike dengan tajam begitu juga dengan Mike. Qalid yang dapat merasakan perang dingin antara mereka berdua mula menyampuk.

"Korang kenal satu sama lain ke?",tanya Qalid. Mike tersenyum senget.

"Kau datang sini nak tahu pasal Khaira kan?",tanya Mike senada. Qalid terkedu begitu juga dengan Syafiq. Secara tiba-tiba Qalid terlupa apa yang Fiqri memberitahu tentang Mike.

"Aku bukannya bodoh. Tapi itulah aku tak akan bagitahu kau apa-apa tentang Khaira termasuk kau",kata Mike lagi sambil menunding jari pada Syafiq. Qalid menghela nafas pasrah. Syafiq secara tiba-tiba mengerah baju Mike.

"Jangan kata maklumat Khaira,ward dia pun aku tak benarkan korang masuk selagi dia berada dalam pengawasaan aku dan orang aku. Jangan cuba-cuba nak ceroboh masuk kalau kau taknak nyawa melayang",sambung Mike lagi walaupun bajunya dikerah oleh lelaki itu.

"Apa hak kau?!",jerkah Syafiq kasar. Mike tersenyum senget. Dengan sekali rentap Syafiq jatuh tersungkur di lantai. Mike duduk mengcangkung di depan Syafiq.

"Apa hak aku? Balik tanya abah",bisik Mike. Dia bangun berdiri dan memandang Qalid yang jelas terkejut dengan tindakan mereka berdua tadi. Dia terus keluar dari ruangan kerjanya sambil membawa rekod Naura.

Di luar dia terkejut dengan kehadiran Amier yang sedang bersandar di dinding sebelah pintu biliknya. Dia melihat lelaki itu santai makan lollipop dengan riak dingin. Amier yang sedar kehadiran Mike mengangkat kening sebelah dan dia memberikan rekod Naura pada Amier. Mereka berdua berjalan beriringan sambil berbual kosong.

"Adik tiri kau?",tanya Amier sambil menyedut minumannya untuk hilangkan dahaga. Mike hanya mengangguk. Amier tersenyum senget.

"Dia nak apa?",tanya Amier lagi.

"Bos kau lah nak tahu pasal Naura. Untung kau tak terjah masuk dalam bilik kerja aku tadi macam biasa kau buat",balas Mike sekali dengan sindiran. Amier menjeling pada kawannya.

"Tapi mana dia tahu yang Naura ada dekat sini?",tanya Amier dengan riak muka yang pelik. Dahi Mike berkerut apabila mendengar soalan Amier.

'Dia ni buat-buat tak tahu ke memang dia tak tahu yang bos dia bukan calang-calang orang'desis hatinya sambil memandang Amier.

"Kau ni buat-buat bengap ke memang tak tahu?",tanya Mike pelik sementara Amier memandang Mike dengan riak binggung. Mike mengeluh perlahan melihat respon daripada Amier yang sudah jelas tidak tahu apa-apa tentang adik tirinya. 

"Bos kau tu bukan calang-calang orang. Bila-bila masa je maklumat ada dekat tangan dia. Mungkin anak buah dia siasat keberadaan Naura. Lain lah kalau Syafiq yang sememangnya tidak peka dengan keadaan sekeliling",kata Mike. Amier hanya mendiamkan diri untuk mencernakan setiap perkataan Mike.

"Qalid bukan adik tiri kau ke?",tanya Amier. Mike menggeleng.

"Dua-dua adik tiri aku. Cuma Qalid je lagi yang tak tahu yang aku abang tiri dia. Syafiq dah tahu lama",jawab Mike.

"Lain mak lain ayah kan",tanya Amier lagi. Kali ini mereka sudah meninggalkan kantin hospital. Mike hanya mengangguk.

"Dia dengan Qalid anak sebelah lelaki sedangkan aku anak dari sebelah perempuan. Qalid tak tahu aku abang tiri dia sebab masa parents khawin dia baru 8 tahun. Syafiq pulak dah umur 14 tahun. Aku masa tu umur 18. Syafiq dengan aku beza 4 tahun je tapi aku dengan Qalid beza 10 tahun. Kau kira lah sendiri ",terang Mike.

"Hospital ni milik Syafiq tapi ayah dia bagi kepercayaan dekat aku untuk uruskan sementara Syafiq tamatkan pengajian dia. Qalid tidak bergantung pada family. Apa yang dia ada sekarang itu hasil titik peluh dia sendiri dari kecil sampai sekarang. Dia tak minat dalam bidang kedoktoraan dan seangkatan dengan doctor. Dia lebih terbuka dalam bidang perniagaan sebab tu cawangan dia makin tahun makin banyak. Dalam keluarga,Qalid je yang berbeza minat tapi tu tak menjejaskan keadaan dalam keluarga. Abah sokong ibu aku pun sokong. Aku sendiri pun just support dari belakang",sambung Mike. Mereka sekarang berada di rooftop hospital menikmati malam yang tenang.

"Habis apa yang kau dapat dalam keluarga? Maksud aku posisi dalam keluarga",tanya Amier. Entah kenapa dia ingin mengetahui lebih dalam berkaitan dengan kehidupan Mike walaupun mereka adalah kawan kecil yang membesar bersama-sama.

"Kalau family balik New York,aku ketua sebab dalam keluarga ibu dekat sana aku anak pertama lelaki. Abah pun tiada bantahan. Kalau aku balik sini,abah lah ketua. Lagipun aku jarang balik Malaysia. Tanggungjawab aku dekat New York lagi tinggi berbanding sini. Aku balik sini atas arahan Naura,Master dan kalau abah suruh balik handle hospital ni. Aku sendiri tak berharap dengan harta keluarga. Cukup ada hospital yang aku tengah handle sekarang",jawab Mike. Amier terangguk-angguk faham.

"Jadi selama Naura dekat ICU tiada yang berani usik rekod Naura tu sebab arahan kau lah. Kau yang ketatkan privacy dia daripada orang luar tahu",simpul Amier. Mike hanya mengangguk.

"Ada banyak sebab aku ketatkan privacy Naura. Salah satunya sebab Naura bukan orang biasa. Ramai yang kenal Naura tidak kira apa pun pangkat seseorang tu. Dan aku tak nak orang tua tu dengan orang luar tahu keadaan Naura. Itu semua boleh mengancam nyawa Naura",jelas Mike. Amier hanya membulatkan mulut.

Mike pusing ke arah kanan sedikit dan ternampak bayang seseorang. Dari pantulan cahaya itu dia sudah dapat agak siapa yang menguping perbualan mereka. Siapa lagi kalau bukan Qalid. Dia tersenyum senget.

"Cambiare altro argomento. Ci sono altre persone oltre a noi",kata Mike. Amier juga tersenyumsinis apabila menyedari ada orang lain selain mereka.  

Happy reading. Tq support and abaikan typo😅

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now