18

32 3 0
                                    

Seawal pukul 5 pagi lagi Naura sudah berada atas jalan. Matanya liar memandang kiri kanan dengan tangannya santai mengawal stereng kereta. Dia memasuki satu lorong yang gelap dan sepi. Dia berhenti lalu keluar dari kereta di hadapan satu kedai serbaneka yang masih lagi beroperasi.

Dia mengunci keretanya dan masuk dalam kedai serbaneka itu untuk membeli satu tin air kegemarannya dan sebungkus biskut. Dia berjalan berseorangan di lorong sebelah kedai itu sambil minum airnya.

Dia memasuki satu bangunan lama yang berada di hujung lorong itu. sempat dia memandang sekeliling sebelum dia masuk ke dalam. Dia menolak pintu kaca itu dan disambut hormat oleh orang-orang berpakaian serba hitam di dalam bangunan itu.

"Miss",sapa seseorang dan diangguk datar oleh Naura. Dia berjalan menuju satu bilik. Dia mengetuk pintu bilik itu dua kali sebelum dia masuk dan menuduk hormat pada lelaki di hadapannya. Air tinnya masih lagi di tangannya.

"Master",katanya dengan hormat. Orang itu hanya merespon dengan deheman kecil. Naura menegakkan badan dengan perlahan dan dengan selamba dia melabuhkann punggung di sofa dalam bilik itu. Dia menganduh kecil.

"Dah siap tugasan kamu Black?",tanya orang itu tanpa mengangkat kepala dari fail. Naura hanya mengangguk walaupun orang itu tidak melihat. Dia mengeluarkan telefonnya dari poket bajunya dan menghantar satu fail kepada orang itu.

"Good",puji orang itu tetapi Naura menghiraukannya. Matanya melilau mencari seseorang dalam bilik itu.

"Mana Danfiq pa?",tanyanya pada orang itu.

"Pantri kut. Tadi dia cakap lapar. Cari makanan dekat pantri la kut. Pergilah cari dia dekat sana",jawab orang itu lalu mengangkat kepala memandang Naura. Matanya tertumpu satu benda di tangan Naura. Dia langsung melempar pen di tanngan dan mengenai tangan Naura yang pegang tin airnya. Serta merta tin itu terlepas dari pegangan Naura.

"Coffee again",kata orang itu dengan mata dijenggil geram. Naura hanya menggaru kepala sambil tersenyum tidak bersalah. Orang itu menggeleng kepala dengan pandangan geram.

"Last coffee",kata Naura dengan sengehan.

"Last time you already promise that not drank the coffee anymore",jawab orang itu lagi. Naura hanya membuat muka tidak bersalah. Orang itu mengurut dahi perlahan.

"Jaga kesihatan kamu Naura Khaira. Kamu baru keluar ward tak sampai 24 jam. Kamu lemah lagi. berhenti minum kopi Naura",pesan orang itu membuatkan Naura megangguk berulang kali.

"Angguk-angguk. Dengar tak pun",bidas orang itu geram.

"You want tea?",tanya Naura sekali gus menukar topik perbualan. Jika tidak boleh bernanah telinganya mendengar bebelan orang itu. manakala orang itu hanya mengeluh.

"Yes please",kata orang itu. Dia tahu yang Naura ingin mengelak daripada dibebel olehnya. Naura mengangguk lantas keluar dari bilik itu menuju ke pantry sambil mencari partner kerjanya.

"Kopi sape ni master?",tanya Mike secara tiba-tiba. Orang itu mengurut dada perlahan melihat Mike yang tiba-tiba muncul dalam biliknya.

"Kamu ni Mike. Same je dengan ketua kamu. Suka sangat buat saya terkejut. Nak saya ke kubur cepatnya agaknya",kata orang itu. Mike tertawa kecil lalu duduk di hadapan orang itu.

"Kopi sape kamu tanya? Tak perlu tanya kamu tahu sape punya",sambung orang itu. Dia sambung membuat kerjanya yang terhenti kerana Naura tadi. Mike mengerut dahi.

"Naura?",tanya Mike. Orang itu tidak menjawab. Mike mengeluh perlahan.

"Mana dia?",tanya Mike lagi.

"Pantri rasanya. Danfiq dekat sana. Macam kamu tak kenal Naura macam mana kalau dah datang sini. Danfiq lah yang dia cari",kata orang itu dan di sambut tawa kecil oleh Mike. dia setia maklum dengan Naura yang sangat manja dengan Danfiq.

"Pa your tea",Naura muncul tiba-tiba dengan secawan air tea.

"Aik untuk papa je. Untuk aku mana?",usik Mike. Naura meluku kepala Mike kuat.

"Nak pergi buat sendiri. Aku buat untuk papa je lah dah tadi kau tak datang lagi",kata Naura. Mike hanya mengangguk.

"Iya aku tahu. Saje je aku usik kau",kata Mike dengan tertawa kecil. Dengan sekelip mata riak Mike berubah datar membuatkan Naura menelan air liur kesat.

"Sape suruh kau minum kopi?",tanya Mike datar. Naura teragak-agak untuk menjawab.

"Sape suruh kopi tu menggoda aku. Aku beli lah sebelum naik sini tadi",jawab Naura selamba walaupun jantungnya seperti ingin keluar dari badan.

"Banyaklah kau punya menggoda. Kau yang tak tahan nak minum kopi. Aku kenal kau bukan semalam Naura Khaira oii",kata Mike dengan geram. Naura hanya tersenyum tidak bersalah.

"KURANGKAN KOPI ATAU AKU KURUNG KAU DALAM WARD!",Mike berkata tegas. Naura berubah riak apabila mendengar perkataan ward. Laju dia menganggguk. Orang itu tertawa melihat muka Naura pucat. Dia tahu Naura takut dengan hospital.

"Badan pun berbirat lagi. Kau drive tak sakit ke tangan tu? Tapi aku tak hairan sangat pun dengan kau. Berbirat ke patah ke terlentang ke kau tetap kau. Takkan jadi orang lain. Kalau dah tak dengar kata degil situ lah",bebel Mike. Naura membuat muka bosan dan selambanya dia menyumbat roti dalam mulut Mike.

"Diam!",kata Naura dingin.

"Jumpa tak Danfiq?",sampuk orang itu. Naura membuat muka.

"Abang balik condo dia",jawab Naura. Dia duduk bersebelahan dengan Mike. orang itu mengerut dahi dan mengerling pada jam di tangannya.

"Patutlah. Abang ada kelas la tu kalau dia dah balik. Kamu tak sekolah ke?",tanya orang itu pada Naura. Mendengar soalan itu membuatkan dia berubah riak. Tanpa kata dia keluar dari ruangan orang itu. sementara Mike dan orang itu saling berpandangan dengan pandangan tidak mengerti.

"Kenapa dengan dia?",tanya orang itu pada Mike. Mike hanya menggeleng kerana dia sendiri tidak tahu puncanya. 


Happy reading and abaikan typo✨

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now