NAURA mematikan enjin motornya dari jauh kerana tidak mahu orang dengar. Dia berdebar untuk masuk ke dalam rumah memandangkan jam sudah menunjukkan 2 pagi. Dia berdoa dalam hati dan menolak pintu dengan perlahan. Untung sahaja datuk tirinya tiada di rumah lalu dia masuk ke bilik tidurnya dengan tergesa-gesa. Ketukan pintu membuatkan dia terkejut. Perasaan takut mula menjalar dalam dirinya.
"Baru balik along?",tegur neneknya. Naura menghela nafas lega kerana yang mengetuk pintu itu neneknya bukan datuk tirinya. Hanya dehaman kecil yang kedengaran.
"Tidur. Esok sekolah",sambung neneknya. Naura hanya mendiamkan diri setelah suara tidak kedengaran lagi. Dia merebahkan diri atas tilam kecil yang beralaskan dengan cadar tebal. Sukar matanya untuk melelapkan mata apabila memikirkan kehidupannya. Tiba-tiba dia teringat akan komen pemilik cafe malam tadi membuatkan dia mengetap gigi tidak puas hati.
"Kurang asam punya owner. Aku buat bukan main penat untuk siapkan pesanan mengarut dia tu tapi boleh dia cakap tak sedap. Sape suruh order yang tak pernah wujud dalam list order padan la muka. Tak sedap pun habis jugak kau telan. Aku harap kau sakit perut tu makan tomyam santan. Banyak cekadak sangatkan",gumamnya perlahan. Entah bila dia terlelap dengan hati yang membara.
Naura bangun mengejut apabia mendengar jerkahan kuat dari atas kepalanya iaitu ruang tamu. Dia melihat jam di tangannya yang menunjukkan 6.30 pagi. Dia bangun dengan rambut serabai sedikit kerana dia terlupa meleraikan ikatan rambutnya. Dia menggosok telinganya perit mendengar jerkahan kuat daripada datuk tirinya. Dia keluar dari bilik dengan tatapan kosong tetapi terselip membara.
"Kau ingat duit tu jatuh dari langit ke?",sampuk Naura yang baru ingin melangkah masuk dalam bilik air. Datuk tirinya menjenggil mata pada Naura tetapi dibalas dengan tatapan kosong.
"Sepatutnya kau yang keluar kerja sara anak bini cucu menantu kau bukan aku dengan ma yang keluar macam nak mampus kat luar semata-mata nak sara kau dengan keluarga bini tua kau tu bodoh!! Sembang besar tapi harapkan duit bini dengan cucu yang masih sekolah. Tak malu ke pagi-pagi buta memekak hanya kerana duit? Kau ingat aku cop duit ke apa?!"jerkah Naura kuat.
Hasilnya daripada jerkahannya tadi,dia ditendang kuat oleh datuk tirinya. Naura meringis perlahan kerana terkena pada luka sebelum ini di bahagian belakang. Sikunya juga sakit seperti patah. Dia mengelap bibir yang berdarah dengan senyuman nipis. Dia gagah diri untuk berdiri walaupun tulang belakangnya sakit yang teramat.
"Kalau bukan sebab aku,kau takkan dapat apa yang kau dapat sekaranglah budak! Kau lagi menyusahkan hidup aku. Lebih baik kau mati je",kata datuk tirinya sambil memukul Naura dengan getah paip kuat. Naura yang mendengar itu langsung menendang susuk kiri datuk tirinya kuat menyebabkan datuk tirinya jatuh terlentang ke belakang.
"Apa yang aku dapat selama aku hidup dengan kau selain daripada jadi tempat kau lepaskan marah?!! Tak dapat apa-apa pun bodoh! Kau yang menyusahkan hidup aku! Bukan nak keluar cari kerja tapi mengemis macam diri tu cacat!! Kau ingat kau raja nak suruh aku toyoh muka kau dengan duit setiap masa?!!!",balas Naura berang. Mukanya merah menyala dek kerana perasaan amarah yang membara. Itu membuatkan dirinya lagi teruk dipukul oleh datuk tirinya. Kali ini dia tidak membalas selain membiarkan tubuhnya dipukul kerana sudah tiada kudrat untuk membalas.
"SUDAHLAH TU!! KAU GILA KE APA PUKUL ANAK ORANG?!!",jerit jiran yang kebetulan lalu dihadapan rumah mereka. Naura dipeluk oleh neneknya manakala datuk tirinya melarikan diri. Naura terbaring lemah dalam dakapan neneknya. Sesekali dia mendesis kesakitan setiap kali dia menggerakkan tubuhnya. Dia cuba untuk bangun tetapi tidak boleh. Tenaganya hilang. Jirannya membantu dirinya bangun dan memapah ke bilik air. Hampir 15 minit dia siap berpakaian sekolah. Tanpa mendengar nasihat dan panggilan neneknya,dia menggalas beg sekolahnya dan terus ke sekolah dengan keadaan badan yang agak perit.
Sampai di sekolah,dia tidak ke kelas melainkan ke bilik rawatan. Dia membuka pintu bilik itu dan mengunci dari dalam. Tanpa dia sedari dalam bilik itu bukan dia seorang tetapi ada seseorang yang sedang bertugas dalam bilik rawatan itu. Dia meletakkan beg sekolahnya di bucu katil dengan perlahan. Dia mencari kotak kecemasan san membuka butang baju kemejanya. Dia mengambil ubat sapu lalu menyapu pada badannya yang berbirat kerana tadi.
Moodnya sudah hilang menyebabkan semua orang dimarahinya. Bukan dia tidak perasan dengan pandangan pelik dan terkejut pengawas yang mejaga pintu pagar sekolah tadi.
Fatin yang bertugas di bilik rawatan sebelah terkejut dengan kehadiran Naura. Dia mengerut dahi melihat gerak-geri rakan sekelasnya seperti menahan perit. Dia menghampiri Naura dengan perasaan takut kerana dia tahu tahap baran Naura tinggi mana.
Dia menepuk bahu Naura menyebabkan gadis itu meraung kesakitan. Ubat sapu yang berada di tangganya juga jatuh ke lantai dan tubuh Naura menggigil kesakitan. Fatin tergamam lalu memterbalikkan badan Naura berhadapan dengannya. Dia menutup mulut dengan tapak tangan selepas melihat badan Naura.
"Kau kenapa?!",tanyanya kalut dan risau. Dia sedikit gerun apabila melihat muka Naura merah padam tetapi dihiraukan. Keadaan rakan sekelasnya lagi penting dari panas baran Naura. Dia menolong Naura mencabut baju kemeja yang masing tersarung pada tubuh Naura dengan perlahan-lahan supaya tidak mengenai luka yang ada. Untung rakan sekelasnya memakai baju t shirt pendek di dalamnya. Lagi-lagi Fatin terkedu melihat tubuh badan Naura.
"Ya Allah! Sapa yang buat kau ni Naura?!",tanya Fatin risau. Naura menggeleng kepala dan memandang Fatin sekilas yang jelas kelihatan risau tentang dirinya. Fatin mengelus perlahan di tempat yang berbirat dan berhenti apabila mendengar Naura mendesis kesakitan.
"Sini aku tolong sapukan ubat kat belakang",kata Fatin. Tanpa menunggu jawapan Naura,dia mengambil ubat yang jatuh tadi lalu menyapu dengan perlahan. Dia tidak sengaja sentuh tulang belakang Naura menyebabkan Naura meraung kesakitan. Fatin tergamam mendengar esakan kecil daripada Naura apabila dia tidak sengaja menyentuh kawasan tadi.
Selepas menyapu,dia memakaikan semula baju kemeja Naura dan Naura keluar dari bilik rawatan dengan perlahan. Kesakitan di badannya membataskan dirinya untuk berjalan laju. Fatin berdecit perlahan apabila melihat kepayahan Naura untuk berjalan lalu dengan cepat dia menyambar beg sekolah Naura yang tertinggal di dalam bilik rawatan itu. Dia memaut lengan Naura perlahan dan memapah Naura dengan perlahan-lahan. Dia mengetap gigi menahan sebak dan amarah setiap kali dia mendengar desihan sakit daripada mulut Naura.
'Kesan tu baru lagi. Darah pun ada yang mengalir lagi. Apa yang kau lalui Naura sampai keadaan kau macam ni?',desis hati Fatin sambil merenung wajah ketua segala unit itu dengan perasaan hiba.
Happy reading ✨ tq support and abaikan typo 😌
YOU ARE READING
NAURA KHAIRA
Teen FictionNAURA KHAIRA Seorang gadis yang membesar dengan lingkungan keluarga yang serba sederhana atau susah. Dia membesar dengan neneknya sehingga menginjak remaja. Hampir 16 tahun dia hidup dengan penuh kesakitan dan memendamnya seorang diri. Dia hanya men...